omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao: pandemik COVID-19 akan rangsang pertumbuhan baharu dalam industri e-sukan

Perfect World Co., Ltd.
2020-08-05 20:50 790

SHANGHAI, 5 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao menyampaikan ucapan di Persidangan Esukan Global 2020 yang diadakan di Pudong, Shanghai pada 1 Ogos lalu yang mana beliau berkata, "Tahun lalu, Perfect World berjaya membantu menganjurkan Kejohanan DOTA2 Antarabangsa (TI9) ke-9 di Shanghai. Menuju masa depan, kami berharap agar dapat berganding bahu bersama kerajaan serta rakan-rakan kongsi huluan dan hiliran dalam rantaian industri bagi menggalakkan kerjasama yang saling bermanfaat dan mewujudkan keadaan yang saling menguntungkan."

Dr. Xiao berkata dalam ucapan beliau bahawa inovasi teknologi merupakan enjin pertumbuhan untuk industri e-sukan. 5G+, kecerdasan buatan (AI) dan VR/AR kesemuanya diharapkan dapat memberi sensasi penyertaan dan pengalaman yang belum pernah terjadi sebelum ini kepada e-sukan, menghimpunkan kelebihan e-sukan melalui gabungan antara teknologi internet, hiburan dan sukan, menarik dan memupuk lebih banyak bakat e-sukan, memperbaharui model perniagaan e-sukan semasa dan menggalakkan pembangunan industri yang pesat.

Menurut data daripada jawatankuasa penerbitan permainan China Audio-Video and Digital Publishing Association, pasaran e-sukan China menjana hasil sebenar daripada jualan sebanyak 71,936 bilion yuan pada separuh pertama tahun 2020, satu peningkatan kira-kira 55 peratus berbanding dengan tempoh tahun sebelumnya. Kumpulan pengguna e-sukan China mencecah 484 juta, meningkat hampir 10 peratus. China kini telah menjadi pasaran e-sukan yang terbesar di dunia.

Source: Perfect World Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications