omniture

Cloudike melancarkan perkhidmatan penyimpanan awan (cloud storage) untuk perniagaan di Asia Tenggara

Menyokong sistem kerja pintar digital, "untact" untuk syarikat-syarikat melalui kolaborasi dengan NBP.
Born2Global Centre
2020-07-10 15:10 3010

SEOUL, Korea Selatan, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Cloudike, syarikat anggota Born2Global Centre, telah mengembang perkhidmatan awan perniagaan di Asia Tenggara melalui  kerjasama dengan Naver Business Platform (NBP). Cloudike telah menjadi syarikat anggota Born2Global Centre sejak tahun 2016. 

 

Pelancaran ini telah dijalani melalui Naver Cloud Platform (NCP), perkhidmatan awan awam NBP. Server untuk Cloudike, yang disediakan khusus untuk aktiviti perniagaan regional baharu NBP, terletak di Singapura, supaya memastikan akses yang stabil dan kecepatan terdepan untuk syarikat-syarikat Asia Tenggara. Cloudike menawarkan beberapa bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris.

Cloudike ialah perkhidmatan penyimpanan cloud SaaS yang membolehkan syarikat-syarikat berkongsi dan menyegerakkan (sync) fail-fail dengan mudah. Pelanggan dapat menetapkan kapasiti penyimpanan dan ciri-ciri tambahan yang diperlukan secara spesifik. Utamanya, perkhidmatan Cloudike merangkumi tetapan perkongsian fail yang komprehensif, aman dan mudah diguna. Hasilnya, perkongsian fail dalaman jadi lebih cekap, dan perkongsian luaran menjadi lebih selamat, mengurangi risiko kebocoran data. Fail-fail yang dikongsi boleh terus dilihat melalui pelayar (browser) mudah alih atau PC. Penerima tidak perlu memuat turun fail atau memiliki akaun.

Syarikat-syarikat besar seperti Nexon, CJ, HK innoN dan TERAFUNDING sudah menggunakan versi korporat Cloudike internal (on-premise deployment). Di samping itu, 350 PKS dari industri penyiaran, penerbitan multimedia, pembinaan dan pendidikan menggunakan Cloudike versi SaaS berasaskan langganan. Syarikat-syarikat ini mengatakan bahawa kecekapan kos, keandalan, kepantasan, keselamatan dan kemudahan penggunaan sebagai kekuatan utama Cloudike.

Sun Ung Lee, CEO Cloudike berkata, "Kami berbesar hati untuk mengembangkan perkhidmatan langganan awan perniagaan kami yang telah terbukti di Korea, ke Asia Tenggara. Oleh kerana langkah yang paling penting untuk transition ke ruang kerja digital adalah pemindahan asas-asas kolaborasi--perkongsian dan pengurusan fail--ke sistem cloud, saya yakin bahawa Cloudike akan mempercepatkan pembangunan nilai-nilai kerja "untact" dan pintar oleh syarikat-syarikat Asia Tenggara."

Kieun Park, Ketua Pegawai Teknologi NBT berkata, "Kami membantu syarikat-syarikat startup Korea yang paling kompetitif dalam industri mereka untuk berkembang ke luar negara. Cloudike ialah penyedia perkhidmatan cloud dengan teknologi yang sudah terbukti sebagai perkhidmatan yang bertaraf dunia. Kami akan menyokong platform awan Naver di Singapura sehingga Cloudike dapat mencapai kejayaan di Asia Tenggara."

Untuk maklumat terperinci mengenai Cloudike, sila kunjungi www.cloudike.net, https://youtu.be/xeP2qoDSoPs.

Hubungan media
Cloudike: sunung@asdtech.co
Born2Global Centre: jlee@born2global.com 

Video - https://cdn5.prnasia.com/202007/Cloudike/video1.mp4

Source: Born2Global Centre
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services