omniture

GCL System Bawa Tenaga Bersih ke Universiti Chiang Mai

GCLSI
2020-07-29 20:58 753

SUZHOU, China, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pada 9 Julai, GCL System Integration (GCLSI), pembekal penyelesaian solar terkemuka di dunia, sebagai rakan kongsi BCPG Public Company Limited (BCPG), telah dijemput oleh Universiti Chiang Mai (CMU) untuk berkongsi kepakaran mengenai kejayaan penyambungan projek PV di atas bumbung universiti terbesar di Thailand. Syarikat itu membekalkan 12 MW panel solar berkecekapan tinggi untuk projek itu.

Projek PV atas bumbung Universiti Chiang Mai
Projek PV atas bumbung Universiti Chiang Mai

Projek ini dibangunkan oleh BCPG, sebuah syarikat terkemuka dalam projek tenaga boleh diperbaharui di antara wilayah Asia-Pasifik, dan merupakan sebahagian daripada projek menjadikan CMU sebagai Universiti Pintar dengan perdagangan tenaga berasaskan blok rantai. "GCLSI merasa dihargai apabila menjadi sebahagian daripada projek ini," kata wakil wilayah syarikat itu, En. Apirak Worapamorn. BCPG memilih modul mono-habluran berkecekapan tinggi M672H untuk projek ini; produk ini mempunyai hasil tenaga yang lebih baik dengan prestasi sinaran rendah yang cemerlang dan pekali suhu, dan lulus kesemua ujian termasuk peniupan pasir, kabus garam dan kakisan ammonia bagi menanggung pelaksanaan persekitaran yang sukar. Kecekapan modul yang tinggi membawa kepada kos BOS yang lebih rendah. Panel modul GCLSI dipasang pada lebih 150 bangunan di universiti, dan dijangka menjana lebih 18,3000 MWh elektrik setiap tahun. Dengan menggunakan tenaga solar, CMU akan mengurangkan sekitar 18,250 tan karbon dioksida setiap tahun.

Projek ini ialah salah satu daripada 34 projek yang dipilih di bawah program Sandbox Suruhanjaya Peraturan Tenaga (Energy Regulatory Commission (ERC)) pada tahun 2019. Pada masa ini, sekitar 95% tenaga solar Thailand dihasilkan daripada ladang solar yang dipasang di tanah, menurut Bangkok Post. Bagi menggalakkan lebih banyak pemasangan di atas bumbung, Thai Energy Reform diminta untuk mengkaji keadaan pemasangan solar atas bumbung semasa dan membuat perancangan yang lebih baik pada bulan Ogos. Tujuan pemasangan ini adalah untuk mendapatkan 50 MW/tahun elektirk yang dihasilkan oleh pemasangan solar atas bumbung dalam tempoh lima tahun akan datang.

GCLSI, konglomerat tenaga antarabangsa yang memiliki pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam tenaga bersih dan lestari, akan menyediakan produk penyelesaian tenaga yang pelbagai dan tersuai bagi memenuhi permintaan sistem solar di atas bumbung.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200728/2869103-1?lang=0

Source: GCLSI
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities