omniture

Platform "Hanyun" XCMG Dinamakan Projek Infrastruktur Baharu Internet Perindustrian 3 Terbaik

XCMG
2020-07-17 07:56 670

XUZHOU, China, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Platform Internet Perindustrian "Hanyun" yang dibangunkan oleh XCMG (SZ:000425) telah dinamakan sebagai projek infrastruktur baharu internet perindustrian 3 terbaik dalam "Senarai Perintis 30 Terbaik Infrastruktur Baharu Internet Perindustrian 2020" ("Senarai") yang dikeluarkan pada 29 Jun oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Industri (Center for Information and Industry Development, CCID) di bawah Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China.

Barisan Pembuatan Kimpalan Fleksibel Pintar Mesin Pengorek XCMG.
Barisan Pembuatan Kimpalan Fleksibel Pintar Mesin Pengorek XCMG.

Platform "Hanyun" XCMG mendapat skor keseluruhan sebanyak 94 dan dinobat sebagai "kekuatan yang kukuh dan mantap dalam pembinaan infrasruktur baharu internet perindustrian" atas pencapaiannya dalam sambungan peranti, pengumpulan data dan pengkomputeran pinggir, terutamanya hasil dalam mengintegrasikan, mengurus dan menganalisis data perindustrian yang banyak, menyediakan model mekanisme perindustrian, pembangunan aplikasi dan visualisasi data. Projek "Hanyun" telah membina 20 sub-platform dalam industri dan menawarkan sokongan untuk sesama perusahaan dan menyempurnakan pembiayaan pusingan A bernilai 300 juta yuan (USD 42.73 juta) pada tahun 2019.

"Platform 'Hanyun' XCMG telah mendapat sejumlah besar pengetahuan am dan pengalaman, yang telah memperkasakan lebih daripada 79 industri termasuk pembinaan, bukan ferus, pembuatan peralatan berkualiti tertinggi, komponen teras dan tenaga baharu," ujar Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG berganding bahu dengan China Unicom dan Huawei untuk membina rangkaian ekstranet taman perindustrian pintar 5G pertama yang akan menawarkan perkhidmatan untuk senario Pembinaan Pintar 5G. Menggabungkan teknologi, budaya dan sumber bagi menggalakkan pembangunan integrasi rangkaian, perkakasan, terminal dan sistem yang diselaraskan, dengan matlamat untuk menetapkan penanda aras baharu untuk kerjasama 5G yang inovatif dan menerajui inovasi serta pembangunan industri ini.

Bagi pengguna peralatan XCMG, platform "Hanyun" telah dapat menjadikan diagnosis jarak jauh dapat dilaksanakan. Pada bulan Jun, mesin pengorek XCMG di Asia Tenggara telah menghadapi beberapa masalah semasa penyelenggaraan rutin dibuat ekoran operasi yang tidak betul, garis masa ketat untuk projek pembinaan tersebut memerlukan peralatan diperbaiki serta merta, namun begitu, keadaan COVID-19 telah menjadikan perkhidmatan di lapangan lebih sukar. Setelah menerima panggilan untuk mendapatkan bantuan, XCMG mendapatkan kembali maklumat kerosakan daripada mesin pengorek khusus melalui platform "Hanyun" dan menghimpunkan sepasukan juruteknik untuk menawarkan bantuan jarak jauh melalui aplikasi pelanggan jarak jauh dan masalah berkenaan dapat diselesaikan dalam 30 minit.

Semua siri produk perkakasan IoT di bawah platform "Hanyun" serasi dengan teknologi penentududukan, aplikasi navigasi dan perkhidmatan pemasaan yang tepat daripada sistem navigasi satelit "BeiDou". Produk perkakasan IoT "Hanyun" yang baru dibangunkan ini telah mencapai komunikasi pesanan ringkas "BeiDou", isyarat kedudukan dan komunikasi dapat menyediakan liputan seluruh dunia 24-7 untuk semua produk.

Sehingga kini, platform "Hanyun" menyediakan perkhidmatan internet perindustrian di lebih 20 negara dalam "Inisiatif Jalur dan Jalan."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200716/2859676-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Internet Technology Machinery Transportation Awards