omniture

Huawei Rakan Bekerjasama dengan Merriam-Webster Bawa Aplikasi Kamus Bertaraf Dunia kepada Pengguna AppGallery

Aplikasi Merriam-Webster Dictionary boleh diakses melalui peranti Huawei, dengan tawaran pengaktifan eksklusif untuk meningkatkan pembelajaran lebih lanjut
AppGallery, Huawei
2020-08-13 13:12 780

SHENZHEN, China, 13 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Aplikasi kamus Merriam-Webster yang paling dipercayai dan berguna telah tiba di AppGallery. Sebagai penerbit kamus ini membantu berjuta-juta pengguna untuk memahami dan menggunakan bahasa dengan lebih baik, Merriam-Webster telah menjadi penyedia bahasa terkemuka di Amerika selama lebih daripada 180 tahun dan mempunyai salah satu pasukan dan editor kamus profesional terbesar di dunia.

Huawei Rakan Bekerjasama dengan Merriam-Webster Bawa Aplikasi Kamus Bertaraf Dunia kepada Pengguna AppGallery
Huawei Rakan Bekerjasama dengan Merriam-Webster Bawa Aplikasi Kamus Bertaraf Dunia kepada Pengguna AppGallery

Di samping akses lengkap kepada semua definisi, aplikasi ini mempunyai tesaurus  bersepadu, sebutan audio daripada penutur bahasa Inggeris sebenar, dan contoh ayat bagi memahami bagaimana perkataan digunakan dalam konteks.

"Sebahagian daripada misi Merriam-Webster adalah untuk membantu pengguna memahami dan menggunakan bahasa dengan lebih baik, supaya mereka dapat lebih memahami dan berkomunikasi dengan baik dengan dunia," jelas Sal DeSpirito, Naib Presiden Kanan Global, Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Britannica dan Merriam-Webster. "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Huawei untuk membawa definisi dan kandungan bahasa yang dipercayai kepada lebih ramai orang di seluruh dunia."

Permainan kata dan kuiz bersepadu menjadikan pembinaan kosa kata menyeronokkan, sementara itu 'Word of the Day' yang popular mendorong pembelajaran melalui definisi yang jelas dan fakta yang mudah diingat. Daripada istilah praktikal yang berguna, kepada perkataan yang tidak biasa digunakan dan menghiburkan, pasti selalu ada sesuatu yang baharu untuk dipelajari.

Pengguna yang tidak pasti dengan ejaan perkataan boleh mencari ejaan tersebut menggunakan ciri carian suara eksklusif pada aplikasi Dictionary-Merriam-Webster. Ini membolehkan pengguna menyebut istilah yang diucapkan, di samping definisi dan perkataan sinonim, dengan tepat dan cekap dengan hanya menggunakan mikrofon.

Mulai hari ini, pengguna Huawei[1] yang memuat turun Dictionary-Merriam-Webster dan mengaktifkan akaun mereka selewatnya pada 31 Oktober[2]  dapat menebus pakej hadiah eksklusif yang memberikan ciri premium selama 12 bulan. Hadiah ini, yang hanya boleh diperolehi melalui perkongsian AppGallery dengan Merriam-Webster, akan memberi manfaat kepada semua pelajar, terutama pada musim kembali ke sekolah yang akan datang.

Pengguna premium Merriam-Webster Dictionary menikmati pengalaman yang optimum tanpa sebarang iklan, dengan akses luar talian kepada definisi dan sinonim supaya mereka boleh mencari perkataan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

AppGallery - salah satu daripada 3 pasaran aplikasi terkemuka di seluruh dunia

Sebagai salah satu daripada tiga pasaran aplikasi terkemuka di dunia, AppGallery tersedia di lebih daripada 170 buah negara dan wilayah dan menghubungkan 650 juta pengguna dengan ekosistem pintar dan inovatif Huawei. AppGallery bukan sahaja memastikan privasi dan keselamatan pengguna, tetapi juga memberikan pengalaman berfungsi yang unik dan penemuan aplikasi yang lebih baik. Aplikasi ini menggabungkan aplikasi popular berkualiti tinggi di seluruh dunia, dengan aplikasi yang mempunyai 18 kategori termasuk berita, media sosial, dan banyak lagi.

Lawati AppGallery sekarang untuk meneroka ribuan aplikasi, atau untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

https://forums.developer.huawei.com/forumPortal/en/home

[1] Promosi disediakan untuk negara-negara berbahasa Inggeris di Eropah, Asia Pasifik dan Timur Tengah.

[2] Pakej hadiah disediakan berdasarkan urutan siapa dahulu (first-come, first-served). Semua kod pengaktifan mesti diaktifkan sebelum 31 Oktober 2020. Pengguna tidak boleh mengaktifkan keahlian merentas wilayah. Sebagai contoh, pengguna yang berada di Eropah HANYA boleh menggunakan kod pengaktifan dalam pakej kod Eropah. Pakej hadiah tidak tersedia untuk akaun Dictionary-Merriam-Webster yang mempunyai langganan premium dalam sebulan terakhir.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200811/2881951-1?lang=0

Source: AppGallery, Huawei
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Licensing/marketing agreements