HONG KONG, 3 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Cision mengeluarkan State of the Press Release (Keadaan Siaran Akhbar) - satu laporan baharu yang menyediakan golongan profesional perhubungan awam (PR) dengan amalan terbaik siaran akhbar dan pandangan mengenai sejauh mana COVID-19 telah membawa impak. Bagi melihat keputusannya, Cision menganalisis lebih daripada 100,000 siaran akhbar di A.S. yang diedarkan melalui rangkaian pengedaran PR Newswire antara Jun 2019 - Mei 2020. Muat turun laporan penuh.
Laporan ini merupakan susulan bagi State of the Media 2020 (Keadaan Media 2020) Cision yang diterbitkan pada April dan mendedahkan sejauh mana golongan profesional PR dapat bekerja dengan lebih baik bersama rakan media.
"State of the Press Release dirasakan seperti bahan kandungan yang amat penting yang dapat disediakan oleh Cision kepada golongan profesional PR dalam persekitaran baharu ini yang kita terus berusaha untuk menyesuaikan diri dengannya," kata Lucie Vietti-Curtis, Pengarah Kandung dan dan Komunikasi di Cision. "Peranan siaran akhbar menjadi semakin penting dalam landskap ini, memandangkan perniagaan tercari-cari cara yang boleh dipercayai untuk menyebarkan maklumat penting. Mengukur keberkesanan siaran akhbar juga menjadi penting buat pelanggan kami, memandangkan metrik ini akhirnya memaklumkan strategi media keseluruhan mereka, lalu memperkasa mereka untuk melakukan tugas mereka dengan lebih baik."
State of the Press Release meliputi pelbagai topik berkisarkan amalan terbaik termasuk:
Beberapa penemuan penting mengenai sejauh mana COVID-19 mengubah siaran akhbar termasuk:
Keputusan State of the Press Release Cision diperoleh daripada data yang dikumpul menggunakan pelbagai sumber termasuk Google Analytics, Visibility Reports dan perisian pemprosesan siaran akhbar proprietari Cision.
Baca laporan penuh State of the Press Release 2020.
Cision akan turut mengehoskan webinar yang membincangkan mengenai Keadaan Siaran Akhbar dengan lebih terperinci pada 12 Ogos. Ketahui lebih lanjut dan daftar di sini.
Latar Belakang Cision
Cision ialah penyedia global yang terkemuka bagi perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar untuk golongan profesional perhubungan awam dan komunikasi pemasaran. Perisian Cision membolehkan pengguna untuk mengenal pasti pempengaruh utama, mereka bentuk dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Cision mempunyai lebih 4,800 kakitangan dengan pejabat di 24 negara di seluruh benua Amerika, EMEA dan APAC. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Cision yang memenangi anugerah, termasuk Cision Communications Cloud®, kunjungi www.cision.com dan ikuti Cision di Twitter @Cision. Untuk menyokong golongan profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi sepanjang waktu yang sukar ini, Cision telah menyusun sumber PR COVID-19 percuma ini.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200731/2873109-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200731/2873109-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200731/2873109-1-c?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180117/2034361-1LOGO?lang=0