omniture

ONE Championship dan Cellcard Meterai Perkongsian Strategik di Kemboja

Syarikat telekomunikasi Cellcard akan mengembangkan pengedaran kandungan tempatan ONE Championship yang dihasilkan berkisarkan atlet Kemboja dan mempromosikan produk dan tawaran eksklusif kepada pelanggan Cellcard serta peminat seni bela diri di seluruh Kemboja
Cellcard
2020-08-10 09:00 782

PHNOM PENH, Kemboja, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Harta media sukan global yang terbesar dalam sejarah Asia, ONE Championship™ (ONE) dan Cellcard, syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Kemboja dan satu-satunya milik tempatan, hari ini mengumumkan perkongsian yang pertama seumpamanya yang akan membawa pengalaman seni bela diri ONE Championship dan kandungan proprietari kepada peminat di seluruh negara ini.

 

 

Pelanggan Cellcard dan peminat seni bela diri ONE akan dihiburkan dengan kandungan tempatan, sorotan video, berita dan cerita rencana, serta himpunan program sampingan kesemuanya melalui rangkaian yang terpantas di negara ini. Di samping itu, Cellcard akan menawarkan pelanggannya dengan kumpulan data yang eksklusif untuk menjadikannya lebih mudah dan lebih berpatutan untuk penduduk Kemboja mendapat akses kepada kandungan digital ONE pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka berada.

Sebagai rakan kongsi rasmi ONE di Kemboja, Cellcard akan membawa siri mini ONE Warrior Series kepada pelanggannya dan melabur dalam Program Duta Atlet melalui pembangunan akar umbi dan perkongsian bersama kemudahan seni bela diri di negara.

Hua Fung Teh, Presiden Kumpulan ONE Championship, berkata: "Saya berasa sukacita untuk mengumumkan bahawa kami telah menandatangani perjanjian perkongsian selama berbilang tahun dengan syarikat gergasi telekomunikasi Kemboja yang terkemuka, Cellcard. ONE Championship dan Cellcard akan berkongsi kisah yang menarik mengenai wira seni bela diri kami bersama seluruh negara, memberi inspirasi kepada warga Kemboja untuk memasang lebih banyak impian, melakukan lebih lagi dan menjadi lebih hebat dalam kehidupan. Peminat Kemboja merupakan antara yang terhebat dan paling bersemangat di dunia dan saya teruja kerana dapat membawa mereka lebih dekat dengan bintang handalan ONE Championship kegemaran mereka."

Ian Watson, Ketua Pegawai Eksekutif CellCard, berkata: "Cellcard sentiasa mencari cara yang inovatif untuk berhubung dan terlibat bersama pelanggan serta untuk membina asas kami di semua wilayah. Kemboja ialah sebuah negara pencinta sukan, khususnya sukan tempur dan kami mempunyai ramai atlet tempatan dengan ikutan peminat yang besar. Menerusi perkongsian kami bersama ONE Championship, kami akan terus membina profil atlet-atlet ini dan berkongsi kisah mereka bagi memberi inspirasi kepada orang lain, muda mahupun tua. Sebagai pengendali Proudly Khmer kami komited untuk memberi kandungan Kemboja dengan graviti yang layak diterima olehnya dan untuk membina platform digital kami untuk berkongsi platform ini di seluruh negara, wilayah dan dunia. Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan ONE Championship untuk melaksanakan hal ini dan untuk berkolaborasi dalam program-program besar yang lain pada masa terdekat."

Sebahagian besar sejarah Kemboja berakar umbi dalam Bokator, seni bela diri Khmer dan salah satu disiplin yang tertua di dunia. Barisan atlet Khmer elit ONE Championship akan turut membantu meluaskan kesedaran terhadap sukan ini.

Bintang handalan Kemboja Chan Rothana, selaku Duta Rasmi Cellcard akan berkongsi perjalanan seni bela diri beliau, yang akan menginspirasikan belia Khmer untuk mencapai impian mereka dan membawa mereka lebih dekat dengan kandungan yang disukai oleh mereka. Cellcard akan turut bekerjasama dengan Rothana bagi memastikan komuniti tempatan mendapat akses kepada sesi latihan pertahanan diri dan seni bela diri secara percuma di gimnasium rakan kongsi di seluruh Kemboja.

Chan Rothana, ONE Athlete, berkata: "Saya berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada usaha untuk membawa seni bela diri ke kedudukan yang penting dalam kehidupan harian di Kemboja ini. Sebagai atlet ONE Championship, menjadi tugas saya untuk menunjukkan kepada semua peminat di sini, di negara saya mengenai nilai sebenar seni bela diri dan bagaimana kita dapat menambah baik kehidupan kita dengan mengikuti prinsip-prinsipnya. Dinamakan sebagai Duta Rasmi untuk Cellcard merupakan satu penghormatan dan saya teruja untuk berkongsi perjalanan seni bela diri saya dan kepakaran pertahanan diri bersama peminat di seluruh Kemboja."

Untuk lebih banyak perkembangan terkini mengenai perkongsian ini, sila kunjungi https://www.cellcard.com.kh/en/detail/onechampionship

Latar Belakang Cellcard

Cellcard ialah satu-satunya pengendali telekomunikasi mudah alih yang dimiliki dan dikendalikan oleh Kemboja di Kerajaan ini dengan lebih 23 tahun tempoh perkhidmatan dan mempunyai 3 juta pelanggan.

Kini, Cellcard merupakan pemegang gelaran Ookla Speedtest® Award bagi setiap Speedtest® yang dijalankan di Kerajaan ini sejak awal tahun 2017 dan telah menjadi pemenang anugerah yang berterusan dalam laporan Opensignal, termasuk anugerah Pengalaman Permainan Terbaik bagi tahun 2020.

Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi milik Kemboja dengan slogan 'Proudly Khmer', Cellcard kekal komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada Kemboja dan penduduknya, menjadikan perkhidmatan mudah alih dapat diakses dan berpatutan untuk semua orang dan memberi sumbangan penting kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Hubungan Media:

Naikeang Din
Ketua Perhubungan Awam Media Cellcard
(e):din.naikeang@cellcard.com.kh 
(m):+855-78333853

Latar Belakang ONE Championship™

ONE Championship (ONE) ialah harta media sukan global yang terbesar dalam sejarah Asia. Beribu pejabat di Singapura, ONE ialah organisasi seni bela diri yang terbesar di dunia, menganjurkan perlawanan dalam semua gaya seni bela diri seperti Muay Thai, Tinju Tendang, Karate, Kung Fu, Silat, Sanda, Lethwei, Seni Bela Diri Campuran, Tae Kwon Do, Pergomolan Penundukan Diri (Submission Grappling) dan banyak lagi. ONE menganjurkan acara hiburan sukan yang terbesar di seluruh Asia, menampilkan beberapa artis seni bela diri terbaik di dunia dan juara dunia melalui siaran media global yang terbesar di Asia. ONE Esports, subsidiari ONE Championship, mengendalikan Siri Kejohanan esukan global yang terbesar di Asia menerusi beberapa judul permainan blokbuster terbesar di dunia. Dengan tumpuan pada seni bela diri mahupun esukan, kini ONE Championship merupakan penerbit terbesar kandungan sukan langsung milenia di Asia. Di samping platform digitalnya, ONE Championship menyiarkan kepada lebih 2.7 bilion penonton berpotensi merentas lebih 150 negara menerusi beberapa penyiar percuma dan digital global yang terbesar termasuk Star Sports, Tencent, ABS-CBN, Astro, ClaroSports, Startimes, Fox Sports, Thairath TV, Turner Sports, Skynet, Mediacorp, Great Sports, Mediaset Italia, ProSiebenSat.1, Dubai Sports dan banyak lagi.

Untuk lebih banyak perkembangan terkini mengenai ONE Championship, sila kunjungi https://www.onefc.com/about-us/

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200729/2870557-1LOGO?lang=0 
Video - https://cdn5.prnasia.com/video/20200731_Cellcard.mp4 

Source: Cellcard
Keywords: Banking/Financial Service Sports Telecommunications Contracts