omniture

XCMG Builder of Xcellence Perkenal Modul Kursus Baharu, Soroti Amalan Lapangan dan Pengendalian Kecemasan

XCMG
2020-08-20 08:51 279

XUZHOU, China, 20 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Dengan mengambil kira impak COVID-19 pada perjalanan jarak jauh, XCMG (SZ: 000425) menjenamakan semula musim kelima Program Operator Cemerlang Globalnya yang terkenal ("Program") sebagai XCMG Builder of Xcellence untuk menyepadukan sumber latihan dan menambah baik struktur kursus untuk pengendali jentera pembinaan di China, bakat teknikal daripada pembekal dan jurutera perkhidmatan luar negara.

XCMG Builder of Xcellence Perkenal Modul Kursus Baharu, Soroti Amalan Lapangan dan Pengendalian Kecemasan
XCMG Builder of Xcellence Perkenal Modul Kursus Baharu, Soroti Amalan Lapangan dan Pengendalian Kecemasan

XCMG akan mengadakan kursus dalam talian untuk merangkumi penyelesaian masalah kajian kes dan operasi penyelenggaraan, meningkatkan kemahiran dan kecekapan komunikasi pengendali apabila mereka menghadapi masalah kegagalan kecemasan. Modul program baharu juga meningkatkan latihan pengendalian praktikal di tapak dengan tujuan meningkatkan keupayaan penyelenggaraan dan pengendalian kerosakan bagi pengendali.

XCMG Builder of Xcellence akan menampilkan susunan kursus baharu berikut:

  • Menawarkan kursus praktikal seperti penyelesaian masalah, latihtubi latihan di tapak dan eksperimen amali;
  • Menyertakan kursus mengenai prinsip pembongkaran model latihan bagi struktur dalaman dan latihan lapangan;
  • Menambahkan kursus analisis kes keselamatan untuk meningkatkan kemampuan pengendali dalam menangani situasi kecemasan dan menyeragamkan prosedur keselamatan.

Penilaian prestasi baharu akan berbentuk pertandingan kemahiran.

Selain melatih bakat pengendali di ibu pejabat XCMG, Syarikat Import & Eksport XCMG juga akan menghantar pakar teknikal ke 11 negara pada separuh kedua tahun 2020 untuk mengadakan 14 sesi latihan, memberikan bimbingan di lapangan dan berkongsi pengalaman.

"Program ini telah mengumpulkan banyak sumber pengajaran dan tenaga pengajar serta kurikulum yang telah ditetapkan yang dapat dioptimumkan untuk digunakan dalam latihan di masa depan untuk jurutera perkhidmatan luar negeri dan bakat teknikal daripada pembekal kami. Peningkatan ini juga telah mempertimbangkan maklum balas dan cadangan daripada para peserta Program yang lalu untuk menyesuaikan keseluruhan isi kandungan dan bentuk latihan, seterusnya menyokong pengembangan kerjaya para pelatih dan membantu mereka menjadi tulang belakang elit industri mesin berat," jelas Li Ge, Timbalan Setiausaha Parti XCMG.

Dalam empat tahun, Program ini, sebagai sebahagian daripada kempen kesejahteraan awam global "For Better Life" (Untuk kehidupan yang lebih baik) XCMG, telah menganjurkan 34 kelas dalam 12 sesi dan menyediakan kursus latihan untuk sejumlah 708 pengendali jentera pembinaan dan 47 jurutera perkhidmatan luar negara, memainkan peranan aktif dalam pembangunan industri yang mampan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.xcmg.com/en-ap.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200818/2888321-1?lang=0

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation New products/services