omniture

Xinhua Silk Road: Changshu giatkan usaha optimumkan lagi persekitaran perniagaan

Xinhua Silk Road
2020-08-12 12:13 1006

BEIJING, 12 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Sebuah pesawat carter yang dihantar oleh kerajaan perbandaran Changshu membawa balik 80 pekerja Jepun pada 8 Ogos untuk menyambung semula kerja.

Japanese staff arrive at Sunan Shuofang International Airport in Wuxi, east China's Jiangsu Province, through a charter flight sent by Chuangshu municipal government on August 8.
Japanese staff arrive at Sunan Shuofang International Airport in Wuxi, east China's Jiangsu Province, through a charter flight sent by Chuangshu municipal government on August 8.

Terletak di daerah pedalaman Delta Sungai Yangtze sebagai nod penting di mana Jalur Ekonomi Sungai Yangtze dan jalur pembangunan ekonomi pantai bertemu, Changshu di Wilayah Jiangsu timur China kini merupakan pusat kepada lebih daripada 200 syarikat yang dibiayai Jepun, dengan jumlah pelaburan mencecah 6.9 bilion dolar A.S. Changshu telah menggiatkan usaha untuk meningkatkan lagi persekitaran perniagaannya dan menawarkan perkhidmatan yang lebih baik kepada perusahaan yang dibiayai negara asing.

Pada masa kini, Changshu menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak lebih 4 bilion dolar A.S. oleh perusahaan yang dibiayai Jepun dalam zon teknologi tingginya dengan modal berdaftar terkumpul mencecah 1.77 bilion dolar A.S.

Menyedari bahawa kakitangan Jepun di Changshu tidak dapat kembali bekerja ekoran langkah-langkah pencegahan wabak yang berkaitan dan tiket kapal terbang yang mahal, kerajaan perbandaran Changshu berusaha sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan jabatan-jabatan atasan dan memohon penerbangan carter untuk membawa balik kakitangan Jepun.

Dalam usaha untuk mengurangkan risiko penularan wabak dan melindungi keselamatan penumpang, kakitangan Jepun menjalani pemeriksaan suhu tiga kali sebelum berlepas dan perlu menjalani kuarantin selama 14-hari selepas mendarat di Changshu.

Langkah berkenaan bukan sahaja membina saluran udara bagi membantu menyambung semula kerja dan pengeluaran tepat pada masanya, tetapi turut mengurangkan beban kewangan mereka hasil daripada tiket penerbangan carter yang lebih murah.

"Dalam proses pencegahan dan kawalan wabak, saya telah melihat langkah-langkah kawalan ketat dan tahap pengurusan termaju oleh kerajaan Cina dan turut merasakan sokongan padu oleh kerajaan perbandaran Changshu untuk entiti pasaran," kata kakitangan Jepun dengan Sumitomo Rubber (China) Co., Ltd.

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020, KDNK Changshu meningkat 0.7% berbanding tahun sebelumnya kepada 108.5 bilion yuan semasa terdapatnya tanda-tanda pemulihan ekonomi yang lebih luas daripada krisis dan penggunaan sebenar modal asing yang berjumlah 895 juta dolar A.S., satu lonjakan sebanyak 104.8% dari tempoh yang sama tahun lalu.

Di samping itu, Changshu menyaksikan 161 projek penting baharu yang ditandatangani dalam separuh pertama tahun 2020 dengan jumlah pelaburan mencecah 55.28 bilion yuan, memandangkan bandar ini meningkatkan sokongan untuk pelaburan projek melalui aktiviti-aktiviti penandatanganan awan.

Antara projek-projek kontrak tersebut, tujuh projek telah menerima pelaburan asing sebanyak lebih daripada 100 juta dolar A.S. setiap satu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/315408.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200810/2880754-1?lang=0

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control