omniture

Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Dr. Robert H. Xiao: Penggunaan Kandungan bakal Berubah secara Dramatik Ekoran 5G

Perfect World
2020-08-05 22:50 829

SHANGHAI, 5 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Julai, Dr. Robert H. Xiao, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World, menyampaikan ucapan dasar di Kongres Hiburan Digital China (CDEC) 2020, membincangkan mengenai perubahan yang dibawa oleh 5G kepada industri budaya serta kreatif digital dan terutamanya, kepada permainan.

Perfect World CEO Dr. Robert H. Xiao delivers keynote speech
Perfect World CEO Dr. Robert H. Xiao delivers keynote speech

Dr. Xiao menjelaskan bahawa transformasi digital dalam industri permainan merupakan trend semasa, manakala 5G ialah lanjutan teknikal baharu dan asas untuk tahap pertumbuhan yang seterusnya dalam industri ini. Penggunaan kandungan akan berubah dengan dramatik ekoran kemungkinan imaginatif yang dibawa oleh 5G. Memetik satu contoh, teknologi baharu seperti 5G+AI dan VR/AR akan menggalakkan perubahan disruptif dalam saluran dan senario budaya tradisional dan komunikasi hiburan, mencetuskan jangkaan baharu dari segi kandungan dan pengalaman, mempromosikan lagi inovasi dalam integrasi teknologi dan kandungan selain pendigitan dan intelligentization saluran serta senario ini, sekali gus mendorong pengalaman penggunaan yang baharu.

Dr. Robert H. Xiao mengambil e-sukan sebagai satu contoh, menyatakan pandangan bahawa dengan 5G, seiring dengan pengkomputeran awan dan teknologi realiti maya yang semakin matang, penyertaan dan model perniagaan e-sukan pada masa akan datang akan menjadi "hiperinteraktif". Menerusi peranti boleh pakai, audiens dapat mengambil bahagian secara langsung dalam pertandingan ini malah berinteraksi dengan peserta dalam suasana pertandingan pada masa sebenar. Ini akan menjadi pendekatan baharu yang benar-benar inovatif apabila dibandingkan dengan bagaimana seseorang mendekati sukan tradisional. Lantaran itu, aplikasi percubaan teknologi baharu dalam e-sukan akan mengaktifkan dan memupuk lagi pembangunan teknologi yang malah lebih baharu, memecah model perniagaan e-sukan semasa.

Di samping itu, kemungkinan untuk media baharu dan aplikasi lain lantaran popularisasi 5G akan mengalihkan perhatian pengguna sepenuhnya daripada luar talian ke dalam talian. Xiao berkata bahawa perniagaan perlu mencari cara baharu untuk berinteraksi dengan pengguna manakala gelombang idea kreatif berkisarkan teknologi digital baharu akan mencetuskan pelbagai pendekatan serba baharu untuk berinteraksi secara mendalam dengan pengguna, menampilkan ke hadapan kekuatan penting yang memperkasa transformasi industri ini.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200731/2872237-1?lang=0

 

 

Source: Perfect World
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Trade show news