omniture

Persatuan Ginseng Korea umum kesan positif ginseng Korea ke atas jangkitan pernafasan

The Korea Ginseng Association
2020-08-24 11:00 859

SEOUL, Korea Selatan, 24 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Ketika minat dalam makanan fungsian kesihatan penggalak imun terus berkembang di tengah-tengah penyebaran COVID-19 di seluruh dunia, Persatuan Ginseng Korea telah berkongsi penyelidikan pemakanannya mengenai kesan Ginseng Korea terhadap peningkatan sistem imun.

The Korea Ginseng Association
The Korea Ginseng Association

Ginseng Korea ialah produk asli Korea Selatan dan diiktiraf di seluruh dunia kerana kualitinya yang tinggi. Bukti saintifik daripada ujian klinikal juga terus mendokumentasi kesan ginseng terhadap peningkatan sistem imun.

Baru-baru ini, kajian klinikal yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Institut Penyelidikan Ginseng & Herba Antarabangsa Geumsan dan Hospital Universiti Nasional Jeonbuk menunjukkan bahawa ginseng Korea berkesan dalam menyekat kadar jangkitan penyakit pernafasan akut. Dalam kajian ini, sekumpulan orang dewasa yang sihat, berumur antara 39 ke 65 tahun, dibahagikan kepada kumpulan plasebo dan ujian. Kumpulan ujian diberikan dengan 324 mg ekstrak Ginseng Korea tiga kali sehari, berjumlah 972 mg setiap hari selama 12 minggu.

Hasilnya, kadar jangkitan pernafasan dalam kumpulan ujian adalah 25% lebih rendah berbanding kadar dalam kumpulan plasebo. Keparahan simptom juga adalah 41% lebih rendah dalam kumpulan ujian. Tempoh simptom seperti sakit tekak, hidung tersumbat, batuk dan sakit kepala adalah 69% lebih singkat dalam kumpulan ujian.

Bahan aktif yang banyak terdapat dalam akar ginseng, ginsenoside, meningkatkan sistem imun badan, dan mencegah virus daripada merebak dalam tubuh badan. Terutamanya, ginseng yang dituai dalam bulan September dan November mempunyai akar yang paling tebal dan mengandungi ginsenoside yang paling banyak.

En. Jang, pengurus Persatuan Ginseng Korea, berkata minat dunia terhadap Ginseng Korea semakin meningkat apabila berita tentang kajian klinikal ini keluar. Ini telah membawa kepada peningkatan dalam penjualan ginseng Korea. Beliau menambah bahawa, pengambilan Ginseng Korea akan meningkatkan keupayaan anda untuk melawan penyakit pernafasan yang berjangkit.

Untuk maklumat lanjut mengenai ginseng Korea, lawati laman sesawang Persatuan Ginseng Korea di (http://korean-ginseng.org/en2)

HUBUNGI: pasukan PR, Persatuan Ginseng Korea, insam3111@daum.net

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200811/2882019-1?lang=0

Source: The Korea Ginseng Association
Keywords: Health Care/Hospital