omniture

Asia Digital Bank Corporation Tandatangani Memorandum Persefahaman dengan Tencent Cloud

Tencent Cloud
2020-07-13 10:59 490

Meningkatkan keupayaan ADBC untuk perkhidmatan kewangan rantaian blok dan teknologi perbankan awan 

Meneroka kolaborasi dalam inovasi bersama berasaskan awan ke arah bank digital dipacu data 

SINGAPURA, 13 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Tencent Cloud, cabang pengkomputeran awan Tencent – penyedia perkhidmatan bernilai tambah internet yang terkemuka di China, hari ini mengumumkan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Asia Digital Bank Corporation (ADBC) di Singapura, bagi memulakan kolaborasi untuk perkhidmatan kewangan berasaskan awan dan inovasi bersama ke arah bank digital dipacu data bagi meningkatkan perniagaan tempatan di Singapura melalui teknologi yang inovatif dan operasi perbankan digital praktikal.

Perjanjian ini ditandatangani dalam satu persidangan maya yang dihadiri oleh Elong Huang, Pengurus Besar Tencent Cloud Rantau Asia Tenggara; Carlos Hu, Pengurus Besar Tencent Finance Cloud; dan Dr. Li Shan, Pengerusi ADBC. Ia dimulakan dengan ADBC bagi berbincang mengenai penggunaan platform awan kewangan Tencent bagi menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang terbaik dalam kelas kepada perusahaan kecil-kecilan dan sederhana (PKS), sementara Tencent Cloud pula berusaha untuk menawarkan keupayaan dan penyelesaian terbaik untuk memperkasa inisiatif perbankan digital Asia Digital Bank Corporation.

Penularan COVID-19 baru-baru ini telah mendedahkan keperluan terhadap perkhidmatan perbankan yang dikemas kini bagi melengkapkan proses perbankan tradisional. Dengan permintaan terhadap penyelesaian kewangan yang disesuaikan dan alatan pengurusan wang dilihat lebih tinggi berbanding sebelum ini, ADBC harus berinovasi selanjutnya sekitar kesejahteraan kewangan pelanggan mereka.

Dalam era yang paling bertumpu pada pelanggan, pemupukan empati digital merupakan salah satu keutamaan tertinggi untuk ADBC. Bermatlamat untuk mewujudkan penawaran disesuaikan mengikut profil pelanggan dan bagi menawarkan nasihat dan cadangan pintar kepada pelanggan pada bilamana mereka memerlukannya, dengan sokongan daripada Yincubator Private Limited, sebuah firma penasihat inovasi yang berpangkalan di Singapura, meneroka kolaborasinya bersama Tencent Cloud untuk mereka bentuk dan menyediakan platform awan yang canggih secara teknikalnya bagi merangsang dan mengaturkan aliran kerja dan proses yang baharu dan sedia ada dengan cara yang dinamik dan fleksibel. Ini akan membolehkan ADBC untuk mengesan peristiwa penting dalam kehidupan pelanggan – apa yang dikenali sebagai "detik perniagaan" – bagi mengenal pasti cabaran, keinginan dan matlamat pelanggan.

Perkhidmatan awan yang dilaksanakan secara strategik akan membolehkan ADBC untuk menggunakan sumber dengan cara yang amat fleksibel dan cekap ketika menjalankan analisis data, storan data dan pemprosesan kumpulan. Teknologi awan yang terbukti daripada Tencent Cloud akan mengukuhkan keselamatan dan pematuhan ADBC serta memperkenalkan pengautomatan bagi memberi kecekapan dan penjimatan kos yang lebih baik.

Mengukuhkan perjanjian bersama ADBC, Tencent Cloud telah mencapai pengakuan Laporan Audit Penyedia Perkhidmatan Sumber Luar (Outsourced Service Provider Audit Report, OSPAR) sebagai bukti selanjutnya komitmennya untuk memenuhi standard tinggi untuk penyedia perkhidmatan awan yang ditetapkan oleh industri perkhidmatan kewangan Singapura. Ia menunjukkan keupayaan Tencent Cloud untuk membawa sebarang keperluan dalam kolaborasinya dan ia memastikan bahawa ia mengekalkan tahap tadbir urus, ketegasan dan ketekalan yang sama seperti institusi-institusi kewangan di Singapura.

Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent International Business Group, berkata, "Kami berasa teruja untuk meneroka kolaborasi kami dengan Asia Digital Bank Corporation dalam usaha mencipta perkhidmatan kewangan berasaskan awan dan bersama-sama berinovasi dalam membina bank digital dipacu data di Singapura. Dengan pencapaian terkini kami dalam memperoleh standard OSPAR, kami berasa lebih yakin bahawa kerjasama kami bersama Asia Digital Bank Corporation akan menonjolkan keupayaan kami untuk menyediakan perkhidmatan awan yang selamat dan berkualiti tinggi."

Nelson Goh, Pengarah Lembaga Asia Digital Bank Corporation, berkata, "Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk meneroka bersama Tencent Cloud dalam menggunakan perkhidmatan awan yang disahkan oleh OSPAR bagi membina visi kami untuk operasi perbankan digital yang inovatif di Singapura. ADBC percaya dalam membawa pengalaman peribadi yang mengikut konteks kepada pelanggannya. Bagi mencapai tahap perjalanan digital dan penumpuan pelanggan ini, kami perlu mengautomasikan beribu-ribu proses yang menyokong perjalanan pelanggan. Pelaksanaan proses ini melalui teknologi berasaskan awan akan menghasilkan proses hujung-ke-hujung, nirgeseran dan lancar yang menghubungkan sistem perbankan teras dalaman dan legasi, produk pelengkap dan penyedia sistem kognitif."

"ADBC komited untuk menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang terbaik dalam kelas kepada pelanggan perusahaan bersaiz kecil dan sederhana sebaik sahaja ia berjaya diberi lesen perbankan borong di Singapura. Apa yang lebih penting, ADBC menyasarkan untuk menjadi bank digital berempati yang melangkaui jangkaan pelanggan. Kolaborasi yang dicadangkan oleh kami pastinya akan membantu kami mencapai matlamat kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada PKS di negara ini, memberi tumpuan pada kewangan inklusif dan mesra alam serta mencipta bank digital serantau yang unggul dan berpangkalan di Singapura," tambah Nelson.

Beroperasi di 25 wilayah dan 53 zon ketersediaan di seluruh dunia, Tencent Cloud ialah penyedia perkhidmatan awan awam yang selamat, andal dan berprestasi tinggi yang mengintegrasikan keupayaan pembinaan-infrastruktur Tencent dengan kelebihan platform serta ekosistem penggunanya yang besar. Tencent Cloud menyediakan akses global dan pelbagai jenis perkhidmatan kepada organisasi-organisasi yang memerlukan infrastruktur termaju dan persekitaran berdaya tahan, seperti dalam sektor permainan video, siaran langsung dan perkhidmatan kewangan.

Selain daripada pencapaian OSPAR, Tencent Cloud telah memperoleh Standard Keselamatan Awan Berbilang Tahap (Multi-Tier Cloud Security Standard, MTCS SS), satu standard keselamatan antarabangsa yang penting untuk penerimaan perkhidmatan pengkomputeran awan di Singapura, di samping lebih daripada 20 perakuan antarabangsa yang berkaitan dengan perlindungan maklumat awan awam. Mematuhi garis panduan The Association of Banks di Singapura, perakuan OSPAR mencakupi kawalan tahap entiti termasuk penilaian risiko, maklumat dan komunikasi, dasar keselamatan maklumat selain dasar dan amalan sumber manusia, kawalan IT am dan kawalan perkhidmatan.

Source: Tencent Cloud
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Blockchain