MUNICH, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Peraturan kerajaan di seluruh dunia mencetuskan keperluan mendesak terhadap penyelesaian untuk menjamin jarak sosial di bangunan awam demi menyokong usaha untuk memperlahankan penularan Covid-19. Dalam tempoh tiga bulan, Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) membangunkan penyelesaian yang mengira orang ramai ketika masuk dan meninggalkan bangunan atau bilik dan dalam masa yang sama memastikan jarak sosial. Penyelesaian pembilang masuk Pintar ini ialah papan radar bersaiz kecil dan diskret (250 mm x 150 mm) yang mengira orang ramai dengan tepat dan secara tanpa nama dengan sensor radar 60 GHz tunggal dan perisian bersepadu. Satu sistem lampu isyarat memaklumkan sekiranya seseorang dibenarkan masuk atau tidak.
"Kami bermatlamat untuk mencipta penyelesaian yang berkesan dengan pantas yang membolehkan kita semua untuk bergerak dengan selamat dalam kawasan awam, dalam pejabat, lapangan terbang atau restoran mengikut peraturan apa yang disebut sebagai kebiasaan baharu," kata Andreas Urschitz, Presiden Bahagian Sistem Kuasa & Sensor Infineon Technologies. "Penyelesaian pembilang masuk Pintar kami ialah satu sistem tertutup. Dari satu sisi, ia mencegah berlakunya kesesakan dan dari satu sisi yang lain pula, ia membolehkan perniagaan untuk memastikan operasi mereka berjalan. Paling penting, hasil daripada penggunaan teknologi radar, data peribadi dilindungi 100 peratus. Sistem ini mengira individu, namun tidak mengenali individu berkenaan."
Anggaran jumlah untuk penyelesaian seperti ini adalah sebanyak 90 juta unit di seluruh dunia. Penyelesaian pembilang masuk Pintar Infineon dengan sensor radar 60 GHz XENSIV™ berfungsi secara tanpa sentuh dan boleh dipasang dengan mudah pada bahagian sisi atau siling pintu masuk atau pintu keluar. Ia dapat dilaksanakan pada semua jenis bangunan, seperti bangunan awam, kedai jualan dan runcit, restoran, sekolah atau ruang korporat, contohnya kantin, pejabat dan seumpamanya. Di samping itu, Infineon telahpun mengusahakan versi generasi seterusnya yang akan merangkumkan ciri-ciri tambahan.
Ketersediaan
Penyelesaian pembilang masuk Pintar (KIT BGT60TR13C EMBEDD) dengan perisian bersepadu kini tersedia. Generasi kedua akan disediakan pada September 2020. Untuk maklumat lanjut: www.infineon.com/smart-entrance
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200728/2869180-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850283-1LOGO?lang=0