SHENZHEN, China, 27 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengadakan sidang kemuncak pelancaran dalam talian Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Pintar (ITMS) dengan tema "Transformasikan Cara Kita Bergerak". Dengan urbanisasi lebih pantas yang membawa kepada populasi yang lebih besar, terdapatnya keperluan yang mendesak terhadap teknologi maklumat dan komunikasi bagi mengurangkan insiden lalu lintar dan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan. Di sidang kemuncak ini, pelanggan dan rakan kongsi global bidang ini diundang untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka dalam menangani "kebiasaan baharu" dalam era pasca pandemik.
Huawei telah melancarkan Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Pintar untuk pasaran luar negara bagi menangani cabaran mengenai penguatkuasaan undang-undang lalu lintas, pemeriksaan pelanggaran lalu lintas dan kawalan lalu lintas dengan teknologi canggih termasuk data raya, AI, awan, 5G dan sebagainya.
Dalam era pasca pandemik, sistem pengangkutan yang selamat penting untuk pemulihan ekonomi
Teknologi ICT seperti pengkomputeran awan, data raya dan kecerdasan buatan memainkan peranan penting dalam pencegahan dan kawalan wabak, membuatkan kerajaan dan perusahaan di seluruh dunia menyedari bahawa transformasi digital tidak dapat dielakkan. Dengan ekonomi yang semakin pulih dan pasaran yang menyambung semula operasinya, sistem pengangkutan yang selamat dan beroperasi adalah penting.
York Yuekun, Presiden Unit Perniagaan Kerajaan Global Huawei, berkata: "Lalu lintas yang lancar dan teratur merupakan prasyarat utama untuk pusingan pemulihan ekonomi yang seterusnya. Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Pintar Huawei menerima pakai pelbagai teknologi baharu seperti AI dan data raya, untuk mentransformasikan pengurusan lalu lintas daripada berasaskan pengalaman kepada pintar dan daripada "pencarian sesuatu yang mustahil untuk ditemui kepada "operasi berpandu yang tepat". Ini dapat meningkatkan kecekapan lalu lintas, melindungi keselamatan jalan raya dan membantu bandar mengatasi isu lalu lintas dan memulihkan ekonomi mereka.
Sebagai salah sebuah bandar perindustrian yang terbesar di Kerajaan Arab Saudi, Yanbu menggunakan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Pintar Huawei pada tahun 2019. Jurutera Thamer Anwar Noori, Pengurus Sistem Komunikasi & Kecemasan, Sekuriti & Keselamatan Perindustrian, Suruhanjaya Diraja di Yanbu berkata: "Matlamat kami adalah untuk membina Yanbu menjadi salah sebuah bandar yang paling selamat di dunia. Bagi mencapai matlamat ini, kami perlu memastikan keselamatan jalan raya dan menyediakan persekitaran lalu lintas yang cekap dan selamat untuk penduduk kami. Selepas menggunakan Sistem Pengurusan Lalu Lintas Pintar Huawei pada tahun 2019, ia mencapai hasil yang luar biasa dalam beberapa bulan."
Mentransformasikan pendigitalan pengurusan & keselamatan lalu lintas jalan raya melalui Penyelesaian Pengurusan Lalu Lintas Pintar Huawei
Pengurusan & keselamatan lalu lintas jalan raya sentiasa menjadi antara keutamaan tertinggi untuk banyak kerajaan di seluruh dunia memandangkan ia memberi kesan langsung ke atas kualiti hidup. Huawei bekerjasama erat dengan rakan-rakan ekosistem kami untuk membangunkan ITMS, menyokong integrasi sistem pada platform terbuka.
Antara rakan-rakan kongsi Huawei ITMS ialah Hawkie Zhang, Naib Presiden E-Hualu International Technology Co., Ltd. Beliau berkata: "Lalu lintas dan sumber manusia tidak dapat dipisahkan. Penguatkuasaan undang-undang luar tapak yang pintar mengurangkan keperluan sumber manusia dalam pengurusan lalu lintas. Pada masa akan datang, kami akan menggunakan data raya untuk menjalankan analisis hubungan mendalam melalui domain perniagaan teras dan menggunakan AI untuk menerima era baharu pengurusan lalu lintas bandar."
Augustine Chiew, Ketua APAC & Rusia, Perniagaan Kerajaan, Huawei, menghuraikan mengenai Huawei ITMS, "Penyelesaian ini mengandungi tiga bahagian, iaitu 'Mata yang Tajam', 'Minda yang Hebat' dan 'O&M yang Pintar dan Ringkas.'
Modul 'Mata yang Tajam' menggantikan sensor fungsian tunggal tradisional dengan sensor pintar yang menyokong penggunaan berbilang algoritma untuk mengesan pelanggaran dengan lebih baik dan mengumpul maklumat lalu lintas yang komprehensif. Modul 'Minda yang Hebat' memproses dan menganalisis sejumlah besar data lalu lintas pada masa sebenar, meningkatkan keupayaan pengurus lalu lintas untuk membuat keputusan yang lebih baik dan lebih tepat. Modul 'O&M Pintar dan Ringkas' menggunakan laman bersepadu dan platform O&M eSight untuk menyokong penggunaan yang pantas dan lancar serta pengurusan berbilang dimensi E2E."
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/intelligent-traffic-2020/en/