omniture

HUAWEI CLOUD Percepatkan Transformasi Digital Perusahaan di APAC

Ekosistem terus berkembang untuk sokongan mantap kepada pelanggan dan rakan kongsi
Huawei
2020-08-10 17:58 3343

SINGAPURA, 10 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pendigitalan Perusahaan APAC Huawei telah melabuhkan tirai dengan membuahkan hasil, dengan HUAWEI CLOUD memperbaharui sokongannya kepada perusahaan di rantau Asia Pasifik bagi menerima transformasi digital yang pasti berlaku.

Bertema "Digital Transformation Leading to Adaptive Enterprises" ("Transformasi Digital Membawa kepada Perusahaan Adaptif"), Sidang Kemuncak ini telah menginspirasikan perniagaan di rantau ini untuk mengkaji semula strategi-strategi mereka bagi memanfaatkan sumber-sumber teknologi demi memperoleh potensi ekonomi yang luar biasa di tengah-tengah perubahan.

Menurut IDC Worldwide Semiannual Digital Transformation Spending Guide, pada tahun 2019, sejumlah US$380 bilion dibelanjakan pada teknologi dan perkhidmatan yang bertujuan untuk menggalakkan transformasi digital amalan perniagaan, produk dan organisasi di rantau Asia Pasifik sahaja, dengan pertumbuhan tahunan mencecah 17.4% menjelang tahun 2022. Ini telah membawa peluang perniagaan yang besar, yang mana penyesuai awal dapat memperoleh manfaat dengan suatu kelebihan.

Bagi memastikan kelancaran transformasi ini, perusahaan harus berdaya tahan dan adaptif kepada cabaran teknologi, seperti mana yang diulas oleh Naib presiden IDC Group Sandra Ng. Beliau turut memperkenalkan agenda perniagaan baharu kepada pengurusan atasan syarikat-syarikat di rantau berkenaan, iaitu, keperluan untuk membina infrastruktur IT yang andal, penilaian semula pengalaman pelanggan dan keupayaan untuk menggunakan teknologi baharu dan kepintaran, sebagai peranan penakrif semula dalam ekonomi digital baharu.

"Infrastruktur kritikal termasuk infrastruktur digital/IT dan rangkaian ditonjolkan sebagai salah satu item agenda perniagaan baharu Ketua Pegawai Eksekutif ketika organisasi-organisasi mempercepatkan perjalanan pemulihan mereka dan mempersiapkan syarikat mereka untuk bersaing dalam kebiasaan yang seterusnya," kata Ng.

Oleh yang demikian, HUAWEI CLOUD mengukuhkan strategi-strateginya -- dari segi teknikal melalui penyelesaian AI tindanan penuh yang hebat, selain untuk pewujudan sistem yang sihat -- bagi menyediakan perkhidmatan terbaik dan sokongan kepada pelanggan dan rakan kongsi di seluruh rantau ini.

"Penyelesaian AI tindanan penuh HUAWEI CLOUD telah diaplikasikan pada sistem pengeluaran teras bagi mempercepatkan pelaksanaan AI berskala besar dalam setiap industri," kata Edward Deng, Ketua Pegawai Pemasaran Cloud & AI BG Huawei. "Penyelesaian ini menawarkan laluan sempurna untuk transformasi awan perusahaan besar."

Transformasi ini sememangnya menjadi lebih jelas sejak berlakunya pandemik pada awal tahun 2020. Deng percaya bahawa perkhidmatan awan – awan hibrid, khususnya – menjadi semakin penting dalam menyelaraskan prosedur dan memberi tindak balas tangkas semasa proses ini. Sebagaimana yang disahkan oleh IDC, HUAWEI CLOUD menduduki tempat ketiha dalam pasaran awan hibrid Asia-Pasifik dan menjadi perkhidmatan awan yang utama di rantau ini.

Kolaborasi adalah penting untuk perkhidmatan awan untuk berkembang dengan mampan. Terdapat 3 juta pengguna dan pembangun yang bekerjasama dengan HUAWEI CLOUD yang menyediakan lebih 190 penyelesaian yang disesuaikan mengikut industri-industri berbeza. Lebih daripada 3,500 produk disediakan dalam pasaran awan syarikat, memberi manfaat kepada lebih tiga juta pembangun dan perniagaan. Terdapat juga kira-kira-kira 10,000 rakan perunding dan 2,000 rakan teknologi di seluruh dunia.

Antara pelanggan dan rakan kongsi yang berjaya ialah Malaysian Conglomerate Sunway Group, seperti mana yang dijelaskan oleh Ketua Pegawai Maklumatnya Kevin Khoo: "Awan ialah bahagian utama dalam strategi kami di Sunway dan kami berharap agar Huawei akan membantu kami memajukan strategi ini ke peringkat seterusnya."

HUAWEI CLOUD bersedia untuk menyokong selanjutnya rakan kongsi dan pelanggan melalui pewujudan ekosistem yang mantap.

'Bersama-sama rakan-rakan kongsi kami, HUAWEI CLOUD komited untuk membina ekosistem yang mantap demi kejayaan bersama," kata Deng, yang menjangkakan pasukan beliau akan membawa lebih banyak sokongan untuk pelanggan dan rakan kongsi di rantau ini.

Menuju masa depan, Deng percaya bahawa transformasi digital akan membawa kepada penumpuan teknologi 5G, awan dan AI. Dengan sambungan asas yang disokong oleh awan, 5G dan banyak lagi, pembangunan teknologi dan aplikasi baharu dipacu oleh AI, akhirnya membawa kepada wilayah kemajuan teknologi yang tidak dapat dibayangkan.

Sidang Kemuncak ini telah menghimpunkan pelopor industri dan pemimpin pemikiran di rantau Asia Pasifik serta membincangkan bagaimana teknologi ICT dapat membantu perusahaan mempercepatkan transformasi didital dan menyesuaikan kepada perubahan dengan lebih baik dalam persekitaran perniagaan luaran. Pakar yang terkenal, pelanggan dan rakan kongsi telah berkongsi pengalaman dan pandangan unik mereka mengenai bagaimana perusahaan dapat memanfaatkan sepenuhnya 5G, AI, awan dan rangkaian perusahaan bagi menerima trend transformasi digital yang pasti berlaku.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news