omniture

'3on3 FreeStyle: Rebound' Dilancar di Steam pada 15 Julai

JOYCITY
2020-07-15 10:00 425

SEONGNAM, Korea Selatan, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- JOYCITY (Ketua Pegawai Eksekutif: Seong-won, Jo dan Young-ho, Park) mengumumkan bahawa '3on3 FreeStyle: Rebound' (PC) akan dilancarkan di seluruh dunia di Steam pada 15 Julai ini.

 

'3on3 FreeStyle: Rebound" ialah versi yang dibentuk semula daripada versi konsol asal 3on3 FreeStyle dengan menjadikan audiens komputer peribadi sebagai keutamaan. Ia membawa gaya main dinamik bola keranjang jalanan 3 lawan 3 dengan ciri-ciri unik daripada siri FreeStyle. Ciri utama judul ini ialah permainan strategik yang memanfaatkan pelbagai watak dengan kebolehan mereka.

'3on3 FreeStyle: Rebound' Dilancar di Steam pada 15 Julai
'3on3 FreeStyle: Rebound' Dilancar di Steam pada 15 Julai

'3on3 FreeStyle: Rebound' akan disediakan di seluruh dunia kecuali Korea Selatan dan Taiwan serta menyokong bahasa-bahasa berbeza termasuk rantau Asia Tenggara. Ia meneruskan asas Unreal Engine daripada permainan asal berserta reka bentuk main-percuma (free-to-play) yang sama. Rebound membawakan antara muka pengguna dan pengalaman pengguna yang disesuaikan mengikut komputer peribadi. Berbeza dengan versi konsol, Rebound menyokong sistem sembang pengguna.

'3on3 FreeStyle: Rebound' sedia dimuat turun daripada halaman gedung Steam pada 15 Julai dan pengguna boleh menikmati pelbagai acara bagi meraikan pelancaran rasminya. Semua pengguna baharu akan menerima set jersi bertema Steampunk sebaik sahaja mereka melog masuk ke permainan. Sekiranya pengguna bermain 3on3 Mode sekurang-kurangnya sekali, pengguna boleh menerima tanda nama eksklusif Steam sebagai ganjaran istimewa. Acara Baller 5 Day: Login baharu akan diadakan bersama-sama bagi menyokong perkembangan anda. Pada bulan Julai, sekiranya pengguna melog masuk selama 11 hari, pengguna boleh menerima Mata FS, kredit tunai sebagai ganjaran. Selain daripada itu, 5 acara dalam-permainan yang berbeza dihimpunkan termasuk Level Up Mission Event, Achieving Prestige 3 Event dan XP Drink Festival.

JOYCITY melancarkan treler rasmi '3on3 FreeStyle: Rebound' melalui halaman gedung Steam dan saluran YouTube rasmi syarikat. Sorotan watak dan filem pengenalan akan disediakan di halaman Steam dan SNS rasmi secara berurutan.

Young Ho Park, Ketua Pegawai Eksekutif JOYCITY berkongsi, "Kami bersyukur kerana dapat memperkenalkan 3on3 FreeStyle dalam persekitaran komputer peribadi. Kami memberi usaha terbaik kami untuk membawa pengalaman permainan terbaik dengan antara muka dan pengalaman pengguna yang disesuaikan mengikut komputer peribadi. Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan aliran hiburan dan keterujaan yang berterusan dengan pelbagai kemas kini dan sokongan untuk memenuhi jangkaan."

Maklumat lanjut boleh didapati di halaman gedung Steam.

3on3 FreeStyle: Rebound di Steam: PAUTAN
Facebook: PAUTAN
Discord: PAUTAN
Twitter: PAUTAN
Treler Rasmi: PAUTAN

Latar Belakang JOYCITY 
JOYCITY Corporation ialah pembangun dan penerbit permainan ulung yang mengkhusus dalam permainan merentas semua platform untuk pasaran global. Beberapa judul permainan mudah alih yang diterima baik daripada JOYCITY termasuk Pirates of the Caribbean: Tides of War yang dibangunkan dengan kerjasama Disney, Gunship Battle: Total Warfare, Game of Dice dan The War of Genesis. Dilancarkan di kawasan-kawasan terpilih baru-baru ini ialah CrossFire: Warzone yang menampilkan pegawai-pegawai ikonik daripada francais CrossFire yang popular. Portfolio permainan yang pelbagai daripada JOYCITY turut melibatkan permainan sukan jalanan FreeStyle pada komputer peribadi, dengan kemasukan konsol terkini untuk francais ini ialah 3on3 FreeStyle untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi http://corp.joycity.com/html/en/games.html.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200709/2853792-1?lang=0
Video - https://cdn5.prnasia.com/202007/joycity/video.mp4

 

Source: JOYCITY
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment New products/services