omniture

Platform SEunicloud Shanghai Electric Menang Anugerah Kecerdasan Perindustrian Pertama Dunia di WAIC 2020

Shanghai Electric
2020-07-20 08:03 662

SHANGHAI, 20 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SHA:601727/HK:02727) hari ini mengumumkan bahawa platform SEunicloud miliknya telah memenangi anugerah kecerdasan perindustrian yang pertama di dunia di Sidang Kemuncak Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2020. Platform berkenaan memperoleh Anugerah "Zhan Lu" dalam sektor Perkhidmatan Terbaik. WAIC 2020 diadakan di Dewan Emas Pusat Ekspo Shangai pada 9 Julai. Anugerah ini bersama-sama diwujudkan oleh Forbes China dan Sidang Kemuncak Kecerdasan Perindustrian Global bagi mengiktiraf pencapaian dalam kecerdasan perindustrian berorientasi global.

Huang Ou, timbalan setiausaha dan presiden Jawatankuasa Parti bagi Shanghai Electric Group menyaksikan pelancaran rasmi Integrasi Industri-Kewangan Program Internet Perindustrian di Sidang Kemuncak Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2020 (WAIC)
Huang Ou, timbalan setiausaha dan presiden Jawatankuasa Parti bagi Shanghai Electric Group menyaksikan pelancaran rasmi Integrasi Industri-Kewangan Program Internet Perindustrian di Sidang Kemuncak Persidangan Kecerdasan Buatan Dunia 2020 (WAIC)

Huang Ou, timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti dan presiden Shanghai Electric Group, menyatakan, "Pada masa depan, Shanghai Electric akan terus membangunkan platform SEunicloud dan meningkatkan platform Internet perindustrian model perkhidmatan dalam radiasi wilayah Delta Sungai Yangtze di seluruh negara ini malah di seluruh dunia."

Acara tahun ini dianjurkan oleh jawatankuasa Kongres Kecerdasan Buatan Dunia dan bersama-sama dianjurkan oleh Institut Maklumat dan Komunikasi China serta Perikatan Industri Internet Perindustrian, antara lain. Sidang kemuncak ini memberi tumpuan pada "Inovasi, Integrasi dan Pembinaan Masa Depan Industri Pintar." Program ini melibatkan perkongsian mengenai pencapaian teknologi bagi rantaian blok perindustrian, data raya perindustrian dan platform industri Internet perindustrian selain meneroka model baharu pembiayaan rantaian industri Internet perindustrian.

Topik utama WAIC 2020 merupakan pembinaan struktur ekologi baharu untuk Internet perindustrian. Untuk tujuan ini, dengan harapan untuk mempercepatkan evolusi hasil usahanya, Shanghai Electric menaik taraf platform penyelesaian digital syarikat SEunicloud. Platform berkenaan memperkasa operasi kuasa angin pintar, operasi kuasa terma jarak jauh, penyelenggaraan alatan mesin, penyimpanan dan pengedaran tenaga. Menggunakan SEunicloud, Shanghai Electric telah menyediakan penyelesaian yang cekap termasuk penyelesaian masalah, operasi jarak jauh, penyelenggaraan dan perancangan tenaga bagi memenuhi tuntutan dalam pelbagai senario.

Platform SEunicloud turut dilengkapi dengan penyelesaian rantaian bekalan pintar yang direka bentuk untuk memadankan pengeluaran kilang dengan permintaan loji janakuasa secara langsung. Penyelesaian perancangan tenaga DES-PSO bagi platform ini membawakan fungsi reka bentuk dan perancangan, analisis pelaburan dan penilaian risiko. Ini membolehkan pelanggan menilai daya maju kewangan bagi projek-projek penghasilan tenaga berskala besar sebelum menjayakan pembinaan mereka. Komponen penyelesaian E-Dagang Shanghai Electric pada platform ini merupakan platform sehenti yang dilengkapi dengan alat ganti, perkhidmatan penyelenggaraan, pengoptimuman transformasi dan banyak lagi. Ini memudahkan penyampaian dalam talian lebih daripada 22,000 produk alat ganti dan 70 pakej pembaikan standard—kesemuanya pada harga yang hampir kepada harga kilang.

Sidang kemuncak ini turut mengumumkan pelancaran rasmi Integrasi Industri-Kewangan Program Internet Perindustrian. Selepas pembentukan konsortium berkenaan, Shanghai Electric akan bersama-sama mempromosikan pembinaan platform perkhidmatan awam untuk pembiayaan Internet perindustrian dan membina sistem kewangan Internet perindustrian yang boleh dipercayai, saling beroperasi dan diselaraskan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200718/2860773-1-a?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Oil/Energy Utilities Awards Trade show news