omniture

SKYWORTH Lancar S81 Pro TV dengan Spesifikasi Tahap-Permainan yang Utama dalam Industri

Produk baharu diperkenalkan semasa Pelancaran Produk Musim Panas SKYWORTH mengukuhkan kedudukan utama jenama dalam bidang 5G+8K dan AIoT skrin besar
SKYWORTH
2020-07-24 00:20 448

SHENZHEN, China, 24 Julai 2020 /PRNewswire/ -- SKYWORTH, jenama televisyen global yang terkemuka, hari ini melancarkan S81 Pro, TV premium dengan spesifikasi tahap-permainan di upacara pelancaran Musim Panasnya. Di upacara pelancaran ini, SKYWORTH turut mengumumkan penambahan terkini untuk ekosistem 8Knya, LIFErecorder 5G Box. Kedua-dua tawaran baharu ini merupakan bukti dedikasi SKYWORTH untuk menyempurnakan ekosistem 5G+8K dan kediaman pintar, bagi mencipta pengalaman yang inklusif sepenuhnya dan ultra terhubung buat pengguna.

SKYWORTH S81 Pro Key Visual
SKYWORTH S81 Pro Key Visual

Tony Wang, Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV berkata, "Di SKYWORTH, kami percaya nilai teras kami sebagai sebuah syarikat adalah untuk menambah nilai bagi pelanggan kami. Dengan pengalaman dan kepakaran selama lebih 30 tahun dalam pasaran, SKYWORTH telah berada di barisan hadapan dalam membangunkan teknologi dan juga perkhidmatan generasi seterusnya. Kami berdedikasi untuk berpegang pada moto kami dan terus berusaha untuk meningkatkan dan memperbaiki kehidupan pelanggan kami melalui tawaran produk bertambah nilai kami yang terkini."

S81 Pro - Produk Unggulan dengan Konfigurasi Terbaik dalam Kelas yang Membawa Pengalaman Permainan dan Tontonan yang Hebat

Tony Wang, Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV
Tony Wang, Ketua Eksekutif dan Presiden SKYWORTH TV

Dikuasakan oleh teknologi Crystal Motion OLED (CMO), S81 Pro melakukan interpolasi bingkai video pada skrin 120Hz 4K OLED, membawakan pengalaman visual yang ultra lancar dan tanpa sentak, mereplikasi kadar segar semula yang serupa dengan 240Hz. Dengan perkakasan Wi-Fi 6 terbina dalam, yang menyokong kelajuan 9.6Gbps sepantas kilat, pengguna boleh mengakses dengan lancar video dalam talian 4K 120FPS dan 8K 60 FPS. S81 Pro turut menyokong VRR (Kadar Segar Semula Pemboleh Ubah) sepanjang proses daripada port ke SoC dan ke skrin, menyesuaikan kadar segar semula skrin secara automatik kepada kadar bingkai yang dimasukkan pada masa sebenar untuk menjamin kadar bingkai optimum untuk pelbagai senario permainan yang berbeza, lantas menghapuskan sentak dan pembekuan imej demi pengalaman permainan yang lancar.

Menggunakan teknologi AI yang canggih seperti pengecaman wajah dan pengesanan pemandangan, Enjin Pemprosesan Imej AI 4K menajamkan, mencerahkan dan meningkatkan kualiti gambar pada masa sebenar. Menampilkan fungsi Warna Filem Asal LUT 3D yang menajamkan dan melaraskan warna, penepuan dan kecerahan menggunakan teknologi penentukuran warna tahap profesional. Digandingkan dengan tetapan Imbangan Putih 20-Titik, S81 Pro dapat mencapai Delta E 0.98, tahap kejituan warna pakar, membawa semua visual pada skrin anda seakan-akan bernyawa dengan warna kehidupan sebenar.

S81 Pro juga merupakan TV pertama daripada SKYWORTH yang menerima pakai modul asas OLED tempatan yang dilengkapi dengan teknologi Crystal Sound OLED (CSO). Menghasilkan bunyi melalui getaran skrin, teknologi CSO dapat menyegerakkan bunyi dengan indah dan tepat dengan gambar bergerak, lalu menawarkan output audio yang realistik. Digandingkan dengan Dolby Atmos Speaker System (DASS) 2.0.2, kedua-dua saluran CSO menghasilkan suasana bunyi yang datangnya dari atas, bagi menyediakan pengguna dengan pengalaman bunyi keliling terbaik yang benar-benar imersif.

Sebagai perintis untuk AIoT, SKYWORTH telah memasukkan S81 Pro dengan pelbagai ciri yang dapat meningkatkan ketersambungan, melanjutkan lagi aplikasi AIoT skrin besar dan interaksi skrin-silang lapangan jauh. Digandingkan dengan Swaiot PANEL, S81 Pro dapat mengakses Swaiot OS SKYWORTH, ekosistem terbuka yang membolehkan TV menjadi hab untuk peranti kediaman pintar. Pengguna juga boleh menikmati ciri sambungan skrin-silang SKYWORTH melalui Swaiot APP, bagi mencapai pencerminan skrin semua senario dan meningkatkan pengalaman permainan untuk pemain permainan mudah alih. Dengan TrensAI, pembantu kediaman pintar SKYWORTH, S81 Pro bertindak balas dengan pintar 24/7 melalui kawalan suara lapangan jauh bagi memenuhi keperluan pengguna, disokong oleh Pembantu Suara TrensAI, AOD (Always On Display) TrensAI dan TrensAI EYE, kamera timbul AI.

Memadankan LIFErecorder 5G Box dengan Kamera LIFErecorder 8K - Menyempurnakan Ekosistem 5G + 8K SKYWORTH

Tatkala dunia memasuki tahun aplikasi komersial 5G, SKYWORTH menerajui trend dengan mencipta ekosistem 5G + 8K lengkap yang menawarkan pengguna dengan pengalaman menonton yang lancar, berkependaman rendah dan berdefinisi ultra tinggi. Di Upacara Pelancaran Musim Bunga SKYWORTH tahun ini, jenama ini memperkenalkan buat julung kalinya kamera LIFErecorder 8K, demi memenuhi keperluan pengguna untuk lebih banyak kandungan 8K. Bagi meningkatkan lagi ekosistem 8K syarikat, SKYWORTH memperkenalkan LIFErecorder 5G Box, modul 5G pertama dalam industri yang disesuaikan untuk kamera 8K. Peranti ini akan membolehkan kamera 8K menghantar kandungan video berkualiti tinggi dengan kelajuan tinggi, memberi manfaat kepada pengalaman menonton pengguna. Bagi memperkayakan lagi tawaran 8K syarikat, SKYWORTH turut mengumumkan beberapa perkongsian strategik dengan penyedia kandungan untuk menjadikan kandungan video 8K yang lebih berkualiti tinggi tersedia untuk dinikmati oleh penggunanya.

SKYWORTH terus berinovasi dan meluaskan tawaran produknya. Bagi memperkayakan Ekosistem Swaiot, baru-baru ini jenama ini mengumumkan perkongsian dengan Midea, JD.com dan Huawei Cloud untuk menawarkan penyelesaian kediaman yang malah lebih pintar. TV SKYWORTH kini boleh dihubungkan dengan lebih 20 bilion peranti kediaman pintar, mencakupi lebih 60 kategori peranti.

S81 Pro didatangkan dengan saiz 55" serta 65" dan akan tersedia di China masing-masing pada harga RMB 12,999 dan RMB 19,999 mulai 10 Ogos.

Latar Belakang SKYWORTH

SKYWORTH GROUP LIMITED (HKG: 00751) ialah pembekal yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi yang canggih lagi unik dan mampu milik. Syarikat ini bernilai lebih US$ 19 bilion dan menggaji lebih 40,000 orang di seluruh dunia (sehingga 1 Mac 2019). Beribu pejabat di Shenzhen, "Lembah Silikon" China, SKYWORTH menawarkan barangan elektronik pengguna, peranti paparan, kotak set atas digital, monitor keselamatan, komunikasi rangkaian, semikonduktor, peti sejuk, mesin basuh, telefon bimbit dan lampu LED. Ditubuhkan pada tahun 1988, Syarikat ini kini merupakan salah satu daripada Lima Jenama TV Warna Terkemuka di dunia dan jenama terkemuka dalam pasaran industri paparan Cina. Ia juga merupakan penyedia global Tiga Terbaik bagi platform TV Android. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.skyworth.net/global 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2864637-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2864637-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2864637-1-LOGO?lang=0

 

Source: SKYWORTH
Related Stocks:
HongKong:0751 OTC:SWDHY
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services