omniture

Guo Ping Huawei: Serlahkan Potensi Penuh 5G Dorong Kejayaan Komersial

Sinergi merentas lima domain teknologi utama merupakan kuncinya
Huawei
2020-07-29 02:40 462

SHENZHEN, China, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pada hari perasmian Better World Summit dalam talian, Pengerusi Silih Ganti Huawei, Guo Ping menghuraikan bagaimana sinergi dalam lima domain teknologi utama akan membantu menyerlahkan potensi penuh 5G bagi mendorong kejayaan komersial. Penceramah jemputan daripada syarikat telekomunikasi, organisasi industri dan badan piawaian, seperti China Telecom, Etisalat, MTN, GSMA dan 3GPP/ETSI, turut disertai oleh beberapa ribu hadirin dalam talian dari lebih 80 negara bagi meninjau sejauh mana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dapat memberi kuasa kepada pertumbuhan ekonomi yang baharu pada masa kini dan dalam dunia pasca pandemik.

Guo Ping berucap mengenai kejayaan komersial 5G di Better World Summit 2020
Guo Ping berucap mengenai kejayaan komersial 5G di Better World Summit 2020

Berganding bahu untuk memerangi pandemik dengan teknologi 

Pandemik ini telah membentuk semula bagaimana kita menjalani kehidupan dan bekerja serta telah memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi dunia. Mujurlah ICT menawarkan set alatan yang konkrit bagi membantu memerangi COVID-19 dalam pelbagai aspek.

"Sebagai sebuah syarikat ICT, menjadi tanggungjawab kami untuk menggunakan teknologi yang kami miliki untuk membantu membendung dan menewaskan pandemik ini," kata Guo. "Bersama-sama rakan kongsi dan pelanggan kami, termasuk syarikat telekomunikasi dan semua jenis perusahaan, kami dapat menggunakan penyelesaian teknologi untuk mencetuskan kesan positif ke atas komuniti kami."

"Dengan memanfaatkan pengalaman kami bagi kawasan khas (hotspot) awal, kami telah membangunkan sembilan penyelesaian berasaskan senario yang menggunakan teknologi ICT untuk membantu memerangi pandemik ini. Sama ada penggunaan jaringan hospital, perundingan jarak jauh, pendidikan dalam talian atau permulaan semula kerajaan dan perniagaan, kami telah berkongsi pengalaman dan keupayaan kami untuk membantu mengawal penularan virus dan membuka semula sektor ekonomi."

Menyerlahkan potensi penuh 5G: Sinergi merentas lima domain teknologi utama 

Sudahpun terdapat lebih daripada 90 juta pengguna 5G di seluruh dunia. "Tatkala penggunaan 5G global mula disempurnakan, kami perlu mengukuhkan tumpuan kami terhadap aplikasi industri," kata Guo. "Ini akan membantu kami menyerlahkan potensi penuh 5G."

Keadaan perniagaan untuk 5G bukan sekadar sambungan yang lebih baik. Dengan teknologi seperti 5G, pengkomputeran, awan dan AI yang bergabung, ia saling mengukuhkan antara satu sama lain dan mencipta pelbagai peluang merentas lima domain teknologi utama: ketersambungan, AI, awan, pengkomputeran dan aplikasi industri.

"Huawei mempunyai kekuatan mendalam menerusi setiap domain ini," sambung Guo. "Kami boleh menggabungkan dan memadankannya bagi mencipta penyelesaian berasaskan senario yang memenuhi keperluan unik pelanggan dan rakan kongsi kami. Ini merupakan kunci bagi menyerlahkan potensi penuh 5G dan mendorong kejayaan komersial."

Agar 5G berjaya dari segi komersial, seluruh industri perlu bekerjasama. Aplikasi industri vertikal boleh direplikasikan secara meluas hanya apabila standard industri yang seragam dan ekosistem yang kolaboratif terlaksana. "Melangkah ke hadapan, Huawei akan melipatgandakan usaha bagi melengkapkan rakan kongsi kami dengan keupayaan yang diperlukan oleh mereka," kata Guo. "Kami akan menggalakkan inovasi bersama dan mendorong pertumbuhan untuk semua pihak dalam rantaian nilai."

Mengimbangi matlamat jangka pendek dan jangka panjang: Penggunaan jitu untuk nilai maksimum  

Guo berkata, "Melihatkan persekitaran ekonomi semasa, syarikat telekomunikasi perlu memberi tumpuan pada matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Penggunaan yang lebih tepat adalah mengenai sejauh mana mereka dapat memaksimumkan nilai rangkaian mereka." Huawei mempunyai tiga cadangan berhubung hal ini.

  • Pertama, syarikat telekomunikasi harus mengutamakan pengalaman pengguna dan membelanjakan wang di mana ia paling diperlukan bagi memaksimumkan nilai rangkaian sedia ada.
  • Kedua, syarikat telekomunikasi harus memanfaatkan sepenuhnya rangkaian 4G dan FTTx sedia ada dan mengintegrasikannya dengan rangkaian 5G baharu melalui penyelarasan yang holistik dan perancangan yang tepat.
  • Ketiga, rancangan penggunaan 5G harus mengutamakan kawasan khas (hotspot) dan aplikasi industri yang utama.

Better World Summit disiarkan secara langsung dalam Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Sepanyol, Bahasa Perancis, Bahasa Rusia, Bahasa Korea, Bahasa Jepun dan Bahasa Arab. Untuk maklumat lanjut klik di sini.

--Tamat--

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi. Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.google.com/+Huawei 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200727/2867972-1?lang=0

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news