Suntikan dana akan dorong pelaburan R&D iKala, dorong inovasi dalam teknologi AI untuk majukan transformasi digital dan bina penyelesaian bersepadu untuk peruncitan baharu di Asia Tenggara dan seterusnya
TAIPEI, 21 Ogos 2020 /PRNewswire/ --
iKala , syarikat AI terkemuka di Asia yang beribu pejabat di Taiwan, telah mengumpulkan US$17 juta dalam pusingan pembiayaan Siri B yang diketuai oleh Wistron Digital Technology Holding Company, sebuah anak syarikat milik penuh Wistron Corporation yang memberi tumpuan kepada industri teknologi digital dan pelaburan berkaitan aplikasi perisian. Pelabur sebelumnya, Hotung Investment Holdings Limited dan Pacific Venture Partners juga turut serta, menunjukkan keyakinan terhadap penyelesaian praktikal AI dan digital iKala dan kecekapan operasi merentas sempadan SEA.
Pada pusingan pembiayaan terakhir menjadikan jumlah dana syarikat US$30.3 juta dan akan digunakan untuk meningkatkan inovasi teknologi AI dan digital iKala. Hal ini, menandakan perluasan syarikat ke pasaran baharu termasuk Indonesia dan Malaysia, sambil memperkukuhkan posisinya di pasaran utama yang ada di Singapura, Thailand, Taiwan, Hong Kong, Filipina, Vietnam dan Jepun.
Pelaburan strategik ini menandakan pelabur utama Wistron Digital Technology Holding Company, yang juga menumpukan pada analitik data raya, kemasukan ke Asia Tenggara. Bersama-sama, kedua-dua syarikat yakin dapat mendorong perjalanan transformasi digital ini ke hadapan dan memudahkan pembangunan teknologi dan perisian Kecerdasan Buatan.
"Kami telah berada di landasan pertumbuhan yang kuat selama beberapa tahun terakhir, berkembang ke pemasaran baru dan mengembangkan teknologi canggih yang telah menempatkan kami di posisi terhadapan dalam ruang transformasi dan perdagangan digital di rantau ini. Dengan pembiayaan ini, kami ingin meneroka peluang baru dalam perdagangan AI di luar pasaran kami yang sedia ada," kata Sega Cheng, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif iKala.
"Taiwan mempunyai reputasi yang sangat baik kerana memiliki beberapa bakat berteknologi tinggi terbaik dalam kedua-dua bidang perkakasan dan perisian di rantau ini. Dengan Wistron sebagai rakan kongsi strategik, iKala boleh menjadi pendorong utama untuk mengubah Taiwan menjadi industri AI dan hab bakat di Asia," kata Dr. Lee-Feng Chien, ahli lembaga iKala, bekas pengarah urusan Google Taiwan, yang menyertai syarikat awal tahun ini.
"Sebagai sebahagian daripada syarikat Fortune Global 500 dan sebagai Penyedia Perkhidmatan Teknikal (TSP), keupayaan AI dan perisian iKala akan menjadi elemen tambah nilai bagi kehadiran Wistron yang terkemuka dan lama bertapak dalam industri perkakasan. Kami telah banyak melabur dalam transformasi digital dan penciptaan perniagaan baharu untuk memberi peluang baharu kepada pelanggan kami melalui transformasi digital," kata Robert Hwang, Naib Pengerusi & Presiden Perniagaan Baharu, Wistron.
Berikutan pertumbuhannya yang luar biasa dalam industri transformasi awan dan digital sejak pusingan pendanaan Siri A awal tahun lalu, iKala menubuhkan bahagian baharu pada bulan Jun: iKala Commerce. Penyelesaian baharu ini menyatukan pangkalan data berpengaruh dikuasakan AI KOL Radar, dan penyelesaian perdagangan sosial AI Shoplus, untuk menyediakan penyelesaian bersepadu dan wawasan data pelanggan holistik untuk penggiat perdagangan sosial di rantau ini.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200818/2888453-1?lang=0