omniture

Sunport Power Optimumkan Modul Fleksibel S6, Sasar Pasaran BIPV Semakin Berkembang

Sunport Power
2020-07-15 03:15 462

WUXI, China, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pengeluar modul MWT PV skala-GW yang pertama di dunia, Sunport Power baru-baru ini mengumumkan bahawa syarikat telah mengoptimumkan produk modul fleksibel S6 yang menyasarkan pasaran BIPV yang semakin berkembang.

 

Dilancarkan pada tahun 2018 dan kemudiannya mencapai pengeluaran yang berjaya untuk barisan pengeluaran perintis, S6 terus dinaik taraf dan dioptimumkan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Sunport Power dengan kefleksibelan dan kecekapan tingginya untuk keperluan pelanggan dalam senario berbeza. Kecekapan modul 21.2% telah dicapai oleh modul S6 baharu yang telah dinaik taraf. Dengan pasaran fotovolta bersepadu bangunan (BIPV) yang berkembang pesat, Sunport Power menerima pesanan daripada pelbagai pelanggan luar negara di Eropah, Jepun, Australia dan sebagainya.

Teknologi MWT

Modul Fleksibel S6 Sunport Power mengaplikasikan teknologi Metal Wrap Through (MWT) yang unik sebagai asasnya. MWT ialah teknologi sentuhan belakang termaju bagi meningkatkan kecekapan sel dan modul solar dengan menghapuskan busbar pada sisi depan dan menggunakan kedua-dua elektrod positif dan negatif pada sisi belakang. Dibandingkan dengan modul konvensional, hasil kuasa bagi produk MWT meningkat sebanyak 3% dan sekitar 15W lebih banyak output.

Teknologi MWT ialah teknologi yang berpotensi. Prof. Martin Gren, ketua saintis Sunport Power berkata: "MWT bukan sekadar suatu teknologi, tetapi platform yang membolehkan banyak teknologi sel lain dipasangkan padanya."

Ciri-ciri cemerlang modul fleksibel S6

Dilengkapi dengan MWT, modul fleksibel S6 terkenal dengan ciri-ciri cemerlangnya iaitu ringan, nipis fleksibel dan tanpa plumbum.

Modul fleksibel berasaskan silikon ini hanyalah seberat 4 kg dan mempunyai ketebalan 1.4mm, dibandingkan dengan modul PV konvensional yang mempunyai berat 19 kg dan ketebalan 35-40mm. Ini menjadikan S6 sesuai khususnya untuk aplikasi BIPV yang memerlukan spesifikasi berat yang ketat dalam banyak senario, seperti bumbung, dinding, pelindung matahari dan sebagainya.

Dengan bantuan daripada bahan polimer khas yang terpilih, lapisan depan modul S6 mempunyai kefleksibelan lenturan yang luar biasa dengan jejari lengkung minimum 25 cm, yang memperluaskan aplikasi dan kemungkinannya dengan ketara.

Dengan reka bentuk yang unik, modul fleksibel S6 berjaya mencapai ciri tanpa plumbum dengan menggunakan kerajang konduktif dan menjadi produk yang mesra alam.

Jaminan produk 

Modul S6 yang baru dibangunkan diberi penghormatan dengan sijil oleh TUV. Degradasi tahun pertama adalah kurang daripada 2% dan output kuasa linear akan dijamin melebihi 82% dalam tempoh 25 tahun, insurans semula jaminan disediakan oleh Lloyd's, meliputi pasaran global.

"Modul S6 daripada Sunport Power memperoleh kelebihan Kecekapan tinggi, Keandalan tinggi, Jaminan Unggul, ROI tinggi, Reka bentuk estetik dan Tanpa plumbum. Berbeza daripada modul konvensional, S6 boleh disesuaikan untuk bentuk dan seni rekaan yang membawa lebih banyak aplikasi dan kemungkinan untuk pasaran BIPV yang memerlukan penampilan," kata Dianna Tao, naib presiden Sunport Power. "Bahkan, dengan kefleksibelan yang cemerlang, modul S6 yang ringan dan nipis sesuai khususnya untuk permukaan melengkung, bumbung berkapasiti rendah beban, muka bangunan dan sebagainya," tambah Tao.

Dr. Zhang Fengming, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sunport Power menyatakan cita-cita beliau untuk modul fleksibel S6 kepada pihak akhbar: "Gabungan antara Modul Fleksibel S6 dan BIPV telahpun mula menunaikan janjinya untuk masa depan yang bakal muncul. Trend ini juga tidak menunjukkan tanda-tanda perlahan dari segi trajektorinya. Pada masa akan datang, Sunport Power akan terus mencuba untuk memenuhi keperluan pasaran terpelbagai dalam segmen-segmen berbeza dengan produk-produk kami yang berfaedah."

Video - https://cdn5.prnasia.com/202007/sunport/video.mp4

Source: Sunport Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities