omniture

Quectel dan Broadcom jalin kerjasama lancar modul penentududukan GNSS peringkat sub-meter dwijalur berprestasi unggul untuk eMobiliti

Quectel
2020-07-17 15:45 3191

SHANGHAI, 17 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions, pembekal modul selular dan GNSS global yang terkemuka hari ini mengumumkan pelancaran modul LC29D. LC29D ialah modul GNSS peringkat sub-meter yang mengintegrasikan andaian buta (DR) dan teknologi algoritma kinematik masa sebenar (RTK) berbilang jalur (L1/L5) dengan masa penumpuan pantas dan prestasi yang andal. Modul ini menyokong output data mentah GNSS dwijalur dan mengintegrasikan sensor IMU 6-paksi bagi memberi prestasi penentududukan berketepatan tinggi dalam beberapa saat.

Berdasarkan cip GNSS BCM47758 Broadcom, LC29D boleh menerima isyarat secara serentak daripada sehingga enam gugusan (GPS, GLONASS, Galileo, IRNSS, BeiDou dan QZSS) pada waktu tertentu, yang memaksimumkan ketersediaan ketepatan peringkat sub-meter. Menggabungkan isyarat GNSS daripada jalur dwifrekuensi (L1/L5) dan teknologi RTK membolehkan LC29D mencapai prestasi yang tinggi walaupun dalam keadaan yang sukar seperti kanyon bandar yang padat. Modul ini juga boleh mengurangkan kesan berbilang laluan di bandar-bandar.

LC29D menawarkan kadar kemas kini kedudukan sehingga 30Hz (output lakuran), membolehkan aplikasi dinamik seperti eMobiliti kongsi, robot penghantaran dan pertanian jitu untuk menerima maklumat kedudukan dengan kependaman yang lebih rendah. Dengan mendayakan integrasi mudah bagi algoritma berbilang jalur RTK termaju, modul ini membantu pembangun membawa peranti mereka ke pasaran dengan pantas.

Modul berketepatan tinggi ini menawarkan prestasi yang lebih baik berbanding produk dalam pasaran bagi ketepatan kedudukan, kepekaan, masa penentuan lokasi pertama (TTFF), kadar kemas kini dan kependaman. Dibenamkan dengan sensor MEMS 6-paksi, peranti yang dikuasakan oleh LC29D boleh melaporkan pergerakan dengan cepat, yang membolehkan keupayaan penentududukan berkejituan tinggi yang tekal apabila digabungkan dengan algoritma DR, walaupun dalam persekitaran dengan isyarat yang lemah sepert terowong dan struktur tempat letak kereta bawah tanah.

Teks penuh disediakan di laman sesawang Quectel: https://www.quectel.com/infocenter/news/Quectel-launch-superior-performance-dual-band-sub-meter-level-gnss-positioning-module.htm 

Latar Belakang Quectel 

Kesungguhan Quectel terhadap dunia yang lebih pintar mendorong kami untuk mempercepatkan inovasi IoT. Sebuah organisasi yang amat bertumpu pelanggan, kami mencipta modul selular dan GNSS unggul yang disokong oleh sokongan dan perkhidmatan yang luar biasa. Pasukan global kami yang semakin berkembang dengan 1600 ahli profesional, yang terbesar dalam industri modul IoT di seluruh dunia, memastikan agar kami merupakan yang pertama ke pasaran dan terus menetapkan kadar pembangunan. Disenaraikan di Bursa Saham Shanghai, kepimpinan antarabangsa kami memberi tumpuan untuk memajukan IoT di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut: www.quectel.comLinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk pertanyaan media:
media@quectel.com

Source: Quectel
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services