BEIJING, 19 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Digelar "Oscar" industri reka bentuk, Red Dot Design Award: Reka Bentuk Jenama & Komunikasi baru-baru ini dianugerahkan kepada HUAWEI Assistant · TODAY. Berdasarkan cogan kata Red Dot "Mencari reka bentuk dan kreativiti yang baik", anugerah ini ialah bukti usaha Huawei dalam inovasi berterusan untuk memberikan pengalaman pengguna yang pintar. Jenama ini antara yang terpilih untuk menang tahun ini, daripada ribuan penyertaan pertandingan yang bersaing untuk mendapatkan mohor antarabangsa yang disegani bagi kualiti reka bentuk cemerlang.
Terletak di "skrin paling kiri", HUAWEI Assistant · TODAY ialah pembantu peribadi yang tersemat dalam telefon pintar HUAWEI, menyediakan akses pantas ke pelbagai perkhidmatan tanpa perlu memuat turun aplikasi. Pengguna peranti mudah alih HUAWEI dan HONOR boleh memulakannya dengan meleret ke kanan dari skrin utama. Pembantu pintar ini membawa tahap prestasi cerdas baharu dengan membantu pengguna mencari perkhidmatan dan maklumat sewaktu ia diperlukan di mana-mana sahaja. Sehingga suku kedua 2020, HUAWEI Assistant · TODAY menjadikan kehidupan 210 juta MAU di 170 negara dan wilayah lebih mudah dan senang setiap hari.
Dari perspektif reka bentuk produk, HUAWEI Assistant · TODAY menawarkan pengalaman pengguna pintar yang lancar. Ini memecahkan halangan antara aplikasi dengan menyediakan perkhidmatan seperti carian dan penemuan, akses pantas, dinamik perkhidmatan pintar dan cadangan kandungan dengan satu sentuhan. Ia juga mempelajari pilihan pengguna untuk menawarkan cadangan yang menjadikan pengalaman pengguna secara keseluruhan lebih intuitif dan dioptimumkan.
Dengan HUAWEI Assistant · TODAY, pengguna kini dapat mencari aplikasi, tetapan dan fail di telefon pintar mereka dengan mudah sambil mengimbas suapan berita yang disesuaikan untuk item yang menarik. Selain itu, ciri utama HUAWEI Assistant · TODAY ialah kad perkhidmatan pintar yang memaparkan pemberitahuan dan peringatan berdasarkan keperluan pengguna dan senario penggunaan tertentu. Sebagai contoh, pengguna dapat terus mengetahui tentang pasukan kegemaran mereka dengan kad Sukan dalam masa yang sama diperingatkan tentang perincian perjalanan dan kemas kini dalam masa nyata dengan kad Perjalanan berdasarkan lokasi mereka.
HUAWEI Assistant · TODAY akan terus berusaha membawa lebih banyak perkhidmatan pintar kepada penggunanya untuk meningkatkan kehidupan seharian mereka. Untuk melakukannya, HUAWEI mengoptimumkan pengalaman produk dengan sempurna dari perspektif pengguna tanpa henti, dengan itu memberikan setiap pengguna pengalaman serupa dengan memiliki pembantu peribadi dalam aktiviti seharian mereka.
Latar Belakang Red Dot Design Award: Bermula di Jerman pada tahun 1955, Red Dot Design Award ialah salah satu daripada tiga anugerah reka bentuk utama di dunia bersama dengan iF Design Award (Jerman) dan IDEA International Design Excellence Awards (Amerika). Dengan lebih daripada 18,000 penyertaan, Red Dot Design Award ditubuhkan di peringkat antarabangsa sebagai salah satu tanda kualiti yang paling dicari untuk reka bentuk yang bagus. Pemenang anugerah ditonjolkan dalam buku tahunan, muzium dan dalam talian. Maklumat lanjut tersedia di www.red-dot.de.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200817/2886934-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200817/2886934-1-b?lang=0