omniture

Usaha Menyeluruh Buahkan Hasil: Jentera Tolak Tanah Zoomlion Lapor Lonjakan Jualan sebanyak 800% Berbanding Tahun Sebelumnya dalam Separuh Tahun Pertama 2020

Zoomlion
2020-07-29 22:28 836

CHANGSHA, China, 29 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) telah mencatatkan peningkatan lebih 800% dalam jumlah jualannya bagi kategori jentera pengorek berbanding tahun sebelumnya dalam enam bulan pertama tahun 2020, menurut statistik yang dikeluarkan oleh China Construction Machinery Industry Association.

Sebagai salah satu sektor yang dibangunkan dengan bersungguh-sungguh oleh Zoomlion dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jentera tolak tanah telah mencapai pertumbuhan yang luar biasa pada tahun ini hasil daripada usaha menyeluruh dalam inovasi produk, pengembangan rangkaian pasaran, jualan dan penambahbaikan perkhidmatan.

"Siri E-10 jentera pengorek, bersama-sama dibangunkan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China dan Amerika Utara serta dilancarkan tahun ini, merupakan siri produk generasi baharu yang memenuhi keperluan pasaran Cina dan meningkatkan daya saing pasaran Zoomlion dengan berkesan," kata En. Chen Jiangbo, Pengurus Produk Zoomlion Earth-moving Machinery Company.

Siri E-10 jentera pengorek ini merangkumi 9 model yang terdiri daripada ZE60E-10 hingga ZE485E-10 dan mencakupi tahap berat tan kecil, sederhana dan besar. Siri baharu ini mengoptimumkan dengan komprehensif pemadanan kuasa, kawalan hidraulik, ruang pandu serta komponen dan bahagian penting yang lain untuk meningkatkan prestasi produk, kebolehkawalan dan mengurangkan penggunaan bahan api. Produk-produk ini mengalami lonjakan jualan selepas dilancarkan pada September 2019.

Sebagai respons kepada COVID-19, jentera tolak tanah Zoomlion menginovasikan strategi pemasarannya dengan memindahkan saluran pemasaran tradisi ke dalam talian. Ia membina e-bilik pameran dalam talian untuk produk dan melancarkan acara amal dan membeli belah yang distrim langsung. Syarikat ini turut memperluaskan saluran pengedarannya dengan menandatangani perjanjian dengan ejen-ejen am yang sah di Sichuan, Shanghai, Shandong serta wilayah dan bandar yang lain. Dengan meningkatkan jangkauan ke kawasan setempat, syarikat ini menyasarkan untuk menyediakan penyelesaian jualan dan perkhidmatan sehenti menerusi tahap pra-jualan, dalam-jualan dan selepas-jualan serta mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan.

Sebuah Taman Jentera Pengorekan baharu di Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion sedang dibina di Changsha, China sejak tahun 2019, yang menggabungkan dua barisan pengeluaran yang dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) dan Sistem Rangkaian Perindustrian. Setelah pembinaan selesai, ia dapat mengeluarkan rangkaian penuh jentera pengorek, dengan anggaran kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 33,000 unit.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori penting.

 

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Sales reports