omniture

Kajian Makmal Sahkan Keberkesanan Produk Antiseptik BETADINE(R) Terhadap Virus COVID-19

Kajian diterbitkan dalam Infectious Disease and Therapy Journal
Mundipharma
2020-07-10 21:37 741

SINGAPURA, 10 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Mundipharma mengumumkan bahawa ujian makmal di Duke-NUS Medical School, Singapura telah mengesahkan keberkesanan produk antiseptik BETADINE® terhadap novel coronavirus (SARS-CoV-2) yang mengakibatkan penyakit COVID-19.

Ujian telah menunjukkan aktiviti virusid in-vitro BETADINE® yang kuat, membunuh 99.99% virus SARS-CoV-2 dalam 30 saat. Produk yang menjalani ujian tersebut ialah: produk antiseptik BETADINE®, iaitu Larutan (10% PVP-I), Pembersih Kulit (7.5% PVP-I), Ubat Kumur dan Ubat Cuci Mulut (1.0% PVP-I) dan Semburan Tekak (0.45% PVP-I).

Kajian ini telah diterbitkan dalam Infectious Disease and Therapy Journal yang disegani pada 08 Julai 2020.

"Keputusan ini mengesahkan pandangan kami bahawa produk antiseptik BETADINE®, yang digunakan dengan betul dan bersama-sama pilihan rawatan pencegahan lain termasuk PPE, boleh memainkan peranan dalam mengehadkan penularan jangkitan, termasuk COVID-19," kata Raman Singh, Ketua Pegawai Eksekutif Mundipharma.

"Ia turut menyediakan komuniti perubatan serta pengguna dengan jaminan berasaskan sains bahawa mereka menggunakan produk yang merupakan pertahanan terbukti terhadap COVID-19," tambah beliau.

Kajian yang dijalankan di Duke-NUS dilengkapi dengan ujian Makmal yang diselesaikan di Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) di Universiti Malaya, Malaysia, yang turut menunjukkan aktiviti virusid in-vitro yang kuat, dengan produk yang diuji Ubat Kumur dan Ubat Cuci Mulut BETADINE® (1.0% PVP-I) membunuh 99.99% virus SARS-CoV-2 dalam 15 saat. Kajian TIDREC telah diterima oleh British Dental Journal (BDJ) dan diterbitkan sebagai Surat pada 26 Jun 2020. Jurnal ini diterbitkan oleh Springer Nature bagi pihak British Dental Association.

Terdahulu, produk antiseptik BETADINE® mengandungi iodin povidon (PVP-I) telah terbukti berkesan secara in vitro terhadap pelbagai jenis virus, termasuk coronavirus yang telah mengakibatkan wabak besar seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Rangkaian antiseptik BETADINE® mengandungi Iodin-povidon (PVP-I), yang sangat berkesan melawan pelbagai jenis mikroorganisma termasuk bakteria, virus serta kulat dan biasanya digunakan di hospital.

Latar Belakang Mundipharma 

Syarikat-syarikat bersekutu bebas Mundipharma ialah entiti-entiti milik persendirian yang mencakupi pasaran-pasaran farmaseutikal dunia. Mundipharma ialah contoh utama syarikat yang sentiasa menyediakan produk-produk berkualiti tinggi di samping berpegang pada nilai-nilai yang menonjolkan syarikat. Misi kami adalah untuk meringankan penderitaan pesakit yang mengalami kesakitan berkaitan kanser dan bukan kanser dan untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dengan ketara. Mundipharma berdedikasi untuk menyediakan pesakit yang mengalami penyakit yang teruk dan melemahkan dengan manfaat pilihan rawatan baharu dalam bidang-bidang seperti kesakitan, onkologi, penjagaan sokongan onkologi, oftalmologi, penyakit pernafasan dan rawatan kesihatan pengguna.

Latar Belakang BETADINE® 

Rangkaian produk BETADINE® dipercayai oleh hospital-hospital dan para pengguna di seluruh dunia selama lebih 60 tahun untuk mencegah dan merawat jangkitan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Mundipharma telah memperluaskan rangkaian produk BETADINE® untuk menyediakan rangkaian iodin-povidon dan tanpa iodin-povidon bagi tujuan pencegahan, rawatan dan pemeliharaan untuk pelbagai keadaan bermula daripada jangkitan saluran pernafasan atas, jangkitan luka, kebersihan serta jangkitan alat sulit wanita dan wabak kepada kebersihan diri dan tangan. Kajian in-vitro dan klinikal menunjukkan bahawa iodin povidon BETADINE® dapat membunuh pelbagai jenis bakteria, virus dan kulat termasuk strain rintang antibiotik.

®: BETADINE ialah tanda dagangan berdaftar Mundipharma

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.mundipharma.com.sg.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Emel: media@mundipharma.com.sg

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200113/2689982-1LOGO?lang=0

Source: Mundipharma
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries