omniture

JOOX menyaksikan pengaruh K-Pop yang semakin meningkat pada budaya popular di Asia Tenggara

JOOX membawakan fenomena muzik global terbaik kepada peminat K-pop di Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar dan Hong Kong dan Macau melalui dua program menarik K-Pop Express:I IDOL STATION dan I-LAND
JOOX
2020-07-30 13:03 624

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Julai, 2020 /PRNewswire/ -- Sejak sedekad yang lalu, pencinta muzik telah menyaksikan peningkatan pesat K-pop, genre muzik pop yang dibawakan oleh artis berbakat dari Korea. Pada tahun lalu juga, K-pop mencapai jumlah penonton dalam talian yang tertinggi di rantau Asia Tenggara, diungguli oleh Indonesia dan Thailand dengan masing-masing 2.62 bilion dan 2.15 bilion tontonan[1]. Asia Tenggara juga telah muncul sebagai pasaran ketiga terbesar untuk muzik Korea setelah Jepun dan China, dengan Korea mengeksport kandungan muzik yang bernilai jutaan ke rantau ini dengan pertumbuhan sebanyak 60 peratus dalam hanya dua tahun[2]

JOOX, platform muzik paling berdedikasi di Asia, sudah pasti turut memainkan peranan dalam mempromosikan muzik K-Pop sejak ianya dilancarkan. Selain akses 24 jam ke lagu dan senarai main Korea kegemaran mereka, peminat K-pop dapat menghabiskan masa dengan idola mereka melalui konsert eksklusif dan strim langsung acara muzik seperti Melon Music Awards (MMA) dan Mnet Asian Music Awards (MAMA). Baru-baru ini, JOOX juga telah melancarkan K-Pop Express ke semua pasarannya di Asia, menawarkan dua program menarik: IDOL STATION –  rancangan K-pop yanng dihasilkan JOOX untuk julung kalinya, dan rancangan realiti blockbuster berkonsep baharu I-LAND.

IDOL STATION adalah program  strim mingguan secara langsung yang menampilkan 'oppa' seperti ahli kumpulan boyband K-pop terhangat, yang telah menarik 500,000 penonton di rantau ini untuk setiap  episod.  Program ini memupuk hubungan yang lebih akrab antara peminat dan artis Korea, dimana mereka memberikan kesempatan kepada  para peminat untuk menjengah  kehidupan peribadi idola mereka melalui rancangan realiti dan hiburan ini. Episod sebelumnya menampilkan SEVENTEEN, Nu'est dan ONF, yang  membawakan peminat mereka  ke belakang tabir dan berinteraksi secara langsung dengan idola mereka melalui "live chat", persembahan muzik dan tarian serta sambutan khas. Kepada para VERRER jangan ketinggalan untuk bersama kumpulan K-pop Verivery yang akan berinteraksi dengan para peminat dan mereka juga akan mempromosikan album terbaharu mereka pada 4, 11 dan 18 Ogos!

Dengan nilai produksi mencecah USD14 juta, I-LAND Fasa 1 telah memperkenalkan peminat muzik K-pop kepada 23 pelatih idola lelaki antarabangsa yang telah menarik  1 juta penonton secara purata pada setiap episodnya di JOOX. Acara ini dibawakan oleh oleh Bang Si-hyuk, pengasas Big Hit Entertainment dan BTS. Program eksklusif mingguan yang disiarkan di JOOX ini akan memasuki Fasa 2, dimana 12 daripada 23 pelatih akan bertanding untuk mendapatkan kedudukan menjadi ahli kumpulan K-pop yang akan debut di enam episod akan datang. Bukan itu sahaja, JOOX juga menjemput para pengguna untuk memberikan sokongan kepada idola baharu mereka dengan mengundi setiap minggu dan rebut hadiah menarikdaripada JOOX! Tonton episod I-LAND Fasa 1 yang akan berakhir pada 31 Julai ini dan jangan lupa untuk mengikuti perjalanan idola-idola ini pada Fasa 2 yang akan disiarkan setiap hari Jumaat bermula 14 Ogos sehingga 18 September.

Jangan ketinggalan mengikuti IDOL STATION dan I-LAND, dengan sari kata dalam Bahasa Inggeris dan Cina yang disediakan dengan menggunakan teknologi AI yang terkini dan tercanggih!

Bagi peminat yang belum puas menikmati muzik K-pop, JOOX juga menyediakan  muzik video kepada penggunanya seperti BLACKPINK 'How You Like That', serta lagu tema drama 'It's Okay to Not Be Okay', yang membolehkan para pengguna untuk meningkatkan dan memperkaya pengalaman muzik Korea mereka melalui JOOX. Pengguna JOOX juga dapat menikmati  senarai muzik lain sepert 'Top 200 Korean Hits'.

"Pengguna di seluruh dunia telah mengikuti perubahan gaya hidup yang dramatik pada separuh pertama tahun 2020, yang merangkumi cara mereka menggunakan media seperti muzik. Oleh kerana semakin ramai  orang  melihat nilai hiburan secara strim langsung , JOOX menyediakan kandungan yang digemari para peminat, seperti program eksklusif pertama JOOX, IDOL STATION, yang membolehkan peminat berinteraksi dengan idola mereka, dan I-LAND, pertunjukan bakat K-pop yang baharu dan hebat," kata Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.

"JOOX pasti akan terus menyokong pertumbuhan kesenian Korea di seluruh Asia dan peringkat global. Peminat muzik K-pop berhak untuk mendapatkan yang terbaik, maka kami selalu akan memastikan untuk memberikan mereka program terhangat  K-pop dan budayaKorea, termasuklah acara muzik terbesar, pertunjukan langsung dan siaran muzik," tambah Angie.

Ikuti perkembangan terkini mengenai yang terhangat di dunia dan K-pop, semuanya di K-Pop Express JOOX!

JOOX menyediakan lebih daripada 30 juta lagu di pustaka  muzik dari seluruh dunia dan menghubungkan pengguna dengan artis, lagu, album serta senarai main peribadi mereka.

Jika anda Ingin terus mengikut perkembangan muzik di Malaysia dan di serata dunia, muat turun JOOX di  telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau  layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!

[1] Blip, sebuah organisasi penyelidikan data swasta, menerbitkan "peta K-Pop global" yang menunjukkan pengedaran penayangan global klip K-Pop pada 21 Ogos 2019.

[2] Menurut data yang dikeluarkan oleh Badan Kandungan Kreatif Korea Selatan, eksport kandungan Korea Selatan (dari segi nilai wang) ke Asia Tenggara telah meningkat 60% dari tahun 2015 hingga 2017.

Media Contact:
Michael Andreas
+60 1777 9 1617

 

Source: JOOX
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Music New products/services