TAIPEI, Taiwan, 22 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Maxonrow mengumumkan MAXathon kali pertama, hackathon dalam talian dari 5 September hingga 3 Oktober 2020, di mana pakar blok rantai, pemaju, dan peminat teknologi lain akan merangka semula blok rantai untuk aplikasi penjagaan kesihatan sebagai tindak balas kepada cabaran global yang disebarkan oleh pandemik.
Kategori Cabaran
Cabaran MAXathon adalah berdasarkan Maxonrow SDK, yang digunakan oleh syarikat untuk membina MedsLOCK, sebuah ekosistem kawalan dan komunikasi yang memberikan pandangan masa nyata semasa pandemik, dibuat secara berganding dengan Pemecut Teknologi Avantas (Avantas Tech Accelerator).
"Kerahsiaan ialah masalah utama semasa pandemik semasa dan akan datang, dan oleh yang demikian, platform blok rantai memastikan bahawa maklumat dikongsi tanpa menjejaskan kerahsiaan. Dengan MedsLOCK, kami pastikan elemen kepercayaan ditambah pada aliran data," kata Muhammad Salman Anjum, Pengarah Urusan Avantas.
Hadiah
Peserta MAXathon berpeluang untuk menang dari himpunan hadiah bernilai €15,000 dengan membina penyelesaian untuk lima cabaran. Cabaran ini termasuk penyelesaian untuk pengesanan kontak, pengeluaran sijil kesihatan dan vaksin, kebajikan, rangkaian sosial, dan analitik data.
Bagaimana Untuk Mendaftar?
Pendaftaran dibuka sekarang di hackathon.maxonrow.com. Peserta perlu mendaftar dan menyerahkan projek mereka di platform cabaran sebelum 30 September 2020. Mulai sekarang hingga 30 September, akan ada rangkaian acara dalam talian termasuk webinar dan tutorial bagi memperkaya pengalaman peserta. Setelah semua penyerahan dikaji, 20 pasukan akan dipilih untuk menghadiri Hari Demo pada 3 Oktober 2020, di mana mereka akan memberikan penyelesaian kepada juri terakhir. Pasukan yang menang bagi setiap trek akan memenangi €3,000 dengan hadiah keseluruhan €15,000.