omniture

Shanghai Electric dianugerahkan kontrak EPC untuk projek fasa ke-5 taman solar Dubai

Shanghai Electric
2020-08-04 21:45 588

SHANGHAI, 4 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group telah dilantik oleh ACWA Power dari Arab Saudi, sebagai kontraktor Kejuruteraan, Pembinaan dan Perolehan (EPC), bagi menyiapkan projek fasa kelima Taman Solar Mohammed Bin Rashid Al Maktoum di Dubai, dengan kapasiti 900MW. Zheng Jianhua, Pengerusi Shanghai Electric Group dan Muhammed Abunayyan, Pengerusi ACWA Power, menandatangani satu perjanjian kerjasama di upacara penandatanganan dalam talian pada 28 Julai.

 

Projek Taman Solar ialah loji janakuasa solar tapak-tunggal yang terbesar di Timur Tengah. Ia terdiri daripada teknologi fotovolta dan kuasa solar tertumpu serta akan mempunyai jumlah kapasiti kira-kira 5GW sebaik sahaja siap.

Kedua-dua kumpulan telah bekerjasama dengan satu sama lain dalam projek Kuasa Solar Tertumpu (CSP) 700MW dan projek kuasa solar PV 250MW, yang merupakan fasa keempat Taman Solar ini. Shanghai Electric Group bekerjasama dengan ACWA Power untuk membida tender fasa terkini 900MW dan akhirnya berjaya.

Industri kuasa solar global semakin berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Dapat dilihat melalui fasa perkongsian baharu ini, Shanghai Electric Group mengukuhkan pengembangannya dalam sektor tenaga baharu di Timur Tengah dan dijangka untuk akhirnya berkembang ke seluruh dunia.

"Kedua-dua ACWA Power dan Shanghai Electric diiktiraf sebagai peserta penting dalam bidang tenaga global. Penandatanganan kontrak projek Taman Solar 900MW merupakan satu lagi pencapaian penting sepanjang perjalanan kerjasama gandingan ini. Saya berharap agar loji akan datang ini akan menjadi satu lagi penanda aras di wilayah ini serta di seluruh dunia," kata Zheng di majlis berkenaan.

Abunayyan berkata di acara tersebut bahawa sejak permulaan perkongsian pada tahun 2008, ACWA Power dan Shanghai Electric Group telah melakar agak banyak kejayaan, bagi menunjukkan kepada dunia bahawa Kumpulan tersebut merupakan rakan kongsi yang andal dan dipercayai. "Tatkala kami melangkah ke hadapan dengan pantas menerusi pelaksanaan, penandatanganan kontrak EPC antara ACWA Power dan Shanghai Electric untuk fasa kelima projek Taman Solar menonjolkan pencapaian kerjasama yang sangat penting antara kedua-dua syarikat," kata Abunayyan. Beliau menambah bahawa untuk projek terbaharu, Kumpulan ini akan membawa lebih banyak teknologi perintis dan mencipta nilai lebih besar berbanding sebelum ini.

Taman Solar Mohammed Bin Rashid Al Maktoum akan menjadi tonggak utama dalam memenuhi Strategi Tenaga Bersih Dubai 2050 bagi meningkatkan bahagian tenaga bersih dalam output kuasa keseluruhan Dubai kepada 75 peratus menjelang tahun 2050. Projek ini menetapkan penanda aras untuk seluruh pelosok dunia dengan memanfaatkan model Perkongsian Awam-Swasta (PPP) dan membawa ke hadapan projek-projek yang berskala-besar dengan kos yang kompetitif.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.shanghai-electric.com 

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200424/2786026-1-LOGO?lang=0
Video - https://cdn5.prnasia.com/202008/ShanghaiElectric/video1.mp4

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts