omniture

Johnnie Walker Alu-alukan 200 Tahun Scotch Akan Datang: Pembuat wiski lancar empat keluaran ulang tahun ke-200 eksklusif raikan pencapaian penting

Johnnie Walker
2020-07-27 16:33 416

LONDON, 27 Julai 2020 /PRNewswire/ -- HARI INI, Johnnie Walker, wiski[1] Scotch nombor satu di dunia, meraikan pencapaian 200-tahun dan mengalu-alukan 200 tahun Scotch yang akan datang, menerusi pengumuman empat edisi terhad yang eksklusif. Setiap satu daripada keluaran ulang tahun ke-200 ini - reka bentuk botol baharu dan tiga wiski yang baru dihasilkan - merupakan perayaan perjalanan yang luar biasa, semangat perintis dan dedikasi terhadap kualiti yang dimulakan oleh pengasas, John Walker, pada tahun 1820. 

The whiskies pictured are: Johnnie Walker Blue Label 200th Anniversary Limited Edition Design; Johnnie Walker Blue Label Legendary Eight; John Walker & Sons Celebratory Blend; John Walker & Sons Bicentenary Blend
The whiskies pictured are: Johnnie Walker Blue Label 200th Anniversary Limited Edition Design; Johnnie Walker Blue Label Legendary Eight; John Walker & Sons Celebratory Blend; John Walker & Sons Bicentenary Blend

Pengarah Scotch Global Diageo, John Williams, berkata: "Kami ingin memperingati perjalanan 200-tahun kami menerusi pelancaran empat edisi terhad yang eksklusif ini – ia merupakan perayaan terhadap asal usul kami, namun begitu, lebih daripada itu, setiap satunya merupakan ekspresi terhadap apa yang dapat dicapai hari ini dan menuju masa depan dan ini sesuatu yang mengujakan.

"Keghairahan semangat, visi dan keusahawanan John merupakan pendorong untuk mengembangkan nama John Walker, perniagaan kami dan akhirnya masa depan baharu untuk wiski Scotch. Tahun ini, kami meraikan langkah-langkah yang mula diambil oleh beliau - langkah-langkah yang telah menginspirasikan generasi-generasi pembuat wiski kami dan merupakan intipati segala-gala yang kami lakukan hari ini dan bakal lakukan pada masa akan datang."

Setiap keluaran wiski ulang tahun ini meraikan bahagian unik perjalanan 200 tahun ini:

REKA BENTUK EDISI TERHAD ULANG TAHUN KE-200 JOHNNIE WALKER BLUE LABEL

Reka bentuk edisi terhad yang baharu ini menampilkan ilustrasi menakjubkan yang menghidupkan perjalanan 200-tahun John Walker & Sons dan Johnnie Walker, memberi penghormatan kepada beberapa bandar dan negara hebat yang telah menjadi sebahagian daripada kisah yang menginspirasikan ini sejak tahun 1820.

JOHNNIE WALKER BLUE LABEL LEGENDARY EIGHT

Keluaran wiski eksklusif ini meraikan hasil ciptaan 200 tahun. Ia merupakan Scotch halus yang cukup matang, dihasilkan menggunakan wiski yang dipilih sendiri daripada hanya lapan kilang penyulingan legenda yang kesemuanya wujud pada tahun 1820, termasuk beberapa ekspresi yang sangat sukar didapati daripada kilang penyulingan "bayangan" yang telah lama ditutup.

JOHN WALKER & SONS CELEBRATORY BLEND

Keluaran wiski edisi terhad ini diilhamkan oleh detik kejayaan penting dalam sejarah John Walker & Sons - pelancaran Old Highland Whisky pada tahun 1860-an. Scotch yang beraneka rasa dan kompleks ini diinspirasikan oleh rasa yang terdapat di kedai runcit keluarga Walker pada tempoh ini dan dihasilkan dengan wiski daripada kilang penyulingan yang beroperasi pada ketika itu.

JOHN WALKER & SONS BICENTENARY BLEND

Wiski yang luar biasa ini merupakan suatu perjalanan sensori menyusuri lorong yang harum di kedai runcit asal John Walker di Scotland dengan lapisan beraneka yang menghasilkan semua rasa eksotik yang membentuk imaginasi John Walker. Ia dihasilkan dengan wiski yang sukar didapati dan luar biasa, kesemuanya dimatangkan sekurang-kurangnya selama 28 tahun, termasuk wiski-wiski daripada kilang-kilang penyulingan "bayangan" yang telah lama ditutup seperti Pittyvaich, Cambus dan Port Ellen yang bakal dibuka semula tidak lama lagi.

Pakar Pengadun Johnnie Walker, Jim Beveridge, berkata: "Setiap satu daripada keluaran eksklusif ini membawa perspektif baharu terhadap kisah ulang tahun ke-200 kami dan merupakan cara yang sempurna untuk meraikan detik ini untuk Johnnie Walker. Rasanya sangat sesuai untuk mengumumkan keluaran eksklusif ini pada minggu ini bertepatan dengan ulang tahun John Walker[2]."

Pelancaran keluaran wiski ulang tahun ke-200 ini menyusuli pengumuman pelaburan[3] sebanyak £185 juta dalam pelancongan Scotch daripada syarikat induk, Diageo, dengan pelbagai pengalaman wiski imersif berbilang sensori baharu di seluruh Scotland dan pengumuman terbaharu mereka mengenai pelancaran botol berasaskan kertas yang baharu bersama Johnnie Walker pada tahun 2021[4], yang pertama di dunia dalam industri minuman, bagi menerajui masa depan yang lebih lestari untuk Scotch sebagai jenama yang mengalu-alukan 200 tahun akan datang.

Keempat-empat keluaran eksklusif ini akan dilancarkan mulai Oktober dan selanjutnya, tertakluk kepada pengedaran dan ketersediaan pasaran, untuk tempoh terhad sahaja.*

Untuk maklumat lanjut, sila lihat di sini: https://www.johnniewalker.com/en/our-whisky/limited-edition-whiskies/

Catatan untuk Editor:

*Varian, ketersediaan dan titik harga akan berbeza bagi setiap pasaran. Sila berhubung dengan pasukan Johnnie Walker tempatan anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang Johnnie Walker: 

Tahun 2020 melambangkan 200 tahun sejak pengasas Johnnie Walker, John Walker, pertama kali membuka pintu ke kedai runcit di Scotland dan memulakan perjalanan yang membawa jenama ini dari empat pelosok Scotland ke empat pelosok Dunia.

Hari ini, Johnnie Walker ialah jenama wiski Scotch nombor satu di dunia (IWSR 2019) yang dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara. Sejak zaman pengasasnya, mereka yang mencampurkan wiskinya telah mencipta rasa dan kualiti lebih daripada yang lain.

Pada hari-hari awal John Walker, perniagaan yang menjadi Johnnie Walker membawa nama pengasas dan pada abad ke-19 perniagaan ini menjual wiski di bawah nama John Walker & Sons. Pengguna mula menggunakan Johnnie Walker dan nama ini diterima pakai pada tahun 1908.

Rangkaian pilihan wiski memenangi anugerah pada hari ini termasuk Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Rangkaian pilihan ini bersama-sama menyumbang sebanyak lebih 19 juta bekas yang dijual setiap tahun (IWSR, 2018), menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch yang paling popular di dunia.

Latar Belakang Diageo:

Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's dan Windsor, vodka Smirnoff dan Cîroc, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.

Diageo tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) serta Bursa Saham New York (DEO) dan produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana.

[1] IWSR 2019 
[2] Ulang tahun John Walker: 25 Julai 
[3] 'Flagship Johnnie Walker attraction gets green light' 
[4] 'Diageo announces creation of world's first ever 100% plastic free paper-based spirits bottle'

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1219288/johnnie_walker_200th_limited_editions.jpg?p=medium600 

 

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Retail New products/services