omniture

Zuellig Pharma lantik John Graham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Zuellig Pharma
2020-07-15 12:28 645

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Zuellig Pharma, penyedia bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terkemuka di Asia, mengumumkan pelantikan John Graham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya. John akan mengendalikan perniagaan yang bernilai US$13 bilion dan memimpin pasukan merentas 13 pasaran di Asia.

John Graham, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma yang baru dilantik
John Graham, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma yang baru dilantik

Beliau menyertai Zuellig Pharma pada tahun 2018 untuk mengawasi pembangunan dan pertumbuhan perniagaan Penyelesaian Komersial Zuellig Pharma, menerajui pertumbuhan pemasaran, jualan, pembangunan perniagaan dan perkhidmatan pengawalseliaannya. Beliau mengambil alih pucuk pimpinan daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif John Davison yang bersara pada akhir bulan lalu.

John mempunyai pengalaman industri selama lebih tiga dekad dalam bidang bioteknologi, farmaseutikal, perundingan strategik dan perbankan pelaburan penjagaan kesihatan di seluruh Eropah, Asia, Amerika Latin dan Amerika Syarikat. Terdahulu, beliau memegang pelbagai jawatan kepimpinan global kanan di Aventis, Genzyme dan Ernst & Young, serta jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Menarini Asia-Pasifik yang berpangkalan di Singapura, yang mana beliau mengukuhkan jejak komersial Asia-Pasifik syarikat.

"John membawa bersama beliau rekod prestasi yang kukuh dalam kepimpinan strategik dan operasi melalui pelbagai jawatan global yang pernah dipegang oleh beliau. Kali ini bersama Zuellig Pharma, John turut mendorong kejayaan yang tiada tandingan dalam perniagaan Penyelesaian Komersial. Kami berharap agar dapat bekerjasama dengan erat bersama beliau untuk terus mentransformasikan organisasi ini dan melaksanakan rancangan pertumbuhan kami yang menarik," kata Patrick Davies, Pengerusi Zuellig Pharma.

"Sepanjang beberapa tahun akan datang, matlamat saya adalah untuk mentransformasikan Zuellig Pharma menjadi sebuah perniagaan penjagaan kesihatan bersepadu utama yang amat diperlukan oleh pemegang kepentingan industri dan memberi kesan yang besar terhadap masyarakat. Kami akan terus bersama-sama meneruskan misi kami bagi menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah dicapai dengan menyediakan penyelesaian yang inovatif dan bertaraf dunia kepada rakan kongsi dan pelanggan kami dalam bidang pengedaran, komersial dan teknologi digital," kata John.

John memegang jawatan baharu beliau pada 1 Julai tahun ini dan ditempatkan di ibu pejabat Zuellig Pharma di Singapura.

Latar Belakang Zuellig Pharma

Zuellig Pharma ialah salah satu kumpulan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang terbesar di Asia dan tujuan kami adalah untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih mudah dicapai. Kami menyediakan perkhidmatan pengedaran, komersial dan digital yang bertaraf dunia bagi menyokong keperluan penjagaan kesihatan yang semakin berkembang di rantau ini.

Syarikat ini bermula hampir seratus tahun yang lalu dan telah berkembang menjadi sebuah perniagaan bernilai US$13 bilion yang meliputi 13 pasaran dengan 12,000 pekerja. Kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih 350,000 kemudahan perubatan dan bekerjasama dengan lebih 500 pelanggan termasuk 20 syarikat farmaseutikal yang terkemuka di dunia.

Baru-baru ini, kami melancarkan Pusat Inovasi Penyelesaian Kesihatan Zuellig untuk membangunkan perkhidmatan baharu dan memenuhi beberapa keperluan penjagaan kesihatan yang mendesak di Asia. Sejak itu, pasukan kami memberi tumpuan untuk mencipta penyelesaian pengurusan data, digital dan penyakit, menyokong pesakit yang mengalami keadaan kronik dan membantu pembayar mengurus kos penjagaan kesihatan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200713/2855812-1?lang=0

Source: Zuellig Pharma
Keywords: Health Care/Hospital Personnel announcements