omniture

Hengtong Kendali Kerosakan Akibat Banjir dengan Kepantasan dan Teknologi

Hengtong Group
2020-07-22 13:40 640

SUZHOU, China, 22 Julai 2020 /PRNewsire/ -- Kabel optik gentian sepanjang 1,000 km dihantar baru-baru ini oleh syarikat Hengtong dalam masa 48 jam ke Wilayah Jiangxi bagi memenuhi permintaan segera untuk pemulihan sistem telekomunikasi yang berkaitan dengan kawalan banjir.

Stesen air
Stesen air

Terletak di posisi penting yang menghubungkan aliran tengah dan bawah Sungai Yangtze, dan dengan bahagian sungai yang paling berliku di daerahnya, Wilayah Jiangxi mengikut sejarah merupakan kunci kejayaan dalam pengawalan banjir di lembah Sungai Yangtze.

Jiangxi yang musnah akibat hujan lebat baru-baru ini, telah meningkatkan Tindak Balas Kecemasan (Emergency Response) dari Tahap IV hingga ke Tahap I tertinggi dalam masa satu minggu pada awal bulan Julai, di mana dalam tempoh itu banyak infrastruktur pengangkutan dan komunikasi hampir binasa.

Pada 13 Julai, selepas menerima panggilan bagi meminta bantuan segera, Hengton bertungkus lumus dalam masa yang singkat menghasilkan dan menyampaikan bekalan, yang diharapkan dapat membantu memulihkan sistem komunikasi untuk kawasan dilanda banjir.

Hengtong mengusahakan kerja pembaikan akibat banjir dengan cara yang lebih banyak.

Dengan hujan lebat yang tidak pernah dilihat selama beberapa dekad, hujan bermusim tahun ini, atau dikenali oleh penduduk tempatan sebagai "Hujan Plum" ("Plum Rains)", telah menyebabkan banjir bahaya yang kritikal di lembangan Sungai Yangtze. Pada 18 Julai, ibu kota Wilayah Jiangsu iaitu bandar Nanjing, telah menyaksikan paras air Sungai Yangtze mengatasi sejarah paras air tertinggi pernah dicatatkan pada tahun 1954.

Keadaan yang sama buruk berlaku di sekitar Tasik Taihu, iaitu tasik air tawar ketiga terbesar di China dan juga tempat di mana syarikat Hengtong ini mula ditubuhkan. Sebagai sebuah takungan air penting untuk Yangtze, air tasik ini telah melebihi tahap keselamatan dan mencapai paras keempat tertinggi dalam sejarah seawal 17 Julai. Jabatan Sumber Air Wilayah Jiangsu menaikkan Amaran Banjir (Flood Alert) ke tahap Merah (tahap tertinggi) untuk tasik ini.

Ditubuhkan di pesisir Taihu, syarikat Hengtong berbakti semula kepada "ibu tasik" ini dengan membuat sistem penderiaan akua pintar bagi membuat pencerapan status kesihatan air tasik tersebut.

Sebagai projek demonstrasi untuk perlindungan alam sekitar, sistem ini menyumbang kepada kerja pencegahan dan kawalan banjir tempatan dengan jaringan sembilan stesen yang membuat pengamatan menggunakan analisis berdasarkan data raya mengenai kualiti, paras, kepantasan dan kelajuan aliran air, dan lain-lain.

Semua statistik sistem ini dapat diperiksa melalui peranti mudah alih. Sistem ini juga menyediakan alat yang mudah untuk mengendalikan banjir dengan cara yang saintifik dan bersasaran, seterusnya meningkatkan keupayaan membendung banjir di kawasan setempat.

Apakah "Hujan Plum" ("Plum Rains")

Hujan Plum (Plum Rains), atau Hujan Plum Kuning (Yellow Plum Rains), ialah nama panggilan yang diberikan untuk musim hujan tahunan di bahagian China Selatan dan Timur. Sebahagian besar hujan ini turun di sepanjang lembah Sungai Yangtze, hujan ini juga turun dari Wilayah Taiwan hingga ke Jepun di mana ia disebut sebagai Bai-u. Ketika hujan ini membasahi kawasan Sungai Yangtze dari bulan Jun hingga Julai, buah plum telah berubah menjadi kuning dan masak ranum, yang memberikan rasa yang sedap untuk bagi musim buah plum. Selepas musim Hujan Plum (Plum Rains) ini ialah kedatangan musim panas yang amat terik.

Gambar - https://photos.prnasia.com/prnh/20200721/2863045-1?lang=0

Source: Hengtong Group
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Telecommunications Utilities Water Utilities STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)