omniture

Risen Energy Perkenalkan Modul 600W+ "Voltan Rendah" - Lebih Besar Daripada Yang Lebih Besar, Tinggi hingga Rendah

Risen Energy Co., Ltd
2020-07-30 16:59 915

NINGBO, China, 30 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Di Seminar Reka Bentuk Loji Janakuasa PV dan Pemilihan Peralatan Kelima serta "Seminar Trend Teknologi 210" yang diadakan bersama-sama anjuran PVmen dan Risen Energy, Risen Energy mengumumkan rancangan untuk melancarkan modul PV 600W+ siri Titan mereka. Acara bersama ini, yang diadakan di Guizhou mulai 23-25 Julai dihadiri oleh pakar-pakar dan wakil-wakil perusahaan daripada industri ini dan mereka mengadakan perbincangan yang rancak mengenai kemudahan sokongan matang bagi rantaian industri teknologi 210 dan teknologi penyelidikan. Mereka juga mengadakan perbincangan yang positif mengenai modul 600W + baharu Risen Energy dengan arus yang tinggi serta voltan rendah.

Seminar Trend Teknologi 210
Seminar Trend Teknologi 210

Acara ini adalah sangat penting, sama penting dengan kemunculan pariti PV, menggalakkan lagi pengurangan LCOE menjadi hala tuju pembangunan dan konsensus industri masa kini. Inovasi teknologi modul terus dipercepatkan, begitu juga dengan peningkatan penggunaan wafer silikon yang besar, seperti 210. Ia akan mendorong kuasa modul kepada lebih daripada 500W dengan pantas. Modul berkuasa tinggi dengan wafer silikon bersaiz besar menjadi trend inovasi dalam industri PV.

Naib Presiden Risen Energy, Dr. Qiang Huang, berkata, "Dalam era pariti, pengurangan dalam LCOE menjadi daya saing yang utama. Daripada 400W kepada 500W dan akhirnya 600W, peningkatan kuasa modul yang pantas memperlihatkan kejayaan penting industri ini terhadap LCOE. Hasil daripada pariti ini, harga LCOE dan tenaga elektrik yang rendah telah menjadi topik (lima-tahun ke-14) yang baharu bagi industri PV.

Di mesyuarat ini, pengarah kanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Risen Energy Liu Yafeng, melancarkan modul siri TITAN baharu -- G6. Siri ini terus menggunakan pemotongan tak memusnah, pempakejan berkepadatan tinggi dan teknologi MBB daripada siri G5 yang diperkenalkan pada Disember 2019. Ia turut menerima pakai corak reka bentuk separa-potong 6*10. Semua reka bentuk ini meningkatkan kuasa modul dan mengurangkan risiko kawasan panas. Di samping itu, reka bentuk inovatif voltan yang rendah dan kuasa tinggi sangat banyak membantu mengurangkan kos BOS.

"Lebih besar daripada yang lebih besar! Tinggi hingga rendah!" Seperti mana yang ditambah oleh Dr. Qiang Huang, "Pengurangan LCOE merupakan matlamat utama dan bukannya kuasa yang tinggi, walaupun ia akan menghadapi beberapa kesukaran sebelum menjadi aliran utama dalam pasaran.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200729/2870470-1?lang=0

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services