omniture

M17 Group rasmi lantik En. Hirofumi Ono, Ketua Pegawai Eksekutif Jepunnya, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global

M17 Entertainment Limited
2020-08-19 06:48 685

TAIPEI, 19 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- M17 Entertainment Limited ("M17"), pengendali platform penstriman langsung No.1 Jepun, "17LIVE", hari ini mengumumkan bahawa Encik Hirofumi Ono ("Hiro"), yang menerajui strategi perniagaan M17 dan pertumbuhan yang luar biasa di Jepun, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global M17. Di bawah kepimpinan Hiro, M17 akan menyasarakan untuk terus berkembang menjadi platform penstriman langsung global.

M17 Group officially appoints Mr. Hirofumi Ono, its Japan CEO, as Global CEO
M17 Group officially appoints Mr. Hirofumi Ono, its Japan CEO, as Global CEO

M17 telah berkembang dari awalnya di Taiwan hingga kini merangkumi Jepun, Hong Kong, Singapura, Malaysia, India, Amerika Syarikat dan Timur Tengah. Dengan pertumbuhan pesatnya baru-baru ini di Jepun, yang kini menjadi pasaran terbesar 17LIVE, M17 percaya ia dapat menjadi pelopor langkah evolusi seterusnya dalam industri penstriman langsung. Joseph Phua, ketua dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif M17, berkata: "Saya sangat gembira dengan peralihan Hiro daripada Ketua Pegawai Eksekutif Jepun kepada Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan. Hiro membina perniagaan Jepun kami dari awal pada tahun 2017. Jepun kini menjadi penyumbang pendapatan terbesar kami yang mana M17  merupakan pemain penstriman langsung pasaran. Saya menantikan pertumbuhan berterusan M17, baik di Jepun dan antarabangsa, di bawah kepemimpinan Hiro."

Hirofumi Ono berkata, "Pada tahun 2017, saya mempunyai cabaran untuk melancarkan perniagaan 17LIVE di Jepun. Tetapi saya selalu percaya bahawa masa depan industri penstriman langsung merupakan sesuatu yang menarik. Dalam tiga tahun kebelakangan ini, di bawah keutuhan kepimpinan Joseph, M17 telah memantapkan platformnya sebagai platform penstriman langsung No.1 di Jepun, di sebilangan besar Asia dan terus mengembangkan perniagaannya ke peringkat global. Pada tahun 2020, dunia menghadapi ketidakpastian yang belum pernah terjadi sebelumnya disebabkan oleh ancaman coronavirus. Pada masa seperti itu, Saya berbesar hati untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif global M17, dan saya yakin bahawa dengan bekerjasama dengan pasukan global, kami bersama-sama dapat memimpin syarikat untuk menjadi platform penstriman langsung No.1 di dunia. Kehidupan kita kini adalah dalam masa yang menarik, hasil daripada teknologi yang memungkinkan komunikasi langsung. Pernyataan misi syarikat kami 'Memperkasakan Artis, Menghiburkan Dunia' mencerminkan tekad kami untuk menggunakan teknologi ini untuk menyediakan pentas di seluruh dunia kepada pengguna kami sehingga kedua-duanya di berdayakan dan terhibur."

Latar Belakang En. Hirofumi Ono

  • Ketua Pegawai Eksekutif Global, M17 Entertainment Ltd. / Pengarah Perwakilan, 17 Media Japan Co., Ltd.
  • Dilahirkan di Sapporo pada tahun 1974, Hiro menamatkan pengajian sarjana dalam bidang sains biologi, dan ijazah sarjana dalam bidang sains dari University of Tokyo.

Selepas tamat pengajian, Hiro mengambil bahagian dalam beberapa syarikat baharu mudah alih dan media. Pada tahun 2000, Hiro ialah ahli pengasas dan pekerja pertama CyberAgent Mobile Co., di mana beliau bersara pada tahun 2008 sebagai Pengarah Urusan Kanan. Pada tahun 2008, Hiro mengasaskan bersama Infinity Ventures, dari mana dia bertindak sebagai pelabur dan usahawan veteran, untuk mendirikan Rekoo Japan di bawah Sunshine Ranch, Jimoty, Groupon Japan dan Farfetch Japan. Di samping itu, dia memulakan "Infinity Ventures Summit", persidangan terbesar untuk usahawan di Jepun.

Pada tahun 2017, Hiro memulakan 17 Media Jepun. Syarikat ini mengendalikan platform penstriman langsung 17LIVE.

Hiro bersara daripada Infinity Ventures dan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif global M17 pada bulan Julai, 2020.

Latar Belakang M17 Entertainment Limited

M17 komited dengan pernyataan misinya "Perkasakan Artis. Hiburkan Dunia". Melalui platform hiburan sosial langsung, semua pencipta kandungan dapat menunjukkan bakat mereka dan mencipta hiburan baharu yang unggul. Melalui platform M17, sesiapa sahaja dapat mengstrim langsung bakat dan minat mereka ke pangkalan pengguna kami di seluruh dunia yang terdiri daripada lebih 54 juta pengguna berdaftar, sehingga Ogos 2020.

Kumpulan syarikat M17 terdiri daripada 17LIVE, platform interaktif dan penstriman langsung masa nyata dengan pendapatan terbesar di pasaran Asia (tidak termasuk China), "MeMe", yang telah berkembang di India dan Asia Tenggara selama bertahun-tahun, "Wave" , yang menampilkan suara berbakat tanpa mengungkapkan wajah, penstriman langsung B2B dan perkhidmatan sistem SaaS perniagaan sosial, dan "HandsUP" / "FB-Buy", yang bertujuan untuk mempermudah proses penjualan penjual dan pengalaman membeli-belah penstriman langsung pembeli di media sosial.

Untuk maklumat lanjut tentang M17, sila lawati: http://m17.asia/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200817/2886909-1?lang=0

 

 

Source: M17 Entertainment Limited
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Personnel announcements