omniture

Perkasa pelancongan melalui penjagaan kesihatan perubatan Cina - Persidangan Kesihatan dan Kesejahteraan Chongqing (Shizhu) ke-4 buka tirai di China

China Chongqing (Shizhu) Health and Wellness Conference
2020-08-25 11:12 529

CHONGQING, China, 25 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Tanggal 22 Ogos, Persidangan Kesihatan dan Kesejahteraan Chongqing (Shizhu) China ke-4 membuka tirainya di Bandar Huangshui, Daerah Shizhu. Di majlis perasmiannya, 15 projek dengan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 41 bilion yuan Cina telah dilaksanakan, kesemuanya merupakan projek-projek utama yang menyokong pembangunan industri penjagaan kesihatan di Shizhu.

Empower tourism by Chinese medicine healthcare - The 4th Chongqing (Shizhu) Health and Wellness Conference opens in China
Empower tourism by Chinese medicine healthcare - The 4th Chongqing (Shizhu) Health and Wellness Conference opens in China

Tahun ini, persidangan berkenaan memberi tumpuan pada tema "Perubatan Cina dengan Pencegahan Wabak dan Penjagaan Kesihatan," yang menonjolkan idea kerajaan Shizhu untuk "Membangunkan pelancongan yang berkaitan dengan Penjagaan Kesihatan Perubatan Cina."

Pada masa kini, industri ubat herba Cina organik berkembang pesat di Shizhu, dengan tanah seluas 51,563 ekar untuk penanaman skala, hampir 20 spesies, menjana output tahunan yang mencecah 65,000 tan. Skala dan output penanaman Coptis chinensis menyumbang sebanyak 60% bagi China dan 40% dunia.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan Shizhu meletakkan pemprosesan mendalam ubat herba Cina sebagai keutamaan dengan membina institusi perubatan ubat Cina dan pertubuhan penjagaan warga emas.

Baru-baru ini, Hospital Rehabilitasi Huangshui yang bergabung dengan Chongqing Medical University telah dibuka, selepas menerima pelaburan sebanyak 350 juta yuan daripada Chongqing Medical University. Sementara itu, 13 muzium perubatan Cina butik telah dibina dan dibuka di kawasan Huangshui. Kini, terdapat 13 tapak sampel pemulihan di Shizhu. Perkhidmatan perubatan Cina tradisional disediakan di lebih daripada 75% klinik kampung. Shizhu turut dinilai sebagai "Unit Lanjutan Kebangsaan untuk Perubatan Cina Tradisional tahap-Primer."

"Mengambil kira keadaan khas pencegahan wabak pada tahun ini, digabungkan dengan kelebihan sumber-sumber diet Shizhu, kami menetapkan tema persidangan ini sebagai 'Perubatan Cina dengan Pencegahan Wabak dan Penjagaan Kesihatan.' Dalam langkah yang seterusnya, kami akan bermula dengan membina rumah penjagaan bagi mewujudkan pusat penjagaan kesihatan yang terkenal di seluruh negara, menjadikan pelancongan yang berkaitan dengan perubatan Cina tradisional sebagai faktor pertumbuhan ekonomi baharu untuk Shizhu," menurut Yang Linquan, pengarah Shizhu Healthcare Commission, dalam siaran langsung "Perubatan Cina dengan Pencegahan Wabak dan Penjagaan Kesihatan" pada platform Xinhua Cloud.

Semasa sesi penandatanganan di majlis perasmian tersebut, Shizhu telah menandatangani 15 projek, dengan jumlah pelaburan yang dirancang sebanyak 41 bilion yuan Cina, melibatkan pelancongan penjagaan kesihatan, pembuatan penjagaan kesihatan, logistik perniagaan, perkhidmatan e-dagang, pembinaan infrastruktur dan bidang-bidang lain.

"Kertas Putih Kesihatan dan Kesejahteraan Shizhu 2020" yang dilancarkan pada majlis perasmian menunjukkan bahawa Shizhu bergerak maju ke hadapan untuk membangunkan industri penjagaan kesihatannya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200824/2894939-1?lang=0

Source: China Chongqing (Shizhu) Health and Wellness Conference
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Asian-related news Trade show news