omniture

Pemain Huawei Dapat Hadiah Raikan Pelancaran Motorball di AppGallery

Huawei AppGallery
2020-08-10 08:37 827

SHENZHEN, China, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Menggabungkan sifat permainan perlumbaan yang pantas dengan keterujaan sukan bola sepak, Motorball oleh Noodlecake Studios, kini boleh didapati di AppGallery. Bagi meraikan pelancaran ini, Huawei memberi hadiah 550 butir permata kepada pemain yang dapat digunakan untuk membuat pembelian dalam-permainan di AppGallery mulai sekarang dan 13 September 2020. Dalam Motorball, pemain terlibat dalam perlawanan bola sepak berkenderaan 1 lawan 1 yang mengujakan menggunakan kereta mainan putar. Pemain boleh mendaki ke kedudukan teratas dalam papan pendahulu dengan mengetengahkan kemahiran mereka pada masa sebenar terhadap pihak lawan dari seluruh dunia merentas platform. Setiap perlawanan dimainkan dari perspektif atas-bawah dan akan memperkenalkan pelbagai tambahan kuasa, bermula dengan pistol air kepada benda lekit, yang dapat memberi kelebihan saat-saat terakhir yang diperlukan bagi memutuskan pemainan.

Huawei AppGallery
Huawei AppGallery

Dengan ganjaran perlawanan, pemain boleh mendapatkan kosmetik untuk kereta mereka bagi membawa tunggangan mereka ke peringkat selanjutnya. Motorball juga mempunyai pelbagai jenis pilihan penyesuaian, bermula daripada varian kereta kepada tugas mengecat serta jejak penggalak dekal, pengguna akan berpeluang untuk benar-benar mereka bentuk sebuah kereta yang betul-betul dapat menggambarkan diri mereka. Pengguna boleh mengubah suai selanjutnya statistik Kelajuan, Penggalakan, Pemecutan dan Kawalan yang paling sesuai dengan gaya permainan mereka.

Permainan ini mempunyai ciri mengada-ada yang membolehkan pemain untuk mengekspresikan diri mereka dan membiarkan pihak lawan mengetahui apa yang benar-benar mereka rasakan pada ketika itu. Bagi meningkatkan lagi pengalaman komuniti, permainan ini membolehkan pemain untuk berkongsi perlawanan semula mereka bersama rakan-rakan serta menonton pemain pro yang lain bermain secara langsung dengan ciri video dalam-permainan, Motorball TV.

"Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk Motorball selama beberapa tahun sehingga kini dan tidak sabar-sabar untuk peminat dan pemain mengalami keajaiban yang terdapat pada permainan ini. Kami teruja untuk melancarkan AppGallery dan yakin bahawa platform ini akan melakukan yang terbaik bagi memberi pengalaman yang baik untuk Motorball dan pemainnya."

"Sebagai sebahagian daripada kempen pelancaran kami bersama AppGallery, kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa platform ini menawarkan pakej hadiah yang eksklusif kepada pemain bagi memulakan perjalanan Motorball mereka," kata Jordan Schidlowsky, Ketua Pegawai Eksekutif di Noodlecake Studios.

Diintegrasikan dengan Kit IAP Huawei, pemain juga mempunyai pilihan untuk membuat pembelian dalam-aplikasi bagi meningkatkan lagi pengalaman permainan mereka.

Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi utama, AppGallery mempunyai lebih 460 juta pengguna dan boleh didapati di lebih daripada 170 negara dan wilayah. AppGallery komited untuk menyediakan pengguna dengan pengalaman muat turun aplikasi terbaik dan melaksanakannya dengan mendekati pembangun aplikasi popular dengan aktif dan mengundang mereka untuk menyertai AppGallery. Sehingga kini, AppGallery telah mengumpul katalog aplikasi yang hebat dalam 18 kategori yang pelbagai, termasuk permainan, berita, media sosial dan banyak lagi.

Kunjungi AppGallery sekarang untuk memuat turun Motorball. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/

https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home?fid=0101246461018590361.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200807/2879611-1?lang=0

Source: Huawei AppGallery
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services