omniture

Upacara Pembukaan All in Print Cloud Akan Diadakan Secara Besar-besaran Pada 10 Ogos

Messe Duesseldorf (Shanghai) Co., Ltd.
2020-08-06 10:28 673

SHANGHAI, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Sebagai salah satu penganjur, Messe Duesseldorf (Shanghai) Co., Ltd. mengumumkan bahawa All in Print China 2020, salah satu pameran percetakan komprehensif terbesar di seluruh dunia tahun ini, akan diadakan seperti yang dijadualkan pada 12-16 Oktober 2020 di Shanghai. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh pandemik COVID-19, ramai orang tidak dapat mengunjungi pameran tersebut. Oleh itu, pihak penganjur membuat platform dalam talian yang baharu – All in Print Cloud – yang akan kekal dibuka sehingga pameran luar talian berakhir sebagai perkhidmatan nilai tambah kepada para pengunjung ini. Platform dalam talian ini juga merupakan satu permulaan bagi All in Print China 2020. Upacara pembukaan All in Print Cloud akan diadakan secara besar-besaran pada 10 Ogos 2020.

All in Print Cloud bertujuan memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada perusahaan dengan mengatasi halangan komunikasi dan mengintegrasikan perkhidmatan dalam talian dan luar talian. Perkhidmatan ini terdiri daripada dua bahagian: Eskpo Maya dan Siaran Langsung.

Para pengunjung boleh menikmati perkhidmatan berikut daripada All in Print Cloud:

  • Selepas mendaftar All in Print China (AIP 2020), pengunjung akan mempunyai ID pendaftaran mereka sendiri. Walaupun platform Ekspo Maya, pengunjung boleh mendapatkan maklumat semua pempamer AIP 2020 yang ingin diketahui lebih lanjut dan juga produknya.
  • Mulai 10 Ogos, di platform Siaran Langsung, pengunjung dapat mengetahui tentang perkhidmatan dan produk pameran secara lebih dekat dengan menonton video pengenalan mereka.
  • Pengunjung juga dapat berkomunikasi dengan pempamer pada masa nyata dan membuat pertanyaan di All in Print Cloud.
  • Selepas pra-pendaftaran, pengunjung boleh membuat temu janji dengan pempamer untuk menempah tarikh dan masa perjumpaan semasa di luar talian All in Print China.

Secara keseluruhannya, All in Print Cloud menggabungkan fungsi persembahan, pemadanan dan pertukaran industri untuk industri percetakan dan pembungkusan, serta menyediakan pempamer dan pembeli profesional dengan video/penstriman langsung, pemadanan pembekal-pembeli, komunikasi masa nyata dan pertanyaan dalam talian.

Pada 10 Ogos, para penganjur All in Print China, persatuan industri tempatan dan antarabangsa, wakil-wakil perusahaan akan mengambil bahagian dalam upacara pembukaan All in Print Cloud dalam Siaran Langsung. Mereka akan memberikan pengenalan yang lebih terperinci mengenai platform ini, dan berkongsi sorotan pertunjukan, dan juga trend industri terkini bersama penonton.

Upacara pembukaan All in Print Cloud akan diadakan pada jam 10 pagi (waktu Beijing) pada 10 Ogos, layari http://live.shangzhibo.tv/HplqvWxUx untuk penstriman langsung.

Source: Messe Duesseldorf (Shanghai) Co., Ltd.
Keywords: Art Entertainment