SINGAPURA, 21 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi pandemik COVID-19 masa kini, SearchInform, penyedia penyelesaian pengurusan risiko yang berpangkalan di Singapura, memperkenalkan kemasukannya ke pasaran Asia pada hari ini, dengan penyelesaian pemantauan dan perlindungan data unik yang direka untuk eksekutif peringkat-C, pengurus risiko, pegawai audit dalaman, pengurus pematuhan dan penganalisis keselamatan maklumat.
Risk Monitor boleh melindungi sesebuah syarikat daripada peristiwa yang tidak dijangkakan dan kehilangan data dengan mengesan penipuan dan pencatutan pada masa sebenar. Sistem ini juga boleh mengawasi kesilapan manusia, melindungi data sulit semasa penggunaan dan pemindahan bagi menjamin pematuhan peraturan.
Sistem yang sofistikated beroperasi pada tiga peringkat; menawarkan organisasi dengan keselamatan yang dipertingkat, produktiviti dan ketenangan minda dengan:
"Suit penyelesaian SearchInform membantu syarikat-syarikat memantau dan melindungi data, pengurusan risiko serta pencegahan kehilangan data di mana-mana sahaja ia berada, yang sangat penting memandangkan kami terus bekerja dari rumah. Produk utama kami Risk Monitor dapat membantu organisasi-organisasi mengatasi kebimbangan mereka, terutamanya produktiviti pekerja," kata Ravindran Vasu, Pengarah Jualan Serantau SearchInform.
Memandangkan semakin banyak data dan kakitangan yang bekerja di luar tapak lokasi, pendekatan Pencegahan Kehilangan Data [DLP] tradisional apabila data yang sensitif dihalang daripada meninggalkan rangkaian menjadi kurang berkesan. Kini ia penting untuk turut memantau manusia serta tingkah laku data.
"Untuk mendepani semua aspek masalah dan mencadangkan penyelesaian bagi tujuan pencegahan kehilangan data sulit dan penghapusan penipuan, korupsi dan salah laku, kami memperkenalkan satu pendekatan yang komprehensif terhadap keselamatan maklumat dan pengurusan risiko. Mencakupi pengurusan pekerja dan data yang kini disediakan buat julung kalinya di Asia," kata Sergey Ozhegov, Ketua Pegawai Eksekutif SearchInform.
LATAR BELAKANG SEARCHINFORM
SearchInform mempunyai pengalaman selama sedekad dalam memerangi ancaman keselamatan siber kontemporari, bagi melindungi lebih 2 juta komputer peribadi (PC) dalam 3,000 organisasi.
Barisan produk daripada syarikat ini termasuk DLP, Risk Monitor, ProfileCenter, FileAuditor, Database Monitor, SIEM, TimeInformer.
SearchInform berada di 20 negara di seluruh Asia Tenggara, Amerika Selatan, Afrika Selatan, India, MENA dan CIS.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Ravindran Vasu
Pengarah Jualan Serantau di SearchInform
Mudah Alih: +6016-551-4359
Emel: r.vasu@searchinform.com
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200717/2860826-1LOGO?lang=0