omniture

Acronis Peroleh DeviceLock, Tambah Pencegahan Kehilangan Data dan Kawalan Peranti untuk Luaskan Portfolio Perlindungan Siber

Syarikat unikorn Singapura menambah teknologi kawalan peranti dan pencegahan kehilangan data titik akhir utama daripada DeviceLock untuk terus memajukan penyelesaian perniagaannya
Acronis
2020-07-17 07:11 470

 

SINGAPURA, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber, hari ini mengumumkan pemerolehan DeviceLock, Inc., penyedia yang terkemuka bagi perisian pencegahan kebocoran data kawalan peranti/port titik akhir untuk perusahaan dan institusi kerajaan di seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada perjanjian, DeviceLock akan menjadi subsidiari milik penuh Acronis

Acronis now owns 100% on DeviceLock
Acronis kini memiliki 100% dalam DeviceLock

 

Peneraju yang jelas dalam Pencegahan Kehilangan Data (DLP) titik akhir melindungi 4 juta komputer dalam lebih daripada 5,000 organisasi di seluruh dunia, DeviceLock menikmati kehadiran pelanggan global merentas pelbagai jenis perniagaan termasuk perbankan dan kewangan, perubatan, farmaseutikal, kerajaan dan pertahanan, pembuatan serta peruncitan.

DeviceLock DLP direka bentuk untuk menghentikan kebocoran data pada sumbernya, memandangkan hampir dua pertiga daripada kejadian kebocoran data yang serius disebabkan oleh pekerja, kontraktor atau pengunjung – sama ada melalui kesilapan yang tidak disengajakan atau hasrat yang berniat jahat. Penyelesaian DeviceLock menyediakan perlindungan tahap tinggi terhadap data berharga daripada ancaman orang dalam yang serius ini. Pemerolehan keupayaan baharu ini akan membantu memajukan misi Acronis untuk memberi perlindungan yang bertaraf dunia kepada setiap perniagaan.

Acronis akan mengintegrasikan teknologi DeviceLock ke Platform Siber Acronis, menjadikan perkhidmatan baharu tersedia melalui portal Acronis Cyber Cloud Solutions. Dalam masa yang sama, Acronis akan terus mengusahakan versi baharu kompleks DeviceLock DLP yang di samping mengekalkan sokongan teknikal penuh.

Berserta suit DLP penuh DeviceLock, Acronis akan menawarkan pelanggan dan rakan kongsi dengan pendekatan yang ringkas dan berpatutan bagi mencegah kebocoran data daripada komputer riba Windows dan Mac korporat, komputer meja dan sesi serta aplikasi Windows maya, mencakupi Lima Vektor Perlindungan Siber -- keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan keselamatan (SAPAS) bagi semua data, aplikasi dan sistem.

"Dengan menambah penyelesaian DeviceLock kepada portfolio kami yang melibatkan produk dan perkhidmatan perlindungan siber, kami akan memberikan cara yang mudah kepada rakan kongsi dan pelanggan kami untuk menyampaikan tahap fungsi yang belum pernah terjadi sebelum ini antara penyelesaian DLP titik akhir pada harga yang berpatutan," kata Serguei "SB" Beloussov, Pengasas dan Ketua Eksekutif Acronis. "Kami melihat kepada aspek membangunkan penyelesaian baharu secara dalaman, serta memperoleh vendor utama tambahan bagi menambah lebih keupayaan kepada himpunan sedia ada kami. Dunia keselamatan IT sentiasa berubah-ubah dan kami bertekad untuk terus mengembangkan penyelesaian kami bagi memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah-ubah."

Acronis dapat melihat nilai dalam menawarkan perkhidmatan DeviceLock kepada komunitinya yang terdiri daripada 50,000 rakan kongsi dalam saluran IT, membolehkan MSP dan penyedia perkhidmatan untuk mengurus keperluan perlindungan data pelanggan mereka dengan lebih baik. Kebolehan Acronis untuk memenuhi keperluan penggunaan infrastruktur mengikut lokasi, belanjawan dan keadaan penggunaan dapat memberi mereka kawalan dan kefleksibelan yang terbaik, bagi menyediakan perlindungan siber dengan Acronis Cyber Protect. Acronis merancang untuk terus meningkatkan tawaran perlindungan sibernya dan menambah keupayaan yang diminta oleh rakan kongsi dan pelanggan.

"Dengan bergabung bersama Acronis, kami dapat mempercepatkan inovasi produk, meluaskan saluran pengedaran kami dan memanfaatkan teknologi sedia ada kami untuk memenuhi keperluan pelanggan," kata Ashot Oganesyan, Ketua Pegawai Teknologi dan Pengasas DeviceLock. "Dengan pengetahuan yang diperoleh daripada hampir suku abad pengalaman menyediakan penyelesaian kawalan peranti dan pencegahan ketirisan data, kami yakin bahawa pemerolehan ini akan melindungi berjuta-juta pengguna dan menjamin penggunaan perlindungan data yang selamat dan andal di seluruh dunia."

Latar Belakang Acronis

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber yang bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dunia digital moden. Dengan model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan permintaan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem dengan antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan penyelesaian pengurusan perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang inovatif. Dengan antiperisian hasad berasaskan AI yang memenangi anugerah dan teknologi pengesahan data berasaskan rantaian blok, Acronis melindungi sebarang persekitaran – bermula daripada awan hingga hibrid serta atas-premis -- pada kos yang rendah dan boleh diramal.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, kini Acronis mempunyai lebih daripada 1,500 pekerja di 33 lokasi dalam 18 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna rumah dan 500,000 syarikat termasuk 100% syarikat Fortune 1000 dan pasukan sukan profesional tahap teratas. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih daripada 40 bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.acronis.com.

Latar Belakang DeviceLock, Inc.

Ditubuhkan pada tahun 1996, DeviceLock, Inc. menyediakan penyelesaian perisian kawalan peranti dan pencegahan kebocoran data titik akhir untuk semua saiz perniagaan dan industri. Melindungi 4 juta komputer dalam lebih 5,000 organisasi di seluruh dunia, DeviceLock mempunyai rangkaian luas pelanggan korporat termasuk institusi kewangan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, rangkaian ketenteraan yang dikelaskan, penyedia penjagaan kesihatan, syarikat telekomunikasi dan institusi pendidikan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi DeviceLock di www.devicelock.com dan di Twitter melalui https://twitter.com/DeviceLock

Hubungi:

Natalia Tashkeeva
Pengarah Komunikasi Korporat
+65 9643 9080 |  
natalia.tashkeeva@acronis.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200716/2859627-1?lang=0

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications