omniture

Ryan Ding Huawei: Serlahkan Potensi Rangkaian, Inspirasikan Pertumbuhan Perniagaan

Huawei
2020-07-29 22:24 908

SHENZHEN, China, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Pengarah Eksekutif Huawei dan Presiden Carrier BG Ryan Ding menyampaikan ucapan dasar di Better World Summit 2020 hari ini. Menurut Ding, ketika krisis COVID-19 masih berterusan di seluruh dunia, syarikat telekomunikasi perlu bersiap sedia dalam empat aspek pembinaan rangkaian dan pembangunan perniagaan untuk menyerlahkan potensi rangkaian dan menginspirasikan pertumbuhan perniagaan dengan pantas.

Ryan Ding sampaikan ucaptama
Ryan Ding sampaikan ucaptama

1. Syarikat telekomunikasi perlu memaksimumkan nilai rangkaian sedia ada.

Mereka seharusnya memanfaatkan sepenuhnya rangkaian mereka dan mengembangkan kapasiti mereka secara pesat dengan menggunakan perisian atau menambah papan litar atau menggantikan RRU. Ini dapat membantu mereka bertindak balas terhadap trafik data yang melambung tinggi semasa pandemik dan mengoptimumkan TCO laman web.

2. Syarikat komunikasi harus memberi tumpuan pada pengalaman pengguna dan membina rangkaian 5G yang terbaik. Pengalaman rangkaian yang terbaik membawa kejayaan komersial yang terbesar. Di Korea Selatan umpamanya, syarikat telekomunikasi dapat melihat keuntungan yang lumayan dengan membina rangkaian 5G yang terbaik dan menawarkan pengguna dengan pengalaman terbaik. Huawei akan terus membantu syarikat telekomunikasi membawa pengalaman pengguna yang sebaiknya dan menjana keuntungan dengan cepat daripada keupayaan rangkaian 5G.

3. Syarikat telekomunikasi perlu mempercepatkan pengkomersialan 5G dalam B2B untuk lebih banyak peluang perniagaan. 5G sedang memasuki fasa pembangunan yang baharu dan pasaran B2B menjadi kunci untuk kejayaan komersial syarikat telekomunikasi. Syarikat telekomunikasi perlu memilih industri-industri yang tepat dan membina keupayaan 5G baharu yang menyasarkan B2B. Mereka juga perlu mendorong piawaian industri yang seragam bagi mempercepatkan penerimaan 5G secara meluas dalam B2B.

  • Agar berjaya dalam B2B, memilih industri-industri yang tepat adalah sangat penting. Talian peribadi telah menjadi keadaan penggunaan yang dapat dicapai serta merta untuk 5G dalam B2B, dengan lebih daripada 15 syarikat telekomunikasi mempunyai perkhidmatan talian peribadi 5G. Syarikat telekomunikasi boleh mempertimbangkan tiga faktor semasa memutuskan industri-industri yang harus diberi tumpuan: daya tarikan industri, daya maju komersial dan daya maju teknikal. Huawei mencadangkan agar syarikat telekomunikasi kini memberi tumpuan pada industri perlombongan, keluli, pelabuhan dan medan minyak apabila membangunkan 5G dalam B2B.
  • Syarikat telekomunikasi perlu membina keupayaan perancangan, pembinaan, penyelenggaraan, pengoptimuman dan operasi rangkaian 5G. Umpamanya, mereka perlu meningkatkan keupayaan perancangan rangkaian mereka yang menyasarkan persekitaran pengeluaran industri-industri yang berbeza dan menyediakan produk serta penyelesaian yang memenuhi keperluan industri. Di samping itu, mereka perlu membangunkan platform pendayaan perkhidmatan dan ekosistem, menyediakan produk dan perkhidmatan yang seragam serta membina model perniagaan yang berdaya maju.
  • Syarikat telekomunikasi perlu mendorong piawaian industri yang seragam. Piawaian industri yang seragam merupakan asas untuk pembangunan 5G berskala besar dalam B2B. Kolaborasi silang industri sudahpun berjalan dengan baik. Banyak industri seperti perlombongan dan keluli telah mula menyampaikan piawaian industri melalui usaha-usaha sedemikian seperti menerbitkan kertas putih industri, mewujudkan pakatan ekosistem dan mengambil bahagian dalam perbincangan piawaian.

4. Syarikat telekomunikasi perlu membina rangkaian bersasaran yang berorientasikan masa depan. Industri telekomunikasi perlu memerah idea bagaimana rangkaian mereka dapat disesuaikan dengan keperluan individu, keluarga dan perniagaan yang sentiasa berubah-ubah selain bagaimana untuk menyokong pembangunan ekonomi digital. Huawei akan terus membantu syarikat telekomunikasi membina rangkaian bersasaran yang berorientasikan masa depan demi menyokong kejayaan berterusan mereka.

Penceramah-penceramah lain di sesi hari ini termasuk Liang Baojun, Naib Presiden Kanan di China Unicom; Liu Jian, Pengurus Besar Jabatan Kerajaan dan Perkhidmatan Perusahaan di China Mobile; Choi Yoon Ho, Naib Presiden Perkhidmatan AR/VR di LG U+; Phil Kendall, Pengarah Eksekutif di Strategy Analytics; dan Peng Honghua, Presiden Barisan Produk 5G di Huawei.

Untuk maklumat lanjut mengenai Better World Summit 2020, klik di sini.

-Tamat-

Latar Belakang Huawei 

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu dalam empat domain utama iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Portfolio produk, penyelesaian dan perkhidmatan hujung-ke-hujung Huawei bersifat kompetitif dan selamat. Melalui kolaborasi terbuka bersama rakan-rakan kongsi ekosistem, kami mencipta nilai yang berkekalan untuk pelanggan kami, berusaha untuk memperkasa orang ramai, memperkaya kehidupan di rumah dan menginspirasikan inovasi dalam semua bentuk dan saiz organisasi-organisasi. Di Huawei, inovasi memberi tumpuan pada keperluan pelanggan. Kami banyak melabur dalam penyelidikan asas, menumpu pada kejayaan teknologi yang mendorong dunia untuk melangkah maju ke hadapan. Kami mempunyai 194,000 pekerja dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.google.com/+Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200728/2869171-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news