omniture

CIFF Guangzhou 2020 Labuh Tirai dengan Jayanya: Berusaha Dorong Pertumbuhan Mantap Seluruh Industri Semasa Pandemik

- CIFF Guangzhou 2021 dijadualkan berlangsung antara 18-21 Mac dan 28-31 Mac 2021.
China International Furniture Fair (Guangzhou)
2020-08-04 13:00 625

GUANGZHOU, China, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- CIFF Guangzhou 2020 kali ke-45 melabuhkan tirai dengan jayanya pada 30 Julai lalu. Ekspo selama empat hari yang berkeluasan 300,000 meter persegi, mempamerkan perabot rumah, hiasan rumah dan tekstil rumah, perabot luar rumah, perabot pejabat dan hotel serta perabot komersial, selain jentera perabot dan bahan mentah, menerima seramai 1,607 pempamer dan menarik 145,363 pengunjung. 

CIFF Guangzhou 2020 ke-45
CIFF Guangzhou 2020 ke-45

Sebagai pameran perabot rantaian-industri-menyeluruh berskala-besar yang pertama diadakan di China pada tahun ini, CIFF Guangzhou 2020 menyediakan pameran dan acara di lapangan mahupun secara dalam talian. Pihak penganjur CIFF Guangzhou menekankan pameran fizikal yang tidak boleh diganti untuk industri ini, memandangkan pengalaman deria yang kompleks seperti menyentuh dan menghidu memainkan bahagian yang penting dalam membuat keputusan oleh pembeli perabot. Bagi menjamin kesihatan dan keselamatan hadirin di lapangan dengan COVID-19 yang masih lagi menjadi suatu cabaran, pihak penganjur menggunakan sistem tempahan dan pendaftaran nama-sebenar serta menerima pakai set protokol yang ketat dari segi menangani perkaitan risiko dengan pandemik yang masih berterusan, memenuhi pelbagai keperluan pencegahan dan kawalan.

Sebagai platform pilihan yang komprehensif untuk penampilan sulung produk baharu dan perdagangan, CIFF Guangzhou 2020 memainkan peranan yang positif bagi mengekalkan jualan domestik dan perdagangan asing yang mantap, menggalakkan pemulihan dan pertumbuhan baharu dalam seluruh industri pada era pasca wabak, dengan tujuan untuk memastikan pembangunan mantap rantaian bekalan dan perindustrian bagi industri perabot. Emma Mattress yang berpangkalan di Jerman mendapat banyak rakan kongsi berpotensi melalui acara ini. Pengurus Besar pasaran China, Li Ziyun berkata CIFF Guangzhou telah berusaha bersungguh-sungguh dan beliau terkejut betapa usaha yang dilakukan terbukti bermanfaat.

Selain daripada menyediakan platform yang membolehkan bahagian industri huluan dan hiliran dapat bertemu, CIFF Guangzhou 2020 menjadi tuan rumah kepada lebih 30 pameran berkualiti tinggi, forum reka bentuk dan upacara pelancaran trend, termasuk Persidangan Trend Industri Perabot Global 2020, Pameran Reka Bentuk Perabot Cina Kontemporari "Design Spring" serta Pejabat Masa Depan Antarabangsa 2030+, untuk menerajui dan memacu tahap pertumbuhan industri yang seterusnya. Anson, pembeli dari Turki, yang menghadiri acara ini dengan rancangan untuk memperkenalkan lebih banyak jenama dan pengeluar perabot pejabat ke pasaran Turki, Timur Tengah atau Eropah, berkata beliau banyak belajar mengenai trend yang terkini dalam industri ini.

CIFF Guangzhou 2021 dijadualkan untuk diadakan antara 18-21 Mac dan 28-31 Mac 2021. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://ciff-gz.com/en

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200803/2874388-1?lang=0

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Related Links:
Keywords: Furniture & Furnishings Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events