omniture

Forbes keluarkan Senarai Kedermawanan China 2020

Keluarga Yang Guoqiang tersenarai di tempat kedua dengan jumlah sumbangan tunai sebanyak US$218 juta
Country Garden Holdings
2020-07-27 11:50 549

FOSHAN, China, 27 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pengasas dan pengerusi Country Garden Yang Guoqiang dan keluarga beliau merupakan penderma sumbangan tunai amal yang kedua paling pemurah di China menurut Senarai Kedermawanan China 2020 yang dikeluarkan oleh Forbes China pada 23 Julai lalu, dengan pengasas serta keluarganya telah memberi sebanyak 1.52 bilion yuan (kira-kira US$218 juta). Ini merupakan kali ke-12 keluarga Yang Guoqiang telah dimasukkan ke dalam senarai tersebut, seraya memperlihatkan sumbangan berterusan beliau terhadap usaha-usaha yang bermanfaat.

Forbes keluarkan Senarai Kedermawanan China 2020, Keluarga Yang Guoqiang tersenarai di tempat kedua dengan jumlah sumbangan tunai sebanyak US$218 juta
Forbes keluarkan Senarai Kedermawanan China 2020, Keluarga Yang Guoqiang tersenarai di tempat kedua dengan jumlah sumbangan tunai sebanyak US$218 juta

Ini merupakan kali ke-14 senarai ini dikeluarkan. Senarai ini disusun berdasarkan sumbangan tunai oleh penderma individu dan korporat di China pada tahun 2019 dan menggabungkan sumbangan daripada pemilik-pemilik syarikat dan syarikat-syarikat yang dimiliki dan dikendalikan oleh mereka.

Senarai ini, merangkumi 100 pemilik perniagaan dan firma yang dimiliki dan dikendalikan oleh mereka, mewakili sumbangan tunai sebanyak 17.91 bilion yuan (kira-kira US$2.57 bilion) tahun ini, menurun sedikit daripada 19.17 bilion yuan (kira-kira US$2.75 bilion) yang dicatatkan pada tahun lalu. Ia merupakan kali kelima nilai sumbangan tunai melebihi 10 bilion yuan (kira-kira US$1.4 bilion) selepas tahun 2011, 2017, 2018 dan 2019. Daripada semua penderma dalam senarai ini, 35 menyumbang sekurang-kurangnya 100 juta yuan (kira-kira US$14.3 juta), berjumlah 15.09 bilion yuan (kira-kira US$2.16 bilion). 

Sejak sumbangan besar yang pertama dibuat pada tahun 1997, keluarga Yang Guoqiang, Country Garden Group dan Guangdong Guoqiang Public Welfare Foundation telah menyumbang dalam agregat kira-kira 6.7 bilion yuan (kira-kira US$960 juta) untuk pembasmian kemiskinan, pendidikan vokasional, pengajaran dan penyelidikan saintifik. Pada Ogos 2019, pembinaan Sekolah Vokasional -Teknik Linxia Guoqiang telah dimulakan susulan sumbangan sebanyak 300 juta yuan (kira-kira US$43 juta) daripada Country Garden. Sekolah ini telah mula merekrut pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar daripada keluarga yang kurang bernasib baik akan dapat menikmati pengecualian bayaran pengajian dan perbelanjaan sara hidup.

Pada masa kini, Country Garden melancarkan projek pembasmian kemiskinan di 57 daerah dalam 16 wilayah dan membantu 337,000 orang individu yang kurang bernasib baik dari 14 daerah merentas sembilan wilayah dengan bantuan secara langsung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200724/2866779-1?lang=0

Source: Country Garden Holdings
Related Stocks:
HongKong:2007 OTC:CTRYY
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Corporate Social Responsibility