omniture

Hong Leong Bank Dianugerahkan 'Kecemerlangan dalam Kepimpinan di Asia' atas Responsnya terhadap Krisis COVID-19

Hong Leong Bank
2020-08-06 11:49 738

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank"), ialah salah sebuah daripada enam bank yang terkemuka di Asia dan merupakan satu-satunya Bank dari Malaysia yang dianugerahkan anugerah Kecemerlangan dalam Kepimpinan di Asia 2020 di Euromoney Awards for Excellence 2020 yang berprestij. Kategori anugerah baharu ini diperkenalkan bagi memberi penghormatan kepada tindak balas pantas oleh bank terhadap pandemik; dan mengiktiraf HLB atas ketangkasannya, pemikiran ke hadapan yang luar biasa dan komitmen untuk menghulurkan sokongan kepada pelanggan dan komuniti secara menyeluruh semasa krisis COVID-19.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB
Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Pendekatan kami sebagai sebuah bank komuniti, adalah untuk membantu pelanggan kami secara proaktif mengurus dan mengurangkan gangguan aliran tunai dan impak sosial melalui inisiatif yang meluas, disampaikan dengan cara yang jelas, mudah dan lancar. Pada awal Februari, sebelum perintah sekatan pergerakan dikenakan oleh pihak kerajaan, kami memulakan Pelan Bantuan Kewangan Pelanggan, bagi membolehkan pelanggan menyusun dan menjadualkan semula pinjaman serta pembiayaan mereka dalam jangkaan bahawa pandemik ini akan menjejaskan aliran tunai atau pendapatan mereka. Kami amat berbesar hati kerana usaha kami diiktiraf dan kami akan melipatgandakan sokongan kami untuk mengusahakan pemulihan bersama pelanggan kami dan komuniti yang lebih besar."

Euromoney mengulas dalam tinjauannya bahawa pelanggan HLB mendapat manfaat daripada keupayaan Bank untuk melihat di luar had biasa, dengan kejelasan perkhidmatan dan tujuan apabila membantu pelanggan memahami kemudahan dan bantuan berbeza yang disediakan oleh Bank Pusat -- Bank Negara Malaysia ("BNM").

Satu inisiatif utama yang dijalankan sebagai respons kepada COVID-19 adalah dengan memudahkan dan mendigitalkan proses permohonan Kemudahan Bantuan Khas ("SRF") BNM untuk PKS, yang mana permohonan dibuat melalui emel atau pesanan teks dengan persetujuan diberikan melalui tandatangan digital. Menerusi langkah yang strategik ini, HLB telah memperoleh sejumlah RM1.36 bilion untuk lebih 2,200 PKS, di samping turut memberi tambahan RM500 juta daripada dana miliknya sendiri untuk melengkapkan SRF, demi memenuhi permintaan pembiayaan yang diperlukan oleh PKS untuk memulakan semula perniagaan mereka.

Bagi menyokong komuniti secara menyeluruh, HLB:

  • Membuat sumbangan sebanyak RM1 juta kepada MERCY Malaysia melalui Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) sebagai sebahagian daripada sumbangan kolektif untuk menyokong kesiapsiagaan, kesediaan dan respons kritikal terhadap COVID-19
  • Berkolaborasi bersama pelanggan PKSnya sendiri bagi menyediakan hidangan makanan kepada 12 buah rumah kebajikan sepanjang bulan Ramadan
  • Bekerjasama dengan perusahaan sosial bagi memastikan benefisiari mereka mempunyai pendapatan yang berterusan untuk mengharungi pandemik ini

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200805/2877014-1?lang=0

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Banking/Financial Service Awards