omniture

Bigo Bigo Gandakan Usaha untuk Bina Komuniti Maya Positif di Malaysia

Bigo Live
2020-07-30 20:57 658
  • Bigo Live terus dapat momentum positif di Malaysia dengan lebih 20% pertumbuhan berbanding setahun yang lalu
  • Bigo Live akan mengambil seramai 30,000 content creator dalam tempoh enam bulan akan datang, menawarkan orang ramai sumber pendapatan yang stabil semasa tempoh COVID-19 yang sukar ini
  • Content creator akan mencipta pengalaman langsung yang unik, positif dan menarik untuk penonton di Malaysia dan seluruh dunia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Julai 2020 /PRNewswire/ -- Ketika masyarakat terus berlindung di rumah dan mengamalkan penjarakan sosial, Bigo Live, platform penstriman langsung global terkemuka, telah mendapat tarikan positif di Malaysia. Dalam enam bulan akan datang, Bigo Live akan melabur dalam meningkatkan komunitinya dengan mengambil 5000 content creator setiap bulan. Sehingga 30,000 content creator di Malaysia akan disiarkan secara langsung di platform Bigo Live menjelang hujung tahun ini.

Di Malaysia, Bigo Live telah menyaksikan lebih 20 peratus pertumbuhan dalam jumlah pengguna Bigo Live. Pengambilan lebih ramai content creator berfungsi untuk memenuhi permintaan dan minat yang semakin meningkat ini. Komuniti Bigo Live merangkumi pelbagai kumpulan individu yang mempunyai pelbagai bakat yang berkongsi dan mencipta kandungan yang menarik semasa pandemik.

Mike Ong, Naib Presiden, BIGO Technology berkata "Kami terus menyaksikan minat global yang besar dalam penstriman langsung sebagai cara untuk komuniti kekal terhubung. Melalui aplikasi ini, rakyat Malaysia mempunyai satu platform untuk dihiburkan oleh bakat tempatan mereka sendiri dan menyebarkan rasa positif dalam masyarakat yang ceria."

Sejak pelancaran kempen Bigo Live seperti #STAYATBIGO, content creator Bigo Live telah diberi peluang untuk menghiburkan dan membuat persembahan, sambil menjana pendapatan. Semua pencipta yang berakreditasi mempunyai cerita yang unik, set kemahiran dan pengetahuan untuk dikongsi dengan peminat-peminat mereka melalui sesi penstriman secara langsung. Pada Julai ini, kami menonjolkan beberapa penstrim langsung yang unik yang telah menjadikan pengguna terus terhibur semasa pandemik ini:

penstrim Bigo Live Brenda, Khinyo dan Angeline di Bigo Live
penstrim Bigo Live Brenda, Khinyo dan Angeline di Bigo Live

Brenda Anura Londoh (ID Bigo: BrendaLondoh) – Brenda adalah penyanyi persembahan langsung yang menggunakan minat beliau dalam nyanyian untuk membantu beliau menangani kerisauan. Beliau juga bercakap tentang isu kesihatan mental dan topik-topik motivasi dengan peminat-peminatnya.

Zeng Jingkai (Khinyo) (ID Bingo: Yo13143344) – Khinyo ialah pembaca kad tarot yang memberikan bimbingan kepada mereka yang berasa kehilangan dalam kehidupan dan perlu diarahkan ke jalan yang betul.

Angeline Tan (ID Bingo: line2) – Angeline ialah tukang tilik yang membantu orang lain menemui jalan masa hadapan mereka sambil menyediakan jawapan kepada semua soalan. Angeline mengumpul maklumat mengenai nasib penonton beliau berdasarkan tarikh lahir dan peribadi mereka.

Bigo Live kini sedang mencari pemimpin agensi/content creator baharu, mereka yang berminat boleh menghantar emel kepada customerservice4@bigo.tv.

Aplikasi ini kini mempunyai lebih 400 juta pengguna di lebih 150 negara seluruh dunia dan terus berada di barisan hadapan industri penstriman langsung. Dalam suku pertama 2020, Bigo Live mendapat kejayaan dengan 26.7 juta purata pengguna aktif sebulan (MAU), 37.8 peratus peningkatan tahun ke tahun.

Muat turun aplikasi Bigo Live di sini.

Latar Belakang Bigo Live

Bigo Live ialah satu daripada komuniti sosial penstriman langsung yang berkembang pesat di dunia di mana pengguna bersiaran dalam masa sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, menunjukkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang-orang dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan kini merupakan pemimpin pasaran dalam industri penstriman langsung. Dilancarkan dalam bulan Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang beribu pejabat di Singapura.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200729/2870654-1?lang=0

Source: Bigo Live
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications