omniture

Global Sources Online Show sulung bermula pada 29 Julai

Alami Era Baharu Penyumberan
Global Sources
2020-07-15 11:00 695

HONG KONG, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Global Sources mengumumkan bahawa Global Sources Online Show ("GSOS") sulung dijadualkan untuk diadakan mulai 29 Julai hingga 9 Ogos, bagi membolehkan lebih daripada dua juta pembeli dalam talian dan pameran perdagangan di seluruh dunia untuk mendapatkan sumber daripada kira-kira 900 pembekal premium dan disahkan dengan perkhidmatan sepanjang masa disediakan selama dua minggu berturut-turut.

Global Sources Online Show sulung bermula pada 29 Julai
Global Sources Online Show sulung bermula pada 29 Julai



Penyumberan tradisional telah dihentikan ekoran perintah sekatan pergerakan dan juga sekatan perjalanan di seluruh dunia. Sebagai respons kepada keadaan penyumberan yang baharu, Global Sources memindahkan pengalaman penyumberan luar taliannya ke dalam talian, dalam bentuk GSOS yang pertama seumpamanya. Pameran ini menawarkan penyumberan 24/7 tanpa mengira sempadan geografi dan perbezaan waktu, menggunakan teknologi terkini untuk membawa pembekal terbaik kepada pembeli antarabangsa yang tidak dapat melakukan perjalanan, menyediakan interaksi masa sebenar dan produk yang mendapat permintaan menerusi tiga fasa pameran khusus.

"Global Sources memanfaatkan pameran perdagangan terbuktinya dan kepakaran penyumberan dalam talian yang dibina sejak 50 tahun yang lalu untuk membawakan pembeli dengan komunikasi masa sebenar bersama pembekal terkemuka dan pandangan pasaran yang terkini, memberi tumpuan pada kategori-kategori produk yang mendapat permintaan tertinggi di tengah-tengah keutamaan baharu pandemik COVID-19 ini," kata Hu Wei, Ketua Pegawai Eksekutif Global Sources. "Kami mencipta pengalaman penyumberan dalam talian yang unik untuk pembeli dan pembekal dari seluruh dunia yang disokong oleh komuniti pembeli kami, pembekal yang disahkan, platform dalam talian yang berkembang dan kepakaran pameran perdagangan."

GSOS bakal menampilkan tiga kategori produk yang mendapat permintaan tinggi menerusi tema masing-masing termasuk Perubatan & Penjagaan Kesihatan, Belajar & Bekerja Dari Rumah dan Kediaman & Perkakasan. Kira-kira 900 pembekal yang disahkan dijangka mempamerkan produk-produk mereka yang mendapat permintaan yang dipilih dengan teliti mengikut keperluan penyumberan semasa pembeli.

GSOS membawa pengalaman penyumberan baharu:

  • Pavilion produk yang dipaparkan untuk membolehkan pembeli melihat-lihat produk dengan pantas daripada kategori tertentu
  • Video produk disesuaikan untuk menarik perhatian pembeli
  • Pertanyaan dan sebut harga dalam talian, mesyuarat dalam talian seorang ke seorang untuk membuat tindakan susulan terhadap keperluan penyumberan pembeli
  • Acara Penyumberan Persendirian untuk bertemu pembeli sasaran
  • Perbualan dalam talian untuk berkomunikasi dan membina kepercayaan dengan pembeli
  • Bilik mesyuarat maya untuk membina hubungan perniagaan dalam persekitaran peribadi
  • Sidang kemuncak dan persidangan dalam talian, menampilkan perbincangan panel dan kajian kes untuk membolehkan pembeli menguasai trend terkini dan berhubung dengan pakar penyumberan
  • Strim langsung pembekal yang dipimpin oleh hos profesional, menampilkan reka bentuk eksklusif pembekal serta lawatan ke kilang atau bilik pameran bagi menyediakan pembeli dengan pengalaman penyumberan yang intuitif
  • Segmen hiburan termasuk persembahan secara langsung yang disesuaikan untuk khalayak pameran dalam talian

Untuk pendaftaran dan butiran lebih lanjut mengenai GSOS, sila kunjungi https://www.gsos.com/?utm_source=Preshow_Release&utm_medium=PR_PressRelease&utm_campaign=GSOS_PR_HK20&WT.mc_id=8021415

Global Sources Online ialah platform perdagangan B2B profesional dengan pengkhususan industri yang mendalam. Dengan dua juta pengguna, ia telah menjadi platform penyumberan pilihan untuk pembeli mewah di seluruh dunia. Sebuah syarikat media dan penganjur pameran bertaraf antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong selama hampir 50 tahun, Global Sources menganjurkan acara penyumberan bertaraf dunia, termasuk pameran penyumberan elektronik terbesar dunia, menawarkan perkhidmatan kepada puluhan juta pembeli dan pembekal serta komited untuk mempromosikan perdagangan global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200706/2848935-1?lang=0
Logo - http://www.prnasia.com/sa/200708071747.jpg

 

Source: Global Sources
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Workforce Management/Human Resources Trade show news Future Events