omniture

Strategi Setempat Zoomlion Raih Pengiktirafan dalam Pasaran Berkualiti Tinggi Global

Zoomlion
2020-07-21 06:21 337

CHANGSHA, China, July 21, 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) telah mencatatkan kejayaan global yang berterusan pada separuh pertama tahun 2020, termasuk eksport kren menara yang memecah rekod ke Korea Selatan, penghantaran kren semua rupa bumi ZAT2000 yang terkini ke Qatar dan pesanan baharu kren menara T6515-8KC dari Slovenia.

Zoomlion telah meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk berinovasi dan mengoptimumkan produk buat pelanggan di seluruh dunia, serta menyediakan perkhidmatan yang komprehensif yang akan meningkatkan daya saingnya.

"'Penyetempatan' sentiasa menjadi teras dalam pembangunan global Zoomlion yang strategik, ia bukan sahaja dapat dilihat dalam menjalankan perniagaan bersama ejen tempatan, tetapi juga membangunkan produk yang akan sesuai dengan keadaan pembinaan tempatan dan tabiat pengguna," kata Li Bin, Timbalan Pengurus Besar Syarikat Luar Negara Zoomlion.

Merebut peluang yang dibawa oleh penyambungan semula kerja di Korea Selatan sejak wabak COVID-19, Zoomlion telah mencapai jumlah eksport kren menara yang mencatat rekod ke Korea Selatan. Jenama ini kini mencakupi hampir separuh daripada bahagian pasaran eksport kren menara Cina ke Korea Selatan dan terus mengekalkan kedudukan teratas.

Zoomlion telah bekerjasama dengan ejen-ejen Korea Selatan tempatan sejak tahun 2013, menyesuaikan dan menaik taraf produk semasa demi memenuhi kehendak pasaran tempatan. Zoomlion kini mengeksport kren menara muatan tan besar ke Korea Selatan dan mencakupi kategori-kategori produk kren menara atas-rata, tukul dan jib-memugak. Zoomlion telah melancarkan kerjasama projek dengan syarikat-syarikat pembinaan Korea Selatan yang terkemuka seperti Lotte Construction, Daewoo Construction dan Samsung Engineering & Construction Group.

"Dengan bekerjasama erat bersama ejen tempatan, kami berusaha untuk mencapai keadaan yang saling menguntungkan untuk semua pihak dengan produk dan perkhidmatan cemerlang, serta menyumbang kepada projek pembinaan tempatan," kata Zhang Xin, Pengurus Serantau Syarikat Pemasaran Luar Negara Jentera Pengangkat Pembinaan Zoomlion (Wilayah Khas Asia).

ZAT2000, kren semua rupa bumi generasi 4.0 terkini daripada Zoomlion telah dieksport ke Qatar bersama-sama beberapa kren trak muatan tan sederhana pada bulan Jun. Dengan kapasiti mengangkat mencecah 200 tan, ZAT2000 telahpun muncul sebagai pengusaha baharu dalam pasaran tempatan yang kompetitif bagi kren muatan tan besar. Zoomlion kini memegang bahagian pasaran yang tertinggi antara eksport kren Cina ke Timur Tengah.

Pada tahun 2019, Zoomlion menubuhkan Zoomlion CIFA Europe untuk membangunkan perniagaan kren menara di EU dan telah menjalin kerjasama dengan perkhidmatan sewa kren menara yang terbesar di Slovenia bagi memperkenalkan produk-produk ke dalam pasaran tempatan. Kren menara T7020-12H ialah produk Zoomlion pertama yang diperkenalkan buat julung kalinya di Slovenia, prestasi cemerlang yang membawa kepada satu lagi pesanan kren menara T6515-8KC baru-baru ini.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang mengintegrasikan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori utama.

 

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports