SHENZHEN, China, 18 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK/000063,SZ), penyedia utama antarabangsa bagi teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna teknologi untuk internet mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia akan melancarkan ZTE Axon 20 5G di China pada 1 September 2020. Peranti ini akan menjadi telefon pintar 5G pertama yang dihasilkan secara besar-besaran di dunia yang menampilkan kamera bawah paparan, menandakan satu lagi kejayaan penerokaan ZTE dalam telefon pintar paparan penuh yang sebenar.
Bertujuan untuk terus memberi pengguna pengalaman pengguna yang unggul, ZTE komited untuk mempercepat pembangunan teknologi inovatif. ZTE telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang paparan telefon pintar, termasuk melancarkan paparan sensitif tekanan pertama di dunia, telefon pintar paparan 3D dengan mata kasar pertama di dunia, serta telefon pintar skrin dua lipat pertama di dunia.
Pada tahun 2019, ZTE memimpin pelancaran telefon pintar 5G komersial pertama, ZTE Axon 10 Pro 5G, di China, negara-negara Nordik dan Timur Tengah. Peranti ini mempunyai paparan lengkung yang unik dan ringkas menggunakan teknologi pembungkusan Oncell-Metal Mesh dan COP yang canggih.
Semua penggiat industri utama telah menggunakan telefon pintar kamera bawah paparan. Pengguna juga telah menyaksikan evolusi bentuk paparan telefon pintar daripada paparan takuk, paparan takuk titis air, telefon pintar kamera swafoto pop timbul, hinggalah kepada paparan lubang tebuk.
Dengan melancarkan telefon pintar 5G pertama di dunia dengan kamera di bawah paparan, ZTE akan terus mempromosikan pembangunan teknologi paparan dalam industri telefon pintar, dan oleh yang demikian membawakan pengalaman revolusi kepada semua pengguna.
ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi canggih, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komitmed untuk menyediakan pelanggan dengan inovasi hujung ke hujung yang bersepadu untuk memberikan kecemerlangan dan nilai ketika sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bergabung. Disenaraikan di bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham saham H: 0763. Kod saham saham HK / A: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih 160 negara.
Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200817/2886891-1?lang=0