SINGAPURA, 10 Julai 2020 PRNewswire/ -- Hari ini, UL mengumumkan bahawa Majlis Alam Sekitar Singapura (SEC) kini akan menerima Perakuan GREENGUARD Gold pengeluar sebagai bukti memenuhi syarat-syarat had emisi yang digariskan dalam Skim Pelabelan Hijau Singapura untuk kemasan lantai, pintu, kemasan dinding, bod panel, penebat, perabot serta permaidani dan perekat permaidani. Skim Pelabelan Hijau Singapura memberi pengesahan kepada produk-produk industri dan pengguna yang dikeluarkan dengan cara mesra alam sekitar.
"Kami berasa gembira kerana kini pengeluar produk dengan produk UL GREENGUARD Gold akan memenuhi had emisi Sebatian Organik Meruap (VOC) SEC untuk kemasan lantai, pintu, kemasan dinding, bod panel, penebat, perabot serta permaidani dan perekat permaidani. Penyelarasan standard emisi yang berterusan meninggikan piawaian untuk produk pancaran rendah dan menggalakkan pengeluar untuk mempertimbangkan aspek kelestarian yang penting ini," kata Alberto Uggetti, naib presiden dan pengurus besar bahagian Alam Sekitar dan Kelestarian UL.
UL berkolaborasi dengan agensi kerajaan, NGO serta pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dalam seluruh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk menyediakan pengeluar produk Diperakui GREENGUARD Gold dengan akses yang lebih lancar ke dalam pasaran yang mana had emisi VOC adalah biasa. Dengan cara ini, Perakuan GREENGUARD Gold dapat membantu pengeluar yang diperakui mendapat lebih pendedahan di rantau ASEAN.
Dengan makmal canggih yang menempatkan kebuk ujian persekitaran yang dinamik bagi tujuan pengukuran emisi VOC yang tepat dan komprehensif daripada semua jenis produk, UL menawarkan teknologi yang paling canggih digabungkan dengan kepakaran kawal selia tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai UL GREENGUARD Gold, kunjungi https://www.ul.com/offerings/greenguard-certification.
Latar Belakang UL
UL membantu mewujudkan dunia yang lebih baik dengan mengaplikasikan sains bagi menangani cabaran keselamatan, sekuriti dan kelestarian. Kami memperkasa kepercayaan dengan mendayakan penerimaan selamat produk dan teknologi baharu yang inovatif. Setiap orang di UL berkongsi minat yang sama untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih selamat. Kesemua usaha kami, bermula daripada penyelidikan bebas dan pembangunan standard, kepada pengujian dan perakuan, untuk menyediakan penyelesaian analitik dan digital, membantu meningkatkan kesejahteraan global. Perniagaan, industri, kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan orang awam meletakkan kepercayaan mereka kepada kami agar mereka dapat membuat keputusan yang lebih bijak. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi UL.com. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti kami yang bukan berasaskan keuntungan, kunjungi UL.org.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200708/2851530-1?lang=0