omniture

Casio bakal Lancar Model Kolaborasi G-SHOCK × Rui Hachimura

CASIO COMPUTER CO., LTD
2020-07-29 09:30 774

 

TOKYO, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan pelancaran GST-B100RH, satu penambahan baharu kepada barisan jam tangan tahan hentakan G-SHOCK. GST-B100RH ialah model kolaborasi pertama yang dicipta oleh pemain bola keranjang profesional Rui Hachimura.

 

G-SHOCK × Rui Hachimura Collaboration Model
G-SHOCK × Rui Hachimura Collaboration Model

 

Hachimura, yang mempunyai musim profesional pertama yang berjaya dalam liga bola keranjang profesional di AS, sepadan dengan G-SHOCK, jenama yang mana, seperti beliau, berasal dari Jepun dan tidak pernah gagal menyahut cabaran baharu di pentas global. Hachimura ingin mengatakan hal ini berhubung dengan jam tangan utama beliau, "Casio telah memperkenalkan jam tangan hebat yang merangkumkan dengan sempurna reka bentuk yang saya bayangkan. Saya berpendapat bahawa ia sesuai dengan pelbagai gaya pakaian. Menarik rasanya apabila melihat rekaan "logo Samurai Hitam" istimewa saya pada jam tangan tersebut memandangkan ia merupakan simbol yang penting buat saya." Casio dan Hachimura menandatangani perjanjian perkongsian global pada November 2019. Hachimura, yang telah menyukai jam tangan G-SHOCK sejak beliau masih lagi bergelar seorang pelajar, menjadi pemain bola keranjang pertama yang pernah menerima kolaborasi utama bersama Casio.

GST-B100RH
GST-B100RH



 




G-SHOCK × Rui Hachimura Collaboration Model
G-SHOCK × Rui Hachimura Collaboration Model

 

GST-B100RH baharu merupakan model utama yang mana rekaannya telah diselia oleh Hachimura. Jam tangan ini adalah berdasarkan kronograf analog GST-B100, sebahagian daripada siri G-STEEL yang mempunyai bezel yang diperbuat daripada kombinasi antara bahan-bahan berbeza dan penunjuk dail yang besar. Jam tangan yang bergaya ini mempunyai warna asas hitam yang ditonjolkan oleh penyaduran ion (IP) emas yang menjadi ikutan yang diaplikasikan pada bahagian logam. Jam tangan ini menggabungkan logo hachi (8 dalam Bahasa Jepun) yang mewakili nama keluarga dan nombor jersi beliau. Penonjolan warna merah berani tambahan diaplikasikan pada tanda indeks dan paip butang pada kedudukan pukul 8 dan pada penunjuk dail. Model utama ini dibezakan dengan logo Hachimura, yang turut dikenali secara meluas sebagai "logo Samurai Hitam", pada belakang bekas jam tangan, penyimpan tali jam dan pembungkusan khas.

Rui Hachimura

  • Dilahirkan di Wilayah Toyama, Jepun pada 8 Februari 1998
  • Setelah menamatkan pengajian daripada Sekolah Tinggi Meisei di Wilayah Miyagi pada tahun 2016, beliau melanjutkan pengajian ke Gonzaga University di AS.
  • Menjadi warga Jepun pertama untuk bermain dalam pertandingan National Collegiate Athletic Association (NCAA), dalam pasukan Gonzaga University yang menjadikannya sebagai Permainan Kejohanan bagi pertandingan kebangsaan ini.  
  • Terpilih dalam pusingan pertama (kesembilan keseluruhannya) bagi liga bola keranjang profesional AS, menjadi pemain Jepun pertama yang pernah dipilih dalam pusingan pertama.
 
GST-B100RH special website: h ttps://world.g-shock.com/asia-mea/en/rui
 
 
 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2860621-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2860621-1-b?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200722/2860621-1-c?lang=0 

 

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Licensing/marketing agreements New products/services