omniture

Selamat Datang ke "Hotel Hidrogen" Pertama Dunia: Tenaga Daripada Kitar Semula Sisa Plastik

Toshiba Corporation
2020-07-29 10:00 365

SINGAPURA, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Ketika pencemaran laut menjadi suatu isu global, sektor-sektor awam dan swasta melakar kemajuan bagi menangani masalah ini. Di Jepun, Toshiba menggunakan kemajuannya dalam tenaga hidrogen menerusi projek 'Hotel Hidrogen' yang inovatif bagi membantu Bandar Kawasaki menangani masalah pencemaran di bandar ini.

Untuk siaran multimedia penuh, klik di sini: https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_202007.shtml 

Recycling process of waste plastics
Recycling process of waste plastics

 

Takahiko Abe, Specialist, System Design Department, Hydrogen Energy Business Division, Toshiba Energy Systes & Solutions Corporation
Takahiko Abe, Specialist, System Design Department, Hydrogen Energy Business Division, Toshiba Energy Systes & Solutions Corporation

 

Left: Plastic recycle plant in Showa Denko Kawasaki Right: The pure hydrogen fuel cell system “H2Rex(TM)” that was implemented at the Kawasaki King Skyfront Tokyu REI Hotel
Left: Plastic recycle plant in Showa Denko Kawasaki Right: The pure hydrogen fuel cell system “H2Rex(TM)” that was implemented at the Kawasaki King Skyfront Tokyu REI Hotel

 

Takuya Suzuki, Specialist, Business Development Department, Hydrogen Energy Business Division, Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation
Takuya Suzuki, Specialist, Business Development Department, Hydrogen Energy Business Division, Toshiba Energy Systems & Solutions Corporation

"Hotel Hidrogen" yang pertama di dunia

Dibuka pada 1 Jun 2018, hotel hidrogen di Bandar Kawasaki merupakan satu projek inovatif yang mana hotel ini menghasilkan hidrogen daripada sisa plastik untuk membekalkan kira-kira 30% tenaga yang diperlukan oleh hotel ini. Dalam tahun pertama selepas pembukaannya, hotel ini menjalankan ujian yang mana ia turut mengitar semula ameniti yang digunakan dalam bilik hotel (berus gigi, sikat rambut) sebagai stok suapan bagi tujuan penghasilan hidrogen.

Beribu pejabat di Bandar Kawasaki dan telah membuat penyelidikan ke atas teknologi sel bahan api sejak tahun 1960-an, Toshiba telah membangunkan produk yang dikenali sebagai "H2Rex™", iaitu sistem sel bahan api hidrogen tulen yang menukarkan hidrogen kepada haba dan kuasa elektrik tanpa menghasilkan gas CO2. Semasa projek ini berjalan, Toshiba telahpun melaksanakan sistem ini di lebih 100 tempat, termasuk pasar raya dan kedai serbaneka.

Projek ini memerlukan pertalian bagi setiap langkah dalam rantaian bekalan, bermula daripada sisa plastik ke hotel, satu demi satu. Perkara penting adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk menghubungkan rantaian bekalan hidrogen ini dalam Bandar Kawasaki.

Dengan menghubungkan hotel ke saluran paip hidrogen, ia membolehkan pembekalan hidrogen yang stabil dan dalam jumlah yang tinggi serta turut membantu menjadikan proses ini lebih rendah karbon, memandangkan penghantaran ini tidak akan menghasilkan sebarang emisi gas CO2. Seluruh rantaian bekalan akan menghasilkan kira-kira 80% kurang emisi gas CO2 berbanding penggunaan sumber tenaga sedia ada.

Pembuangan sisa plastik merupakan satu isu sosial bukan sahaja di Jepun, bahkan di kawasan-kawasan seluruh dunia. Toshiba menyasarkan untuk memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh daripada projek hotel hidrogen dan menyediakannya sebagai penyelesaian global pada masa akan datang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850364-1-a?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850364-1-b?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850364-1-c?lang=0 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850364-1-d?lang=0 

 

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Hotels and Resorts Oil/Energy Travel Utilities