omniture

Crigen Resources Berhad disenaraikan di 1exchange melalui Penyenaraian Langsung Rentas Sempadan Pertama di Singapura

- Crigen Resources pengendali jenama Danai Spa, adalah salah satu penyedia pusat penjagaan kesihatan dan estetika terkemuka Malaysia. Ia menawarkan perkhidmatannya kepada lebih 13,000 ahli dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan estetika yang ditawarkan diterap dengan penggunaan teknologi canggih.
- Selepas penyenaraian, Danai Spa berhasrat untuk mengukuhkan lagi kedudukan perniagaannya melalui peningkatan pelaburan di dalam bidang perkhidmatan kesihatan digital dan pengembangan serantau.
- Penyenaraian langsung ~28% saham sedia ada di 1exchange merupakan langkah penting ke arah matlamat penyenaraian awam jangka panjang Danai Spa bagi membolehkan kecairan aliran tunai dipertingkatkan melalui kumpulan pelabur global untuk Crigen Resources dan pemegang saham.
Crigen Resources
2020-07-24 08:24 180

SINGAPURA24 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Crigen Resources Berhad ("Crigen"), pengendali bagi penyedia pusat penjagaan kesihatan dan estetika yang berpangkalan di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Danai Spa ("Syarikat"), hari ini mengumumkan bahawa ia berjaya disenaraikan di 1exchange ("1X"), bursa sekuriti persendirian dikawal selia yang pertama di Singapura melalui proses kempen dan penyenaraian dalam talian sepenuhnya.


Kira-kira 28% saham sedia ada Crigen disenaraikan pada nilai agregat S$2j, dalam penyenaraian langsung persendirian rentas sempadan pertama di bursa persendirian Singapura.

En. Dennis Tan, Pengarah Urusan & Pengasas Crigen, berkata, "Danai Spa memasuki fasa pertumbuhan utama yang seterusnya, memandangkan penyenaraian di 1exchange melanjutkan keupayaan kami untuk mengukuhkan perniagaan ketika berusaha ke arah mencapai matlamat jangka panjang iaitu penyenaraian awam. Kepentingan industri penjagaan kesihatan dan estetika lebih menonjol pada hari

ini, memandangkan individu-individu dan negara di seluruh dunia menyedari keperluan untuk menjaga kesihatan diri ketika menghadapi wabak pandemik COVID-19. Danai Spa bukan sahaja akan terus berada di barisan hadapan dengan membina rangkaian perkhidmatan sedia ada, malah perkhidmatan yang diketengahkan akan disokong oleh sains perubatan seperti pelaburan di dalam bidang kesihatan digital dan meningkatkan kebolehcapaian melalui pembukaan cawangan baru untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh rantau ini."

Diasaskan pada tahun 2003, kini Danai Spa mengendalikan tujuh cawangan di seluruh Malaysia, dengan rancangan untuk membuka lima lagi cawangan di dalam tempoh dua tahun. Penawaran perkhidmatan unik daripada Danai Spa termasuk penerapan rawatan kesihatan dan estetika dengan menggunakan teknologi canggih di dalam suasana Spa yang bertaraf dunia. Tujuh cawangannya kini menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan ahli pelanggan melebihi 13,000 orang dan pelanggan runcit yang setia.

Kekal Inovatif dan Berdaya Tahan Ketika Kebimbangan disebabkan oleh Pandemik

Meskipun pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang mendalam kehampir semua industri, terutamanya industri-industri yang mempunyai modal perniagaan yang menghadap pengguna, Danai Spa kekal berdaya tahan sepanjang beberapa bulan yang lalu. Walaupun berdepan dengan perintah kawalan pergerakan selama dua bulan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung

penularan wabak COVID-19, pihak pengurusan Syarikat serta merta menyusun semula pendekatannya dengan memanfaatkan teknologi untuk terus mendekati kumpulan pelanggannya.

Penggunaan webinar semasa tempoh kawalan pergerakan amat berkesan bagi mendidik pelanggan mengenai kesihatan dan kesejahteraan mereka dan penjualan produk-produk berkaitan meningkat. Prestasi jualan Danai Spa mencapai kira-kira 50% sasaran jualan berbanding dengan tempoh sebelum

perintah kawalan pergerakan. Pada masa kini, dengan pembukaan semula perniagaan ketika Malaysia beralih ke perintah kawalan pergerakan pemulihan, prestasi jualan Syarikat mencecah kira-kira 70%.

Puan Cynthia Tong, Pengarah Operasi & Pengasas Crigen, berkata, "Walaupun ketika langkah-langkah kawalan pergerakan mewajibkan perniagaan seperti kami menghentikan perniagaan sementara selama dua bulan, Danai Spa kekal berdaya tahan di tengah-tengah tempoh yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ketika individu-individu mula memberi lebih perhatian ke atas kesihatan dan kesejahteraan mereka ekoran kebimbangan terhadap pandemik ini, pihak pengurusan dan kakitangan berusaha untuk menyediakan kandungan dan perkhidmatan yang dipilih atur tepat pada masanya untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami. Kami percaya bahawa penghargaan terhadap rawatan yang disokong oleh sains ini akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang dan Danai Spa berkedudukan kukuh untuk menerajui pasaran yang kompetitif ini sebagai sumber berpengaruh penjagaan kesihatan dan estetika serantau."

Potensi Luas Industri Kesejahteraan

Danai Spa merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan dan estetika yang mantap dan pesat berkembang di Malaysia. Syarikat ini disenaraikan oleh "Tripadvisor" di kedudukan sepuluh teratas bagi destinasi penjagaan kesihatan di Malaysia pada tahun 2019. Kerajaan Malaysia mempunyai rancangan untuk membangunkan industri ini sebagai salah satu bidang ekonomi utama negara ini dan justeru berhasrat untuk mencipta sekurang-kurangnya 3540 peluang pekerjaan dengan pendapatan negara kasar sebanyak RM374.1j (S$121.9j) menjelang tahun 2020.

Bagi memenuhi pelbagai permintaan daripada industri penjagaan kesihatan yang sentiasa berkembang, tawaran perkhidmatan Danai Spa memberi tumpuan untuk menampakkan hasil sebenar kepada kesejahteraan keseluruhan pelanggannya.

Pusat penjagaan kesihatan dan estetika yang canggih menawarkan bukan sahaja rawatan Spa tradisional seperti perubatan Cina tradisional, rawatan Ayurveda dan terapi sukan, tetapi juga dengan penawaran rawatan yang diperkasakan oleh teknologi seperti Krioterapi, Penilaian Biomekanik 3D, Kaunterpulsasi Luar Dipertingkat dan Balut Badan Ion, bagi memenuhi profil pelanggan yang berbeza.

Dengan rekod prestasi yang mantap, Danai Spa menjangkakan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) sebanyak 28.6% di dalam pendapatan bermula daripada FY2019A hingga FY2022E dan CAGR yang diunjurkan sebanyak 56.8% dalam keuntungan bersih bermula daripada FY2019A sehingga FY2022E.

Rancangan ke arah Pengembangan Serantau

Penyenaraian di 1X merupakan satu pencapaian penting di dalam laluan Danai Spa ke arah mencapai matlamat jangka panjangnya di dalam Penawaran Awan Awal ("IPO") di Pasaran Awam Australia. En. Chris Daniel Wong, Pengarah Hal Ehwal Korporat & Pengasas Bersama Crigen, berkata, "Dengan penambahan kecairan dan akses kepada kumpulan pelabur yang lebih besar melalui platform 1X, Syarikat ini berhasrat untuk memanfaatkan pengalaman mendalamnya dan rekod prestasi yang mantap untuk melestarikan strategi perniagaannya ke arah pertumbuhan domestik selanjutnya, pengembangan pasaran baharu, kepelbagaian aliran pendapatan dan pembangunan keupayaan baharu dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan digital. Penyenaraian awam di Australia berlaku tepat pada masanya memandangkan semakin ramai yang kini mementingkan kesihatan berbanding sebelum ini ekoran pandemik COVID-19.

Latar Belakang Kempen

Penyenaraian langsung Danai Spa pada platform modal persendirian global, 1X, akan memudahkan perdagangan sekuriti di bawah entiti induknya,Crigen. Penyenaraian ini merupakan penyenaraian rentas sempadan dan langsung yang pertama dan dijalankan melalui proses dalam talian sepenuhnya. Kira-kira 28% saham sedia ada disenaraikan di 1X, pada nilai agregat mencecah S$2j.

1X dikawal selia oleh Penguatkuasa Kewangan Singapura dengan Lesen Pengendali Pasaran yang Diiktiraf. Bursa Singapura ialah rakan kongsi strategik serta pemegang saham CapBridge dan 1X.

Platform 1X membolehkan syarikat-syarikat swasta untuk menyenaraikan ekuiti persendirian yang boleh diperdagangkan, membolehkan syarikat-syarikat dan pemegang-pemegang saham dengan akses kepada pilihan pembiayaan dan kecairan yang fleksibel. Ekuiti persendirian yang disenaraikan di 1X boleh dibeli dan dijual oleh pelabur pada bila-bila masa, tanpa tempoh berkunci.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.capbridge.sg untuk mendapatkan informasi mengenai platform pelaburan CapBridge dan www.1x.exchange untuk platform perdagangan sekuriti persendirian 1exchange.

Latar Belakang Danai Spa

Crigen Resources Berhad ialah sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Malaysia dan diasaskan pada tahun 2003. Crigen Resources ialah entiti induk Danai Spa. Crigen Resources terlibat di dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan industri spa dan penjagaan kesihatan. Danai Spa ialah pemegang anugerah penyedia perkhidmatan kesihatan dan estetika yang menawarkan pelbagai perkhimatan seperti terapi urut, spa, rawatan estetika yang canggih dan rawatan kesihatan badan bagi mengelakkan penyakit kronik. Danai Spa kini mempunyai tujuh cawangan di seluruh Malaysia, dengan lima cawangan lagi bakal dibuka dalam tempoh dua tahun yang akan datang di Pulau Pinang, Johor Bahru, Sibu dan Kota Kinabalu. Kini, syarikat ini beribu pejabat di George Town, Pulau Pinang.

Untuk muat turun video korporat Danai Spa, kunjungi: https://bit.ly/DanaiSpa

Untuk maklumat lanjut mengenai Danai Spa, kunjungi http://www.danaispa.com

[1] "Malaysia among top 10 wellness tourism markets in Asia Pacific." Diperoleh daripada: https://www.nst.com.my/news/nation/2019/06/497083/malaysiaamong-top-10-wellness-tourism-markets-asia-pacific

[2] Kesemua anggaran penukaran dihitung berdasarkan kadar tukaran 1MYR:0.33SGD

[3] "Spa and wellness tourism on the rise in Malaysia". Diperoleh daripada: https://oxfordbusinessgroup.com/analysis/rest-and-relaxation-efforts-under-wayboost-spa-and-wellness-tourism

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2863325-1?lang=0

 

Source: Crigen Resources
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Offerings